Sori mori...baru dan nak update kepulangan Tok Nenek dari Umrah.
Syukur pada Allah sebab akhirnya kesemua jemaah yang kehilangan passport yang Mama share aritu selamat tiba di tanah air.
And semestinya macam-macam cerita yang di share sepanjang tempoh kehilangan passport tu. Walaubagaimana pun diharap pihak agensi Kembara Umrah Sdn Bhd akan lebih berhati-hati dan mengemaskan lagi tahap pengurusan jemaah di masa akan datang.
Jida & friends~~~CRDT PHOTO MOKSU |
Tak tau ape motif gambar di blurkan moksu... ;P |
Melawat ladang kurma~~~ Crdt Maksu |
Bila lagi kan nak dapat Passport macamni. ~~Crdt photo Maksu |
Macam kelakar pulak kan... Perakuan cemas. Passport perakuan cemas. hihihihihi...
Ready to balik Kg Merbau Sempak :) ~~ crdt photo Moksu |
Apa pun...tidak ada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat kedua-dua Ato & nenek Hakim dapat pulang ke rumah dengan sihat dan selamat. Cuma apa yang Mama nampak semua atok nenek & maksu mengalami batuk-batuk. Maybe perubahan cuaca yang menyebabkan dorang ni batuk-batuk.
Dalam seminggu selepas kepulangan dari Umrah ,semua dah ok dari batuk cuma Ato MS je yang masih batuk teruk. Risau juga sebab sekarang ni musim penyakit MERS-COV. Mama risau sebab sudah ade jemaah yang meninggal dunia sebab jangkitan MERS-COV ni.
After 2-3 minggu batuk Ato tak reda after chek up di Hospital Sg Buloh, baru tau Ato mengalami dan disahkan batuk kering atau penyakit tuberkulosis (TIBI). Erm... pelik juga sebab before buat Umrah dulu check up tak ada TIBI. So sekarang Ato terpaksalah makan ubat selama 6 bulan. Macam maksu dulu, sampai terpaksa extend matrikulasi sebab TIBI. Ni luckily Ato dah pencen, kalau tidak dapat cuti free ye Tok? hihihihi... Cuma Mama risau sebab keadaan Ato & Moksu tak sama. Ato dah tua so antibodi lemah. Kalau Maksu dulu tak sampai 6 bulan treatment dah elok bebas dari TIBI. Apa pun semoga Ato sihat dan tak miss makan ubat.
Time kat Madinah & Mecca dalam keadaan batuk tu pun sempat lagi Ato & jida + Atok Kuang & nenek belikan hadiah untuk anak cucu. Segala macam kurma, kacang & kismis tu wajib bawa balik lah kan. Air zam zam pun wajib bawa balik untuk keluarga. Terima kasih sebab ingat kat kami beli hadiah macam-macam. Tapi hadiah paling bermakna ialah doa tok nenek Hakim untuk kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Jida cakap Jida dah doakan Hakim dapat adik. :)
Insyallah...Mama & Papa dah usaha. Plus Ato, Jida & Nenek dah doakan. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kedua ibu bapa mertua Mama ni.
Hadiah jubah dari Ato & Jida. Putih suci je kan. |
Bila dah beramai ni... tilam pun setting depan tv. |
Over excited! |
Belah kiri ni gambar kenangan Ato Kuang & nenek di Mecca. Ato macam Pak Arab kan. hihihihi...
Sempat juga Atok Nenek Kuang belikan jubah atas ni untuk Hakim. Paling tak boleh blah... camel pun Ato Kuang belikan sebab Ato tau cucu Ato ni sukakan animal. Camel ni siap boleh gerak & nyanyi lagi tau.
Hakim cakap lelaki yang duduk atas camel tu Allah sebab bila on camel akan berbunyi lagu ni "Labbaik Allahumma Labbaik..... & lelaki kat camel tu baca Al-Quran. Silap Mama juga sebab terangkan kat Hakim dulu yang AtoNenek Jida ke Umrah sebab nak pergi rumah Allah. So bila Ato bawa balik camel ni memang Hakim cakap lah yang lelaki tu Allah. Salah tu anak.... Allah bukan macam manusia dan rumah Allah bukan ada di Mecca sahaja. Apa yang Ato bawa ni hanyalah mainan ye. So sekarang bila tanya siapa lelaki tu. Hakim akan cakap lelaki tu adalah Ustaz tengah baca Al-Quran. Macam-macam imaginasi anak-anak ni kan. Silap penerangan inilah padahnya.
Ustaz naik unta katenye. |
Anyway thaks to Atok nenek MS & Kuang sebab tidak lupa mendoakan kita di sana. Terima kasih sebab belikan hadiah untuk Hakim. InsyAlah bila ade rezeki nanti kita pula ke Mecca ye anak.
No comments:
Post a Comment