Post ni bukan nak kata product Pensonic ni tak bagus ye and
bukan nak kata model rice cooker macam ni tak elok. Tapi Mama ada sedikit masalah dengan periuk nasi yang model canggih ni.
Kan last week Mama mengepow Papa vacuum...
So time tu sesaje lah Mama dok belek rice cooker sekali. Tak sangka terjebak pulak dengan Encik Rice Cooker . :)
Sebelum tu nak bagitau yang lama dah periuk ni berjasa pada kita sekeluarga. Actually rice cooker ni Mama dapat hadiah sempena perkahwinan Mama & Papa pada penghujung Mei 2008. Mama pun tak ingat siapa yang bagi hadiah ni sebab serius time Mama kawin tu banyak sangat hadiah Mama dapat. Terima kasih lah banyak-banyak kepada family, saudara mara, kawan-kawan and tak lupa pada sahabat Jida and Ato yang sudi bagi hadiah kat Mama & Papa. (tak kesampaian nak ucap terima kasih dulu)
Antara barang electrik yang paling banyak Mama dapat ialah iron. Iron sahaja Mama dapat 6 buah . Itu baru hadiah kenduri belah Mama, time kenduri belah Papa dapat lagi 1 iron. Siap boleh agih kat makcik-makcik Hakim yang time tu tengah study. Daripada tak guna better di agih kan pada yang memerlukan. Panjang pahalanya. InsyAllah....
Okay, kenapa Mama tukar periuk nasi ni? Bukan sebab periuk ni rosak but...
Nampak tak kesan cokelet itam daki saki masak nasi kat keliling penutup periuk tu. Ok sometimes bila teringat memang Mama akan tenyeh supaya hilang daki tu tapi selalunye lupa nak lap so makin lama makin banyak lah daki kat situ.
Penah juga lupa yang dalam periuk tu ada nasi, lupa plak nak buang. Basi pula dalam tu berhari-hari kan. Sudahnye berbau lah periuk tu. Ha...sanggup ke nak masak nasi dalam tu bila periuk dah ade bau masam. Tak pasal kang nasi yang baru masuk tu cepat basi pasal tecemar dengan daki and bau masam basi tu kan.
Selain tu periuk jenis macam ni dilengkapi dengan part tadah wap/air (ye ke itu namenye??? Gambar no 2...) . Part penadah ni cepat jadi berkulat macam gambar kat atas ni . Yang lecehnya nak kena cuci lah pula part penadah tu.
Ditambah pula bahagian periuk tu dah ditenyeh pula dengan berus dawai (pasal dah berkerak so terpaksa guna berus dawai buang kerak) So setiap kali masak nasi kalau terover cook mean macam lupa nak off suis utama periuk makanye nasi akan berkerak and mudah hangit. Begitu lah ceritanye. So bila ek boleh tukar rice cooker baru? Time ni lah!!!! hahahahaha....
Jadi dah kebetulan pergi kedai letrik kan. Panjang ler leher Mama dok menengok mana-mana periuk nasi yang model lama-lama. Orang sibuk cari model yang latest , Mama sibuk cari model lama. So kampung kan Mama ni. Hihihihi...
Mama nak cari yang boleh buka terus penutup dari badan periuk tu. So senang, lepas guna confirm Mama akan wash penutup periuk and no more nak cuci penapis wap periuk nasi lagi kan. Satu lagi kalau yang macam model lama memang tak ade tempat tadah wap / air time masak nasi tu.
So promoter tu pun suggest kat Mama rice cooker KHIND ni,
Simple je kan rupenye. Just like Jida punye periuk nasi dulu-dulu.
Dulu-dulu semua pakai periuk nasi macamni. Cuma yang sekarang punye penutup dah tukar kaca. Nampak lah trendy sikit kan. Kalau yang lama tu penutup pakai aluminium je.Pakai penutup kaca ni untungnya kalau ada nasi dalam tu boleh nampak lah and mengurangkan risiko nasi basi terlajak hari dalam periuk. Hihihihi....
Dulu-dulu semua pakai periuk nasi macamni. Cuma yang sekarang punye penutup dah tukar kaca. Nampak lah trendy sikit kan. Kalau yang lama tu penutup pakai aluminium je.Pakai penutup kaca ni untungnya kalau ada nasi dalam tu boleh nampak lah and mengurangkan risiko nasi basi terlajak hari dalam periuk. Hihihihi....
Harga untuk saiz 1 liter KHIND ni RM260.00 je. Mama amik yang 1 liter ni je sebab macam Papa kate...
"Mama bukan everyday masak pun.
Yang makan pun kita bertiga je so no need lah beli periuk beso-beso"
Erm...ok ler... kalau nanti tetiba dapat anak kembo lepas ni. Pastu tak cukup masak dalam periuk
ni harap maklum lah ye. Papa belikan lah pula Mama periuk nasi yang lagi beso nanti! Okay???
Then periuk Khind ni guna Stainless Steel inner pot plus ade smart suis 'ECO'. Mean time masak boleh guna mode ECO then biar ler nasi tu masak sendiri. Electric akan automatik terputus bila nasi tu hampir masak. Then tenaga haba periuk dalam periuk akan terus masak nasi tu sampai sempurna. Kire save lah electric sikit and yang penting no more kerak nasi dalam inner pot.
Yeayyy!!! Crust Free !
Itu lah yang sebaik nye. Sebab Papa cukup tak suka bila makan tergigit kerak nasi.
Potong selera katenye.
Stainless Steel inner pot |
Masa survey rice cooker tu Mama tengok tak banyak brand yang keluarkan periuk nasi yang ala-ala tradisional ni. Maybe market sekarang demand rice cooker yang canggih siap boleh masak porridge + steam + ect. Dah macam coffe plak ade 3 in 1 punye rice cooker. Tapi macam Papa kate kan , Mama ni jarang-jarang masak so tak payah le dok fikir rice cooker 3 in 1 ni sangat. Dah dapat yang ni pun syukur sangat.
KHIND 1.0L: ANSHIN BUFFALO S.STEEL INNER |
~~~Hari beli tu terus masak nasi dalam periuk ni. Nasi tetap rasa nasi lah kan. Hihihihi... cuma betul tak de kerak and seronoknye dapat cuci periuk. Tak perlu risau daki saki baki buih nasi kat penutup periuk~~~
Hi, is this rice cooker good to use? Will it bubble up and all over? Planning to get one but don wish to standby to open up lid everytime cook.
ReplyDeleteYup, bubble up but can put pemberat or cover with kain bersih around the lids to reduce bubble out. overall this rice cooker i give 4/5.
Delete