Tuesday 26 April 2016

Beli sayur di Kea Farm, Cameron Highland.

Hari Selasa agak lengang, senang nak park kereta.


Inilah keadaan dan suasana jalan dan market berhampiran Kea Farm.
Masa hari Ahad dan Isnin memang super ramai orang kat sini. 

Kiri kanan jalan orang dok parking kereta. Mujur ada polis trafik tolong jaga laluan. 
Kalau tidak mau kat tengah-tengah jalan raya pun orang park. 


Petang Isnin di Kea Farm
Se elok nya memang time balik lah kalau nak singgah ke sini beli buah and sayur.
Kalau beli awal-awal risau buah and sayur layu je dalam bonet kereta.
Bunga dan cenderahati pun banyak jual kat sini

Macam biasalah Mama, 
sebagai seorang wanita mestilah nak menyinggah melabur duit kat sini kan. Papa kena banyak bersabar tolong angkut sayur ke kereta. Hihihi...

Murah ke?
Erm.... Mama pun tak tak sure. Tapi time beli tu kena lah minta tawar. Lepas tu tinjau-tinjau lah sampai ke hujung market. Baru boleh bezakan harga. Tapi kalau dah ramai sangat orang, gamaknya kalau rasa harga yang ditawarkan tu murah, grab aje lah. 


Mama cuma beli keledek purple (RM8 sekilo), jagung madu dan mutiara (RM15/2 longgok: selonggok ada dalam 9tongkol) and sayur ( 7paket saiz sederhana RM10:: Mama beli 14 paket).




Sekotak biru tu RM35: Pek sederhana dalam bekas lutsinar ni harga RM20/4 paket. Pek kecik ada jual 5 pek RM10 tak muat pula nak masuk dalam gambo ni.
Sampai Cameron ni teruja juga tengok buah dan benda baru yang dijual.
Contohnya macam gambar kat bawah ni.


Yang halus-halus putih macam cacing tu... ginseng.
Yang bulat hijau merah sebelah tu, buah cinta.
Memula nak juga beli sebab nak test rasa buah cinta tu macamna. Tapi bila tengok Papa peloh-peloh dok melayan berplastik-plastik sayur yang dibeli. Langsung lupa nak beli buah cinta ni.

Nanti sapa-sapa yang ada beli buah cinta ni , kasi pos sama saya ya.
Hihihihi...



2 comments:

  1. Akak pun biasa tengok je buah cinta tu. Rasa belum ada rezeki. Cordycep tu elok reneh untuk ashtma :)

    ReplyDelete