Monday, 16 March 2015

Hari ke 2: Bukit Merah Laketown

Alhamdulillah
 hari ke 2 di Taiping we manage to jalan-kalan cari pengalaman di
Bukit Merah Laketown Resort pula.

Di Bukit Merah Laketown ni ada 3 tempat yang boleh kita lawati;
1. Ecopark :: macam mini zoo
2. Waterpark
3. Pulau Orang Utan

Masa kita pergi ni tengah ada promotion,
Untuk pakej Ecopark + Waterparkso dapat save dalam RM10 per head. Untung-untung....  :)
Cari mana Hakim .

No more free entry



Crowd boleh kata average je time tu. Sebab kita datang ni time hari ahad yang bukan  jatuh pada musim cuti sekolah. So tempat ni tak sesak sangat. Happy je boleh santai-santai, boleh jalan slow-slow, boleh bagi makan animal lama-lama.

 Kira best lah bercuti time weekend yang bukan musim cuti sekolah ni. Tapi kalau pergi time hari sekolah pula rasa macam tak syok . Tak kan nak tengok persembahan binatang kat sini kita-kita  je. Macam tak happening lah pula kalau just ada 2-3 keluarga time persembahan animal, time mandi kat water park, time makan. Iye dak???.

Pada pendapat Mama, tempat luas macam ni best bila crowd average je.

Okay lepas dapat tiket kita terus ke Ecopark dulu. Pada pikiran Mama and Papa, elok kita ke ecopark dulu sebab kalau dah mandi kat waterpark nanti penat , malas nak berjalan.

Jadi di pagi yang ceria itu telah dimulakan dengan aktiviti menaiki sky cycle.
Kali pertama naik sky-cycle. Mama gayat!!!

Bawah tu tasik ye. Luas tasiknya.


Nak kata tinggi railway nye...idak lah. Tapi serius gayat pasal gerabaknya macam terlalu open. Pastu bila dah half way, tak berani nak move badan ke kiri or kanan lebih-lebih sebab bila move lebih sikit nanti gerabak tu akan sengit ikut belah mana berat.  Tapi Hakim... anak Mama ni sangat lah brave.
Sepanjang skycycle tu tenang je, siap boleh acah-acah Mama lagi tu. Adoi ... Mak gayat nak oiiii!!!



Papa??? Papa tak dan nak gayat kot sebab Papa terpaksa menanggung berat kita 3 orang untuk mengayuh gerabak tu dengan hanya menggunakan tangan. Kikikiki... kesian Papa. Ini lah yang dinamakan pengorbanan kan Sayang? Hhihihihi...



Selesai ber skycycle kita masuk mini zoo pula.  Mama belikan Hakim 1 set makanan untuk animal feeding, 1 set harga RM5 je. Macam-macam jenis sayur and roti disediakan
.
Bila kita masuk je  ke dalam Ecopark tu, terus sang beruk monyet yang ada kat situ mengejar kita. Fuhhhh...nasib ada jaring so Hakim just bagi makan beruk and monyet kat situ melalui jaring. Monyet kat sii pandai, dia tau kalau orang datang pegang plastik tu maknanya ada lah makanan untuk diorang. Kalau pengunjung tu tak bawa plastik, tak de plak dikejarnya. Betul.... Percayalah.


Monyet sibuk ngejar nak makanan.

Nasib baik monyet di dalam kurungan. Kalau tak..... 


Bukan je monyet yang kejar,...
ayam jantan
ayam betina
merak jantan
merak betina



Merak cantik

 Kita jalan-jalan dengan Merak bebas kat sini .


Ngekot je kerja nye.
Dari pintu masuk, sampai nak keluar dua ekor ni asik membontottttttt je kita. 


Binturung makan roti yang kita sua guna buluh yang disediakan.

Rusa makan sayur

Alololooooo... somel kan anak kambing ni. Bersih.


