Tuesday, 17 March 2015

Flemington Hotel, Taiping cipta kelainan.





Dah 5-6 entry kita di Taiping Mama dah up.
Baru ni lah nak buat review pasal hotel yang kita stay selama 3 hari 2 malam ni Taiping ni.

Actually Flemington Hotel ni bukan pilihan pertama Mama untuk percutian kita kali ni.
Asalnya Mama nak stay di Kamalodge  Chalet but unfortunately dah fully booked for that day.

Bukan apa, tak banyak hotel area Taiping ni yang ada swimming pool. Lagipun Kamalodge ni  dekat dengan tasik and tempat yang Mama dah survey nak kunjungi.

So google punya google... dapatlah info pasal Hotel Flemington ni. 
Itu lah al-kisah macamana boleh ter stay nya kita kat hotel ni.



Nampak tu... Kamalodege, Flemington and tempat menarik ada dekat-dekat.

Kita check-in hotel lepas balik dari Zoo Taiping. 
Penat , Papa sempat tidur rehatkan badan dan minda sebelum kita teruskan aktiviti percutian.
(ayat macam pergi bercuti jauh di Eropah plak. Hihihihi...)

Kat lobi... hujan turun.

Ok... Kata nak review  and nak share citer scary hilang semangat kat sini kan.
Ni nak share ye...

Kalau nak tau pasal harga bilik, nak tengok galeri bagai and nak booking hotel ni boleh click je kat FLEMINGTON HOTEL  ni ye. Semua info disediakan dalam laman web tu. Simple.

For review dari hati sanubari pula, 
Mama mulakan dengan location and facilities dulu ye.

Katil saiz king, ngadap tasik.
Lokasi Flemington Hotel ni memang lah sangat-sangat strategik,
berdepan dengan tasik Taiping yang besar dan cantik.

Malah hotel ni memang dekat dengan Zoo Taiping, Bukit Larut,
ATV advanture, Equine Park yang untuk horse riding tu pun ada dekat area ni je.

Kira kalau pasal lokasi memang hotel ni tip top!
Kedai makan pun dekat je dengan hotel ni.

Bilik ngadap tasik .

Selain tu, bilik nya bersih dan rate yang ditawarkan boleh tahan, mampu inap.
Bilik air pun bersih , yang penting tiada bau hapak.

Staff pun ramah and selalu senyum. Makanan, Alhamdulillah sedap dan halal.
Bagus-bagus. Tu semua Mama puji.

Breakfast nasi lemak, menu wajib ada selama 2 hari bf kat sini.

Hakim makan buah and cake.

Yang paling best, kat Flemington ni ada kolam renang kat bumbung hotel!

So far belum pernah lagi kita berjimba di roof top hotel.
Thats make this hotel special lah pada Mama.

 Kita mandi tak ingat dunia kat sini. Hihihihi....
Best sangat.



Selfie time mandi di swimming pool, Flemington Hotel.

Cuma nak minta hotel ni upgrade sikit je.

Parking!

Yes! Parking sangat limited.
Guest yang lambat balik, parking biasanya kena park tepi-tepi jalan. Bilik pun tak disediakan fridge. Padahal bilik yang kita amik ni bilik Premier room. Bantal pun tak ada extra, cukup-cukup 2 biji pillow je dorang ni provide. 

Nasib Mama bawakan extra pillow untuk Hakim.
Almari baju pun tak ada, cuma boleh hang pada open space yang disediakan  bersama hanger macam dalam gambar kat bawah ni. 

Gobok tadak. Tilam extra tu Mama bawa dari rumah. Tapi Hakim benonya banyak tidur atas katil dengan Mama and Papa. 

Itu bab facilities, 
ni Mama nak share pula pasal kes hilang semangat Mama time duduk kat hotel ni.

 Kes yang mana peneraju utamanya adalah Kamu.
Iye....  kamu anak ku... Andy Hakim.

Serius bila di ingat balik peristiwa ni memang seriau jadinya.


Segala puju bagi Allah.
Allah memang sebaik-baik tempat berlindung, tempat bergantung harap.

Meh nak share ape kes nye jadi kat hotel ni...


Tingkap boleh buka tanpa grill ni tak sesuai kat sini!

Nampak dak yang Mama bulatkan kat gambar atas ni.

Okay... sepanjang stay sini Mama tak perasan pula yang bilik ni ada tingkap
boleh buka kat part bawah tu. Setiap partition tingkap bawah tu ada 1 tombol pusing untuk membolehkan  tingkap dibuka.

Kebetulan pula, langsir bilik ni memang Mama and Papa akan pastikan ia sentiasa ditutup,
maklum lah depan tasik kan. Tak kan nak buka. Time keluar bilik je baru Mama selak langsir bilik ni.

Nak di jadikan cerita.

Satu malam, time maghrib  malam ke-2.

Papa tengah shower,
Mama tengah ngemas baju kotor sambil tu tengok-tengok juga Hakim
yang tengah syok main sendiri. Bawa pelampung ke sana sini . Keluar masuk curtain.

Tengah Mama dok  ngemas and berehat santai sementara tunggu Papa siap mandi, tetiba rasa sunyi je.  Hakim senyap je tak keluar dari curtain.

Nak tau ape jadi???????

Mama selak langsir, tengok Hakim dah buka tingkap tu!!!

Ya Allah!!!!!!!
Allah je yang tau perasaan Mama time tu.

Hakim dah buka tingkat tu luas-luas!
Kepala dah dok julur ke bawah! Gamaknya nak tengok lampu-lampu kat bawah lah tu.

Terus Mama tarik tangan Hakim.
Separuh nyawa Mama time tu rasa dah melayang tah mana-mana.

