Friday 16 May 2014

VIRAL FEVER... PLEASE GO AWAY.

Pic taken: 10.5.2014 pm :: Day 1 demam muka masih tak cengkung, masih nampak pipi gebu Hakim kn
Since Jumaat malam 9.5.2014, Hakim demam, normally kalau Hakim demam paling lama 2 hari baik. But this time dah melarat berhari-hari. Masuk hari ni dah cukup seminggu demam. Risau sangat..

Kronologi demam...

9.5.2014 ~ Start demam. Berat sebelum demam 16kgs

10.5.2014 ~ ke Klinik Ihwan, Saujana Utama. Doktor bagitau ada tanda viral fever macam sakit di sendi badan, panas badan tapi tiada batuk dan selsema. Doktor just bagi ubat demam. Tak bagi antibiotik sebab demam baru 2 hari.

11.5.2014~ Mama risau demam tak kebah juga. So mama & Papa bawa ke Klinik Keluarga Sg Buloh. Doctor kata tonsel Hakim merah. Maybe viral fever. Doktor kata tekak kita ni umpama pintu gerbang, apa yang kita makan akan masuk ikut tekak...kalau bernafas pun hidung akan saring but ada juga zarah kotor yang boleh masuk ke tekak. So bila pintu gerbang tu 'ter effect' dengan virus, itu yang boleh jadi demam. Harini Doktor bagitau tak boleh buat ujian denggi sebab demam kurang 5 hari, takut result false negative. Doktor minta bawa klinik hari selasa kalau demam masih berlarutan.

12.5.2014~ Badan Hakim makin lemah & selera makan hilang. Badan pun makin kurus. Mama rasa tak boleh dah nak tunggu till Tuesday untuk ujian darah so Mama & Papa decide bawa Hakim ke Tropicana Medical Center (TMC), Damansara sebab suhu badan Hakim even baru lepas bagi ubat demam still 39.8'C. Plus Hakim cakap sakit kat perut & sakit kepala minta urut. Kesian... melepek je tak larat nak bangun. Menangis pun macam penat.

Sampai TMC , timbang berat Hakim dat time 14kgs. 
See...within 3 days demam berat lost 2kgs. 
Sedih Mama...  Doktor masuk kan ubat punggung & amik darah Hakim.

Alhamdulillah after blood analysis, Doktor inform Hakim tiada denggi tapi ada sedikit kuman dalam darah. Tidak merbahaya dan perlu teruskan makan ubat demam dan habiskan antibiotic.
( Dalam hati cakap...macamana Doktor ni boleh cakap tak bahaya??? Dalam darah ade kuman ni!!! Aiiiiissshhhhh!!!!)


Emergency Room @ TMC

Papa pulak dah macam orang sakit. Tidur....  ZZzzzZZZZzzzz. ( Cengkung muka anak Mama)

My wish... Semoga Hakim cepat sembuh.

 14.5.2014.... 
Mama beli Scot Emultion bagi Hakim makan untuk boost imun system. Syukur...tak demam dah malam tu. Gembira sikit hati ni sebab fikir demam Hakim dah OKAY.

But 15.5.2015 
 Hakim demam semula.  Doktor di TMC ada inform yang viral fever ni boleh melarat sampai 10 hari. Ish....Mama kalau boleh tak nak lah anak Mama demam lama-lama. Mama yang demam 1-2 hari pun tak tahan, inikan budak sekecil Hakim. Yang peliknye demam suhu tinggi waktu malam je. Time siang suhu tak lah tinggi sangat macam malam.  

Macam biasa kalau Hakim demam selain bagi ubat, apa yang boleh Mama and Papa ikhtiar ialah masak apa yang Hakim suka & make sure tuam badan and kepala Hakim dengan tuala basah.  Biarlah Hakim menangis sejuk tapi Mama tetap tuam tuala basah especially kat kepala, ketiak & pelipat siku & lutut. Baju pun pakai yang nipis & seluar pendek je dengan harapan suhu badan Hakim turun. Air pun banyak Mama paksa minum. End up masa demam ni Hakim dibenarkan pakai pampers sebab minum banyak so kencing pun banyak. Oleh sebab Hakim tak larat nak bangun so.... 3-4 hari ni memang Mama pakaikan pampers.

Today....
Hakim masih demam... Mama perasan bibir Hakim berdarah. Pelik??? Viral fever memang macam ni sekali ke? Air memang banyak minum. Bibir pun tak kering tapi berdarah. Pelik kan???

Jap lagi nak bawa Hakim ke klinik lagi. Tunggu Papa balik kerja... or Mama rasa patut bawa ke Hospital Sungai Buloh je. Lama sangat dah demam.  Nak kerja pun hati tak senang. Kengkadang gi hospital gomen ni walau tunggu lama puas hati kan. Wallahualam... 


~~~~  Biar Mama demam...jangan Hakim yang demam...~~~


For record...  at the same time  Hakim di TMC.... rupanya kat Putra Medical Center, Aufa pun tengah meraung tak mau ditekup dengan neb tu. Kesian.... Asma pula Aufa ye....

  (musim cucu Tok Aris di uji sakit gamaknye...)

Oppa!!!! What happen to u dear..... Mama Long love U.
UPDATE: 18.5.2014
Alhamdulillah Hakim baik dari viral fever after 9 days on off demam. Hari ke 9 tu Ato suruh bagi Hakim munim air kelapa. 2 bijik kelapa mude  fresh Papa belikan. Lepas minum tu demam Hakim kebah & dengan izin Allah demam tu tak mai dah. Thank Ato bagi buah fikiran , minum air kelapa muda.

No comments:

Post a Comment