Last day in Taiping....
Baru boleh ber dating 3 beranak at roof top hotel for swimming time!!!!
Ini fisrt time kot kita mandi swimming pool kat atas bumbung hotel.
Baru boleh ber dating 3 beranak at roof top hotel for swimming time!!!!
Ini fisrt time kot kita mandi swimming pool kat atas bumbung hotel.
Sebabkan hotel ni satu-satunya hotel yang ada swimming pool atas bumbung dalamTaiping, so Mama berkeras juga nak stay kat hotel ni berbanding stay di Bukit Merah Laketown Resort seperti yang Papa nak.
Macam biasa....
Dalam hal-hal pilih-pilih hotel ni, Mama always win! Hihihii
As plan, mandi di roof top ni pada last day stay kat hotel ni.
Monday morning. Yang syoknya time kita mandi ni takde orang lain yang mandi.
Jadi macam...
INI KOLAM KITA YANG PUNYA LAH!
Happy faces |
Budak demam nak mandi kolam. Kesejukan tapi tak moh naik. |
Only us. |
Seronok beronok-ronok main air 2 beranak. |
Bukan senang tau nak dapat macam ni. Macam dapat private pool pula kan.
Yang ada cuma seorang makcik cleaner, sorang technician yang dok ulang alik and pelayan bar. Sebab kat atas ni memang ada bar, Skybar.
Kolam untuk dewasa ni kedalamannya 4-5 feet. Belakang tu bukit diselaputi kabus. Sejuk je... |
Kat sini 5 kaki dalam... tatak berani woooooo... Kalau Papa mandi sekali baru brani nak terjun sini. |
Makcik cleaner tu kata, biasanya hari cuti and hari minggu yang ramai orang.
Pagi Isnin memang tak ramai. Maklum ler... Isnin semua orang dah start kerja kan.
Hakim time ni demam tapi sanggup turun masuk kolam yang sejuk tu.
Tak dan lah nak salin swimming suit. terus masuk kolam. Pelampung pon tak kisah
tak bawa naik sekali.
Bila tengok takde orang lain mandi sekali, Mama pun joint lah sekaki.
Seronok tu bila pool yang besar ni tak ada orang lain selain kita.
U now what, that day di roof top swimming pool inilah,
buat kali pertamanya Mama pandai berenang!
Walaupun tak sampai 2 meter jarak renangan. tapi kira okay lah kan. Papa senyum je bila Mama suruh Papa tengok Mama swimming. Bangga kot tengok isterinya baru pandai berenang. Or.... sebab kesian plus gembira tengok isteri dah masuk 3 series baru pandai swimming. Huhuhuhu....
Selama ni Mama memang tak pandai berenang. Nak belajar tapi segan sebab semua swimming pool, waterpark and laut yang kita pernah pergi, semua ramai orang.
Kalau kat swimming pool yang tak ada orang pun, Mama still segan sebab biasanya swimming pool kan kat area bawah tepi hotel. So guest yang stay bilik mengadap swimming pool, free je dapat tengok orang dok mandi kan. Tu yang Mama jadi segan tu. Terbantut nak belajar berenang.
Lebih-lebih lagi kat laut, lagi lah Mama tak sanggup nak belajar kat laut yang terbentang luas tu. Kot tenggelam lemas kang, sedar-sedar dah sampai tengah laut.
Itu kalau sedar, kalau tak sedar? Ish.... Nauzubillah!
Itu kalau sedar, kalau tak sedar? Ish.... Nauzubillah!
Jadi kat sini Mama betul-betul spend time main air dengan Hakim puas-puas.
Seronok! Papa???
Papa je tak mandi. Papa time ni jadi Tan Sri Edi. Tak caye? tengok gambar ni.
Tan Sri Edi reading news paper sambil silang kaki. |
Kan macam Tan Sri, Tan Sri tengah baca paper sambil menemani Puan Sri dan anaknya mandi di roof top swimming pool. Hahahahaha....
Pengalaman mand di roof top hotel ni memang menyeronokkan. Bukan saja tak ada orang, malah Mama, Hakim and Papa dapat menikmati keindahan Taiping dari atas bumbung hotel ni.
Kabus pagi dan pemandangan bukit bukau dari roof top ni sangat mendamaikan. habis release semua masalah. Sambil main air, Mama dapat menghayati keindahan dan mandi manda bersama Hakim terayang. Dan Mama percaya saat itu Hakim and Papa pun turut happy.
Panjang berjela cerita pasal kolam renang atas bumbung je pun. Hihihihi...
Ape nama hotel yang ada kolam renang atas bumbung ni ek?
FLEMINGTON HOTEL
Ha... review pasal hotel ni Mama akan buat sat ja lagi.
Sebab ada incident yang sangat-sangat scary, hampir-hampir terjadi pada Hakim saat kita stay kat hotel ni. Seriau bila Mama mengingatkan nya.
Apa pun... untuk service swimming pool di roof top hotel ni memang terbaik.
Recommended lah. Best! Ada kelainan.
Recommended lah. Best! Ada kelainan.
Tidur ke Pa??? Pejam mate. hihihihihi... |
~~~ Yeay! Mama dah pandai swimming. Hakim bila lagi?~~~
No comments:
Post a Comment