Semua 4 animal ni dok membontot je mana kita pergi, Bezanya monyet dan beberapa animal lain macam ular, rusa, kambing, pet animal di asingkan dalam jaring or kandang. Yang 4 ni bebas. Ha... dari pintu masuk sampai pintu keluar lah di ikutnya kita. Betul......

Binatang-binatang ni macam tak takut orang.
Mama pula yang takut ke binatang ni semua. Ada ke patut???
Huhuhuhu...



Tapi kan nak puji lah sikit ecopark kat Bukit Merah Laketown ni ye, even binatang nya tak sebanyak binatang di Zoo Taiping tapi kita selesa. Siap boleh pegang rabbit. Boleh animal feeding kan and ada animal show lagi tau. Walau pun tak lama, sekurang-kurangnya suasa dalam ecopark tu hidup. Budak-budak suka.



 Cuma time nak gerak dari 1 zon ke 1 zon dalam ecopark tu macam risau sikit. Pasalnya laluan tu tinggi bertangga dan  berlapik kayu sahaje. Some pelapik kayu tu Mama rasa macam tunggu masa nak retak and pecah je.

But Alhamdulillah semua selamat, Hakim pun happy , kalau boleh semua animal nak di feedingnya. Concept di Ecopark ni lebih kurang macam zoo di A-Famosa, Malacca. Bila anak terhibur... pastinya mak apak pun suka kan. Tak kisah walaupun anak ni amik masa lama sikit kat sini sebab nak feeding animal, nak touch animal. Kan kan kan??? Hihihih...

Selesai meng feeding kan animal, kita laju-laju ke waterpark pula.

Kat waterpark time ni ramai lah juga orang. Melayu,Cina , India semua ambil kesempatan hari minggu bawa anak mandi kat sini berbanding kat ecopark tadi.

Hakim tak sabar nak mandi



Time kita masuk waterpark ni  matahari dah dok canak atas kepala. Panas nye tuhan je yang tau.
Teriknya sampai itam lah badan. Jadi sunburn.

Balik dari waterpark Papa asik bising tangan dia dah hitam.
Apalah Papa ni kan. Tengok Hakim relex je, hitam pun tak kisah janji boleh main air.


Duit dalam poket, basah lencun.

Terik matahari tak menghalang Hakim nak berjimba.

Papa jadi shark tangkap kaki Hakim

Asalnya Mama tak nak mandi. Just nak monitor Hakim je dari jauh. Tapi kesian pula tengok Hakim asik kena buli ngan Papa. Mama masuk lah juga dalam air.

Oleh sebab waterpark Bukit Merah Laketwn ni tak berbumbungkan, so bila masuk dalam air ni memang rasa panasnya. Tak macam waterpark kat Gambang, ada bumbung kat kolam untuk budak, so tak lah panas sangat budak nak main air.


Mama nak mandi juga.

Cari spot redup.

Anak tunggang langgang kat slide, Papanye syok bersiram.

Seronok lah tu.

Papa dah hilang.


Puas mandi anak Mama kat sini. Panas-panas hari pun tak dikesahkannye.
 Bilik persalinan kat sini bersih dan banyak  disediakan. Selesa nak mandi, air pun laju. . Surau pun ada untuk solat. Locker pun banyak. Pilih je mana nak.

Dalam sejam juga lah kita dok berendam dalam ni. Tak boleh lama-lama. tak tahan cuaca panas. Melecur kaki nak menapak dari satu park ke satu park. Paneh!

Balik dari Bukit Merah Laketown terus shoot ke Kuala Gula.
 Perut lapo nak minta di isi ketam lembut.

 Kita tak masuk ke Orang Utan Island sebab rasa macam tak berbaloi.
Kena tambah ongkos lagi kalau nak ke sana.  Tak pe lah ye Hakim, next time kita ke Sabah tengok Orang Utan kat sana. Boleh Papa nye? Hihihihi....

~~~~ 3 bintang untuk Ecopark, 2 bintang untuk waterpark~~~


No comments:

Post a Comment