Wednesday 11 March 2015

Moh kita ke Tepen (Taiping)


Dah 2 tahun  Mama and Papa plan nak bercuti di Tepen …
(selalu tukar plan last minute ke tempat lain)
Alhamdulillah last weekend sampai juga kita ke sana.

Actually pada awal perancangan kita just nak bercuti di Port Dickson and stay di Umang-Umang Chalet , Melaka. Konon-konon nak bawa Hakim mandi laut lagi kat Umang-umang Chalet tu but unfortunately date yang kita nak tu fully booking so tu yang end up kita  ke Taiping ni selama 3 hari 2 malam.

Google punya google , banyak juga tempat menarik di Taiping ni. Boleh refer di
portal rasmi Majlis Perbandaran Taiping. Kat portal ni mereka letak lengkap dengan list hotel , tempat makan, tempat riadah dan macam-macam info beserta contact number lagi tau. 
 So senang lah nak koling-koling kan. 

Selain google kat portal rasmi Taiping ni, Mama ada juga usha-usha blog orang. Sebab normally blogger akan share and bagi ranking tempat mana yang best dan tak best secara jujur dan se-ikhlas hati. Macam Mama, hihihihi… Berblog berdasarkan pengalaman. Lebih afdhal.... tak gitu?

So apa yang menarik nya Taiping ni ye?

1)      Tasik Taiping
2)      Zoo Taiping
3)      Muzium Perak
4)      Bukit Larut
5)      Kompleks Sejarah Matang
6)      Hutan Paya  Matang
7)      Bukit Merah Laketown
8)      ATV riding
9)      River cruise, firefly, Engles feeding, dolphin  di Kuala Sepetang
10)   Tunggang kuda di Equine Park
11)   Makan ketam lembut di Kuala Gula
12)   Char Kueh Teaw special di Doli Restoran
13)   On the way ke /balik Taiping tu boleh singgah ke Gua Tempurung

Ha…banyak kan. Kalau nak di ikutkan banyak lagi tempat yang blogger share tapi ini je macam menarik tertarik dihati Mama. Jadi oleh sebab nak  make sure 3 hari 2 malam kita kat sana tu berbaloi, Mama and Papa dah short list kan list to do / go /eat kita sepanjang percutian kita kali ni. Semua tempat yang Mama and Papa pilih ni mesti sesuai dan paling penting Hakim dapat enjoy seseronok nye!


Tara!!!!
Tu dia!!! Siap dengan mind map lagi tu. Hihihihi...

Hope dapat pergi semua tempat..



Plannye jadual nya macam ni ye Hakim…

Day 1= 
Zoo Taiping + Bukit Larut + Equine Park +  Hutan Eko Laut Matang + Kuala Sepetang

Day 2= 
Bukit Merah Laketown + Kuala Gula

Day 3= 
Roof top swimming pool + Equine Park + Doli Char Kueh Teaw


Agak-agak yang real nye mengikuti tak hat yang di plan ni ye?
Kalau ada kesempatan ,Mama nak  sangat berjumpa dengan roomate Mama time study kat UTM.
Khabarnya sudah berbadan 2 untuk kali ke-2 . Insya Allah...

~~~~Bismillah... semoga percutian ini bermanfaat~~~



2 comments:

  1. Terima Kasih sangat2 utk perkongsian ni..sangat2 membantu utk rujukan kami bawak anak2 bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2, benda elok kita share. Yang silap sila tegur ye. Terima kasih :)

      Delete