Wednesday, 25 February 2015

Ready to see u, Mis Perri-Perri and TVS


At last  pada 13.2.2015, jam 9am Mama dah telan sebiji Duphaston.
Lama betul baru nak makan Duphaston. 
Biasalah Mama ni busy kalah menteri Fasola. Hihihihihi...

Last week Mama dah bincang dengan Papa, yang  Mama plan nak makan Duphaston today. Papa pun tak ada outstation ke mana-mana for Feb-Mac so Insyallah mudahlah Mama and Papa nak prepare for treatment nanti.

Maklum lah treatment after period ni amat memerlukan ketabahan hati yang maha tinggi.
Bukan je kena tahan perit kena inject  kat perut setiap morning malah ketabahan mengharungi jammed selang 3-5 hari ke HKL  sehingga telur matang tu yang paling memeritkan. 

Kena berperang dengan emosi semasa drive mengadap jammed, 
semasa tvs, semasa que nak dapatkan number dan yang seangkatan dengan nye.

Like last time Mama kena inject 21 kali setiap hari dengan 4 kali perjumpaan selang 5 hari sekali.
4 kali tu hanya untuk TVS... dan hasilnya amat mengecewakan sebab telur tak matang.

Tapi tak pe lah..
bak pepatah orang tua-tua.

kalau tak dipecahkan ruyungnya...
manakan nak dapatkan sagunya.

maksud nya...( untuk case kita ni)

kalau Mama and Papa tak usaha keras mengharungi ujian ni...
manakan nak dapatkan adik untuk Hakim kan.

So, kalau ikutkan kebiasaan . Lepas 10 hari nanti Mama akan datang period. 
Makna kata InsyAllah 23.2.2015 Mama akan period and CD 2 nanti boleh lah vroom vrooooom dengan Papa ke HKL untuk TVS and amik ubat inject.

Till then....kita sambung lagi nanti ye. ::13.2.2015 @ 12.21pm

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   ~~~~~~~~~~~~~~~~   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~    ~~~~~~

~~Biar pahit ku telan jua~~~

22 Feb 2015 Mama period. Alhamdulillah.
Nampaknya Duphaston yang Doktor bagi tu masih serasi dengan Mama.

So CD2 Mama ke HKL, sorang-sorang sebab Papa ada kerja.
Mama tak kisah pun sebab for this appointment kehadiran Papa tak wajib.

Mama dah prepare awal nak ke HKL, cooling bag and ice pack pun dah siap nak bawa je.
Sampai HKL... Alhamdulillah bangunan parking baru berdepan dengan klinik bersalin tu dah beroperasi. So senang lah Mama tak perlu menapak jauh. Oleh sebab Mama samapai awal dalam pukul 7.30am so parking memang melambak.

Sampai Unit reproduktif tu, nurse amik berat Mama.
Terkejut betul Mama bila nurse inform Mama 85kgs. Mak aiiii.... bila masa naik 2kgs ni?
Sebab period ke naik sampai 2kgs?

Timbang kat rumah lain... 83kgs. Kurang 2kgs daripada last appointment.
Maybe ralat penimbang. But nak argue pun tak guna sebab penimbang yang depa ni guna sama dengan penimbang hat dulu.

Lepas timbang, buat TVS pula.
Yes... banyak folikel at both of ovary Mama. PCO lah tu.
Macam yang lepas ... cuma kali ni Mama nampak jumlah folikel tu berkurangan dari yang 1st treatment last year. Kalau last year nampak setiap ovari ada dalam 10 folikel but this time ada 5-6 folikel pada setiap ovari.

Doktor yang in charge time tu inform Mama yang tak ada apa yang boleh dibuat.
Sebab berat badan Mama sama macam dulu.  Thats why folikel tu masih ada.
Doktor kata kalau teruskan injection possibility akan failed macam last treatment boleh berlaku.

So Doktor cadangkan Mama turunkan lagi berat badan lagi 4kgs.
Dia cakap bahaya kalau bagi full dose sebab tak nak jadi kehamilan berganda-ganda-ganda-ganda.

Apa perasaan Mama?????
Time tu rasa kecewa. Kecewa sebab apesal lah penimbang HKL ni tetiba menaikkan berat badan Mama? Apesal time gina berat ni naik? Lama tunggu tau.... end up nothing to proceed. So memang kecewa. Kecewa sebab kegagalan tu adalah disebabkan kurangnya usaha Mama untuk turunkan berat badan. Mama dah try yang terbaik. Nasi Mama cuma makan half potion daripada yang intake biasa.
Exercise ada lah sikit-sikit Mama buat. Tapi mungkin semua tu masih tak memadai.

Doktor kata... dia kalau boleh nak Mama sihat sebelum pregnant.
Berat badan tu  kena kurangkan lagi sebab bila pregnant nanti berat sure bertambah and kalau sekarang berat berlebihan akan ada risiko lain jika pregnant.
Erm.... pandai kan Doktor tu pujuk Mama. Agaknya dia tau Mama kecewa.

Plus dia kata dia akan bekal kan Mama Metformin untuk 3 bulan.
Metformin ni actually untuk orang kencing manis but in my case Metformin ni berfungsi untuk menstabilkan hormon Mama.

Next appointment lagi 3 bulan kena ke sini lagi.
Masa tu kena make sure berat dah turun 4kgs...

Masalahnye kat sini...    Boleh ke????

~~~~  STRESS!!!~~~~

No comments:

Post a Comment