Tuesday 25 October 2016

Kena tahu ukuran langsir sebelum nak beli langsir.

Ha.... sekali panjang tajuk post. Hihihi...

Tujuan Mama buat entry ni sebab  Mama and Papa dah tak larat dah setiap kali nak beli curtain mesti nak ambil ukuran tingkap. Nak kena panjat kerusi ke sana sini sebab nak ukur labuh curtin, panjang railing etc...

  Nasib baik lah tingkap rumah kita ni tak banyak tapi azab juga lah Papa nak kena ukur kan. Pastu part paling sadis bila nak ukur je, time tu la tali tape hilang. Huhuhuhuhu....



Kekadang tu tak plan pun nak beli langsir tapi bila lalu kedai langsir tetiba je terasa nak beli langsir tapi ukuran tak ada. Jadi Mama rasa nak tepek je kat sini ukuran so senang lain kali kalau rasa nak beli langsir dah ada ukuran dalam ni  and Mama nak share juga lah dengan Hakim cara kalau nak beli langsir. Kot ler Hakim besar sikit nanti nak hadiahkan Mama curtain kan....  :)

Untuk pengetahuan Hakim,
kalau nak beli langsir ni kita tak boleh bedal cakap dengan orang kedai yang ukuran tingkap or langsir ikut standard. Tak boleh cakap gitu tau sebab nanti bahana nya time dapat curtain. Confirm ada yang tak kena nanti, samada tergonjeng or ter tak cukup lebauuuuu!

Contohnya kalau nak beli curtain bilik Hakim.
Hakim tau kan yang tingkap bilik  Hakim tu jenis 2 panel, then Hakim just cakap dengan orang kedai yang ukuran ikut je standard tingkap 2 panel.

Hrm....

Memang boleh cakap macam tu but mostly kedai tak akan berani ambil risiko nak buat. Pasalnya setiap tingkap rumah adalah unik. Panel mungkin sama but bab railing dan labuh tu berbeza.

  
Ukuran tingkap rumah zaman sekarang kebanyakkan nya  panjang
dan kalau ikut style sekarang, semua curtain nak labuh. Sebab nak bagi effect tinggi pada rumah. So ukuran standard memang tak boleh pakai dah.

Sign board untuk pelanggan . Ukuran standard tidak diterima okayyyyyy.


Jadiny kita ni kena rajin sikit ye Hakim.
 Kita kena buat ukuran dan dari situ baru lah kita boleh dapat ukuran langsir yang tepat dan sesuai dengan ketinggian dan lebar langsir yang kita kehendaki.

Part lebar tingkap tu pula....
 Ingat tau, jangan lah ukur dari hujung tingkap ke hujung tingkap. Tetapi ukur lah daripada railing atau rod yang ada di atas panel tingkap. Sebab normally railing akan lebih panjang berbanding panel tingkap. Kalau tak nanti time pasang langsir tu tak boleh nak tutup rapat langsirnya.

Satu hal pula nak kena adjust  kedut kain  langsir. Daripada elok kedut rapat-rapat, kena pula jarakkan kedut langsir tu. End up nanti jadi tak cantik langsir tu. Tak syok lah kan....

Macam baru-baru ni kita beli day curtain di Nagoya.
Sebab apa Mama pilih day curtain di Nagoya?
Pasalnya.... Day curtain kat Nagoya ni banyak pilihan dan yang penting MURAH.
Upah jahit pun reasonable.

Bila staff Nagoya tu  minta ukuran. 
Mama pun pantas je lah bagi kertas ni tunjuk kat orang kedai tu. 

Buat simple camni je.


So senang lah diorang nak tau berapa meter kain diperlukan untuk ukuran yang Mama dah sediakan ni  dan tak ler terkebil-kebil mata ni nak dok fikir and peringat berapa ukuran tingkap tu kan. Jimat masa dah kat situ kan. 

Lepas dah pilih design  dan kain, staff kat Nagoya akan minta kita bayar dulu harga kain, balance tu (upah jahit)  bayar time nak  ambil curtain . Within 2 weeks je diorang ni jahit. Dah siap boleh angkut bawa balik ye. Lalalalala....

Itu practice kat Nagoya, kalau kat kedai lain pun lebih kurang macam tu juga.
 Biasanya diorang akan minta kita bayar kain je dulu.

Ha...macam tu lah kekdahnya nak beli langsir ye Hakim.
Yang ready made memang ada banyak jual tapi ukuran tu kita kena tengok betul-betul. Kalau agak-agak okay muat and nice terletak je, baru lah boleh beli yang ready made.
Six houses with different size of window.  

Sebab.... walau pun ada tulis yang curtain ready made tu for 2 panel  tapi tak semestinya curtain tu  sesuai dengan tingkap rumah kita. Jadi pada pendapat Mama lah, lebih baik beli kain and jahit sebab susah nak dapat yang ready made untuk tingkap rumah kita yang unik lagi comel ni.

~~~ Selamat ber curtain baru!~~~

No comments:

Post a Comment