Wednesday, 11 March 2015

Hari pertama: Ke mana lagi kalau bukan ZOO!


Sebab kenapa Mama and Papa pilih nak bercuti di Taiping ni ialah Papa nak 
bawa ke tempat yang 3 in 1.

 Papa suggest to stay di Bukit Merah Laketown Resort ,
 sebab kat sana ada hotel, ada zoo, ada water theme park macam kat A Famosa tu.
Senang... semua ada dalam satu area.

 Tapi Mama rasa tak syok pula sebab macam jauh dari Zoo Taiping, Equine Park and Bukit Larut. Plus rasa macam tak syok pula stay kat BMLR ni sebab Mama dah teruja nak mandi pool kat roof top hotel pilihan hati. Hihihihih….

So lepas nak nego-nego dengan Papa, kita try stick dengan jadual perjalanan. Akhirnya satu keputusan yang dipersetujui bersama dimetrai. Ceeewah! Kemain lagi ayat Mama Hakim ni  kan.

Pagi Sabtu tu kita sebelum bertolak ke Taiping, kita singgah umah Ato and Jida sekejap. Siap dapat langkah kanan lagi tu, Jida masak Kueh Teaw Goreng and nugget. So lepas breakfasr kat umah Ato and Jida, kita terus bergerak ke Taipng.

Alhamdulillah... cuaca dan traffic sepanjang perjalanan 250 km 
 ( lebih kurang 2jam 30minit) kita 3 beranak ke Taiping berjalan  lancar dan baik sekali. 

As plan, destinasi pertama of course lah zoo,
 Zoo Taiping !


Last Mama ke sini time UTM trip , 9 years ago.



Yes, straight to zoo, bukan hotel ye.
Hakim kan tak sabar nak pergi zoo ni kan. Seminggu sebelum ni , 
Hakim asik menghitung hari je nak ke zoo. Nak gerak bangun pagi pun senang sebab nak ke zoo punya pasal. Mandi air sejuk pun sanggup!

Zoo Taiping ni dekat je dengan Taman Tasik Taiping, parking pun banyak. 


Indahnya pemandangan ciptaan Allah, Taman Tasik Taiping.



Masa nak masuk zoo tu kita disambut dengan beruk-beruk liar yang dok busy cari makanan dalam tong sampah sekitar zoo. Takut lah juga kan, kot kang beruk tu kejar or gigit ke kan. Abis tunggang langgang tong sampah zoo dikerjakan beruk-beruk liar ni. Sabo je lah.

Masuk Zoo Taiping ni kita  terus naik tram, and its FREE.  Kita dibawa mengelilingi zoo sambil tu pakcik tram akan explain tentang animal yang ada kat sini. Tapi pakcik driver macam tak exited nak explain. Mama tak paham tah apa yang driver tu dok cakap. Agaknya letih kot asik dok explain benda yang sama kan. Berenti pun kejap sangat kat animal yang dia dok terangkan.

Last check point, semua penumpang turun tram kat sini.


Visitor boleh tahan lah… ramai juga sebab cuti hari Sabtu kan. So ramai parent bawa anak-anak ke sini. Lepas turun tram kita sambung menerokai zoo Taiping dengan tulang empat kerat kita pula. Hakim awal-awal lagi Mama dah warning, kalau nak dukung je …. kita balik. Hihihihi… 
So dengan payahnya Hakim kena lah berjalan kaki sepanjang berjalan zoo ni. Tapi sesekali ada juga Papa dukung. Kesian.... anak kesayangan Papa lah katakan.

Hakim nak masuk zoo

Sihat 3 ekor girrafe ni

Kat kandang ni ada ostrich, giraffe and rusa.

Gajah jauh nun kat belakang tu

Ini rusa ye Hakim.

Binatang kat sini banyak, kawasan zoo pun sangat luas. Tapi macam tak terurus.
Rumput panjang, daun pokok berselerak and certain tempat tu ada bau hanyir. 
Memang smelly! Papa kata bau bangkai. Memang tak menahan baunya.

Malah ada unta yang sakit. Ya Allah…kesian tengok Unta tu tengah mengelupur sakit. Time kita tengok ni memang tak ada staff  dalam kandang unta ni, maybe depa dah hubungi vet kot. Tunggu depa sampai lah tu kot… (think +ve).

Kesian unta ni sakit.


Papa pula macam bengang sebab kesian pada unta dibiar cenggitu and  risau kang kita terkena penyakit unta ni.  Ye lah, sekarang ni penyakit bawaan binatang memang mudah merebak.
So nampak gaya plan nak ke Safari Night macam terkubur je.

Actually, trip safari night ni sama je dengan trip zoo waktu siang. Kawasan yang sama cuma possibility nak tengok animal yang active time malam lebih cerah. Tapi bila tengok keadaan siang yang agak bersepah dan smelly... rasanya tak perlu lah kot nak ke Safari Night Taiping ni. Macam scary pula kan. But next time kalau mereka upgrade kebersihan and tambah aktiviti di sini maybe keadaannya lebih seronok dan selesa. Papa kata, Papa kasi 1 bintang je pada Zoo Taiping ni.

Apa pun, puas juga Mama and Paap melayan Hakim tengok animal kat zoo ni, berpeluh-peluh. 
Kuat semangat Hakim nak jelajah zoo.  Budak-budak kan, asal nampak gajah, girrafe, zebra, hippo... meraka dah cukup seronok.


Papa belanja kita  sorang sehelai baju kat sini.

Tapi seriusly pihak kerajaan tempatan or sesiapa yang bertanggunjawab perlu peka sebab tarikan utama Bandaraya Taiping ini adalah Zoo Taiping. Sebut pasal percutian di Taiping, orang akan fikir nak bawa anak ke Zoo Taiping kan. So penambahbaikan segera sangat wajar.

Bubai animal.


Selesai jelajah zoo kita terus keluar kengkonon nak ke Bukit Larut pula.
Tapi sayangnya  sampai je di kaki Bukit Larut, hujan turun. Padahal kita dah siap-siap beli roti and air kotak kat kedai bawah kaki Bukit Larut ni. 

Erm…. Tak ada rezeki kita harini nak naik Bukit Larut ye Hakim. Nak ke Equine Park pun tak dapat sebab hujan. So Papa decide kita check-in hotel dulu and siap-siap ke Kuala Sepetang pula. Harapan ke Kuala Sepetang tinggi kemain, nak makan Mee Udang Mak Jah , InsyAllah...Mudah-mudahan hujan berenti lah ye.

Menurut pekerja hotel tempat kita stay ni Taiping ni memang selalu sangat hujan. kalau tak lebat pun...renya-renyai tu mesti ada. Sebab tu lah cuaca di Taiping ni selalu redup dan macam mendung memanjang. Ini kalau tidur memang sedap ni.


~~~ Hujan rintik-rintik, air bergelombang.... ~~~~

No comments:

Post a Comment