Ya tuhan... terima kasih kerana menggerakkan hati ku ini.
Rasanya kalau Mama biar dalam 5 saat je, tak tau lah apa yang jadi.

Walaupun stay tingkat 1 but... ish!!! Nauzubillah. 


Ape kejadahnya hotel ni buat tingkap pada paras budak boleh buka ek????
Bahaya tau dak!!!

Pastu memang senang je nak buka tingkap tu. Kan elok buat tingkap pada aras kaca yang atas sekali or hat tengah ke kan. Pastu tombol pulas untuk buka tingkap tu biar tinggi.

Ini tidak!!! Bahaya tu....
Mama rasa tingkap tu tak patut ada kat paras bawah tu. Elok dibiarkan je tanpa tingkap yang boleh dibuka. Kalau nak juga tingkap bawah. pasang grill.


Papa keluar bilik air terpinga sebab Mama dok bising ke Hakim.
Bila Papa tau je hal sebenar, apa lagi. Drama air mata lah Hakim time tu.

Itu lah pengalaman yang paling tak best, berkecamuk hati, paling scary sepanjang bercuti di sini.
Harap pihak hotel dapat buat sesuatu sebelum kejadian buruk terjadi.
Bukan apa, sememang nya sangat tak wajar ada tingkap macam tu kat hotel ni.


Hakim... Mama sayang Hakim.


Since haritu,
langsir bilik memang akan dibuka je. Mama and Papa kena sentiasa alert dan berhati-hati.
Nasib baik tinggal 1 hari je nak check out so hati ni tak de lah risau sangat. 

Overall stay di Flemington Hotel ni sebenarnya best tapi dek kerana pengalaman yang sangat menakutkan ni maka daripada nak bagi 3 bintang terpaksa bagi 1 bintang je.

Keselamatan adalah yang paling utama.

Se-gah mana pun hotel tapi kalau soal keselamatan tidak dititik beratkan, maka percutian jadi tidak bermakna. Mama harap sangat pihak hotel lebih sensitif, kalau diorang upgrade hal keselamatan ni... Insyallah next time kalau kita ke Taiping akan stay lagi di sini. Sebab roof top swimming pool nya sangat best!





Pagi tu dalam pukul 10am selepas berjimpa di roof top swimming pool hotel kita check out.

Kengkonon nak ke Doli Char Kueh Tiew time nak on the way balik KL. Tapi kedai tutup plak.
Operation hour mula pukul 11.30am rupanya. Papa malas nak tunggu, so tak dapat lah nak merasa Doli Kueh Teaw yang dikatakan sedap ni. Tak de rezeki... tak pe lah.

Overall percutian di Taiping ni ... menyeronokkan.
Segala yang terjadi sepanjang percutian kali ini mengajar Mama and Papa supaya lebih berhati-hati dan menyedarkan Mama yang kemalangan boleh berlaku walaupun dalam bilik tidur.

List to do/eat/go boleh dikatakan 70% fullfill.

Cuma kita tak dapat naik ke Bukit Larut, ke Equine Park, tengok firefly atas faktor cuaca dan salah timing. Tak pe... tapi pada percutian kali ini Mama berkesempatan berjumpa, berpeluk dengan roomate/ classmate Mama time study di UTM, Skudai.

Hampir 7 tahun tak berjumpa, last jumpa time Mama and Papa kawin , 
auntie Emy ni ada datang memeriahkan majlis kawin.  

Auntie Emy , Mama and her son... Zareef. Antie Emy masa ni pregnant 2 month. 

Malam ke-2 lepas incident Hakim buka tingkap tu, Antie Emy sekeluarga datang ke 
Taiping belanja kita makan di Gate Cafe.  

Okay lah ... boleh tahan masakannya di sini. Ada masakan melayu dan barat. 



Tapi susah betul nak dapat parking kereta untuk makan kat sini.
 3 -4  kali round baru dapat parking tapi jauh sikit dari Gate Cafe ni. Dah lah jauh, siap kena 'pau' dengan seorang lelaki India time parking kat belakang restoran ni. Bukan 'pau' jaga parking but that Indian man minta duit sebab tak cukup duit nak ke Hospital Selayang. Boleh???

Badan cergas, sihat tapi terjah orang minta duit di tempat parking yang gelap dan sunyi.
Nonsense dan menakutkan sangat.

 Dah lah malam kan... tempat parking jauh kat belakang deret-deret kedai. Terus Papa start engine kereta and pusing cari parking tempat lain yang lebih terang dan selamat. 

Alhamdulillah, sekali pusing terus dapat parking betul-betul depan Gate Cafe. Bukan apa, takut juga kang kalau parking juga kat situ si India tu datang balik and gores kereta sebab tak puas hati tak dapat duit kan. Ieeee... macam-macam pesen orang dalam dunia ni kan. 

So... rasa-rasa nak ke Taiping lagi tak pasni???

~~~~Dimana jua.. hanya Allah sebaik tempat berlindung~~~~




2 comments:

  1. Terima kasih atas info percutian puan..sangat2 bermanfaat esp buat kami yang berkeluarga..
    Banyak jugak tempat menarik di Taiping yang kita tak tahu rupanya..pernah tidor 1 malam disana dulu (hotel panorama)..tapi tak ekplore taiping pun.isk.isk.isk

    Yg part scary tu..aduhai..memang spoil

    Dapat rasa rasa cemas tu.Aduhai..sampai la ni pun seriau lagi..

    Budak2 mana tahu rasa bahaya..yang depa tahu nak explore je..

    Allah..mudah2an..Pihak hotel buat.sesuatu utk upgred langkah2 keselamatan.dibilik depa

    WaAllahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, pengalaman saya anak beranak tak seberapa. Terima kasih sudi singgah blog ni ye. Nanti boleh lah ke Taiping lagi.

      Delete