View from room number 420. |
Lama betul rasanya kita tak bawa Atok and Jida bercuti.
Last month lepas confirm cuti Maksu kita decide nak bawa Atok and Jida bercuti di negeri di Pantai Timur, Terengganu.
Alhamdulillah percutian ini dipermudahkan dan paling best sebab kita dapat connecting room yang view nya sangat lah superb walaupun booking last minutes.
Tempahan bilik Mama lebih suka direct to the hotel sebab selalunya harga bilik adalah sama or lebih murah berbanding dengan agensi hotel online yang lain. Lagipun kalau direct tdengan hotel, boleh request dan cepat dapat confirmation.
Maksu , Atok and Jida stay bilik 420, kita pula stay bilik 421.
Bilik 420. Masa ni baru check in. Kemas je katil. |
Berebut nak duduk atas riba Papa. |
Yang atas ni pula view dari bilik kita (421), boleh nampak pool untuk amak-anak. Puas hati lah stay sini sebab buka tingkap je boleh terus nampak laut and pool. Damai je.
Kat lobi hotel. |
Untuk percutian kali ni kita memang tak amik pakej makan sebab antara tujuan kenapa nak bercuti di Terengganu ni adalah sebab nak cari makanan tradisi kat sini. So tak best lah kan kalau makan kat hotel. Bukan selalu nak ke Terengganu ni, so ada peluang kita grab cari nasi dagang, sata, kopok lekor, otak-otak etc.
Sepanjang 3 hari 2 malam kat sini ,
dapatlah kita ziarah keluarga and kawan Atok and Jida time kat Maktab dulu.
Memang objective percutian kali ni nak bersantai-santai sahaja. Nak bawa Atok and Jida berehat.
Time kita ke Zoo Kemaman pun Atok and Jida stay kat hotel je. Malas nak ikut kita sebab Atok and Jida nak menikmati keindahan laut.
Ziarah Atok Long Noh sebelum check in hotel. |
Gambar kenangan Atok dengan kawan Atok. |
Gambar atas ni Hakim pakai selipar bilik sebab malam sebelum tu keluar makan , Hakim tertidur. So Papa dukung Hakim naik bilik and Selipar Hakim tertinggal dalam kereta.
Pagi esok tu keluar nak cari breakfast, Hakim kidnap sandal Maksu. Hihihihi.
Meragau maksu cari sandal maksu sampai ke bilik Mama.
Kesian maksu turun pakai selipar hotel. Sampai lobi baru tukar selipar dengan Hakim. Bertuah betul Hakim ni. Dia tau tak ada selipar, dia boleh keluar bilik dulu ikut Atok and Jida ke lobby guna selipar maksu. Tu yang jadi lagu tu . Orang lain smart je , sekali Hakim pakai selipo bilik. Hihihi...
Inilah pintu kepada connecting room kita yang bersambung dengan bilik At,Jida and Maksu.
Selama stay sini, asik buka tutup je lah pintu ni. Memanjang anak hilang dok ngacau orang bilik sebelah. Kejap-kejap hilang aje dia.
Malam ke dua Hakim siap request nak tidur bilik Atok.
Mama and Papa happy, fe feeling honeymoon. anak asik merayap bilik sebelah.
Awal morning Atok tak lupa bawa insulin cucuk kat perut. |
Memang saja req bilik single bed. Senang tidur asing dengan anak bujang. |
Ni lah kerja nya. Masuk bilik sebelah. Asik ngacau maksu. |
Giant cheest |
Jida and moksu |
Kat Kijal Resort ni, hari-hari Hakim and Papa mandi swimming pool. Time day 1, macam kesian juga lah sebab Hakim main sorang-sorang. Tapi 2nd day, Atok Long bawa family ke sini. Memang seronok sangat lah Hakim ber swimming pool ada Thihani and Thaqif.
Jida pun nak masuk pool |
Syok lah tu Hakim, ada geng. |
Yang n view hotel dari beach. |
Yang vateren tengok anak and cucu mandi laut dari jauh je. |
Ada lah tu benda Hakim request kat Jida tu. |
♥ Us ♥ |
For record:
Date: 24 Sept ~26 Sept 2016
Hotel rate:
RM275/night
(Mama dapat harga murah sebab booking online dari laman web Resort World Kijal.
Serius booking online cheaper than booking tru phone ok)
Toll:
Masuk Toll Gombak
(RM6)
Bentong ~ Karak
(RM3.90)
Karak~Jabor
(RM29.00)
Lebuhraya Pantai timur (RM7.20)
return : +-RM92.20
Petrol:
return RM300
Bilik:
Furniture agak lama tapi ok lah sebab bersih.
Air paip kuning time nak mandi tab. Kena buka lama sikit baru air ok.
Air kat bilik air, laju! Heater pun function elok.
Aircond bilik sejuk, best.
Swimming pool:
Best!
Hakim suka. Swimming pool besar bersambung dengan kanak-kanak punya pool.
Ada lebih daripada 3 stage kedalaman.
Laut:
Takut nak mandi sebab macam tak berapa landai.
Better bawa anak mandi kat pool je.
Others:
Hotel ni ada juga sediakan kemudahan lain untuk disewa.
Contoh; ATV, banana boat, bicycle etc .
No comments:
Post a Comment