Friday, 4 November 2016

Must try: Kemaman or Cherating Area.



Rugilah kalau dah ke tempat orang tapi tak merasai keunikan masakan tradisi or moden mereka kan. Masa kita ke kemaman aritu , berpeluang makan beberapa juadah yang orang pantai timur je master masak benda ni. Antaranya.....


SATA DAN OTAK-OTAK

Otak-otak di Terengganu ni special sikit. Lain dengan otak-otak Johor. Yang Terengganu ni otak-otaknya ada kepingan isi ikan. Kepingan ikan tu disalut dengan rempah otak-otak.

Kalau yang Johor or yang biasa punya otak-otak , isi ikan tu akan dihancurkan dan digaul sekali dengan rempah. Dua-dua method ni sedap je cuma kalau dah sampai sini elok lah try otak-otak Terengganu ni ye.

Sata pula memang famous kat negeri belah timur ni. Bahan asas nya sama juga macam otak-otak tu, IKAN. Cuma isinya lebih banyak dan bila tergigit cili api dalam sata tu. Pehhhhh!!! terangkat! 




Harga Sata and otak-otak di Kemaman ni boleh tahan. Beli di Kedai Aziz Satar yang orang dok heboh kata sedap tu kan. Mama teringin juga nak rasa. And... betul lah sedap. 
Harga Sata and Otak-otak di Kedai Aziz Satar ni sama je. RM 5 untuk  10 biji. 


Papa bersungguh makan Sata

Nampak tu Jida pegang otak-otak.

KEROPOK LEKOR.

Keropok lekor ni memang tak di sangkal lah kan. Beli kat Terengganu je yang terbaik.
Kalau bawa balik kopok leko / losong balik ke rumah, elok direbus sekejap kopok lekor mentah tu dengan asam keping and sedikit garam. Dah rebus terus potong kecil and goreng. Rasanya koopok akan lebih sedap and lembut je teksture kopok tu nanti. Tips ni pun Mama dapat daripada orang Terengganu. 


NASI DAGANG

Menu yang ni kalau tak try memang tak sah lah kan. Nasi dagang ni pun kena pandai juga cari kat Tengganu ni. Mama serius cakap selama ni tak pernah lah suka makan nasi dagang. Sebab setiap kali makan akan rasa yang nasi dagang ni biasa je rasanya. Tapi masa trip kita ke Terengganu kali ni, kita dijemput ke rumah kawan Atok. Dijamunya kita makan nasi dagang. 

Apa jadi??? Sedanp sangat nasi dagang kawan Atok ni nak oiiiii. Tak sangka betul Mama nasi dagang ni boleh sedap macam ni. Kawan Atok kata nak buat nasi dagang ni biasanya kena guna rempah khas. Ikan tongkol pun tak rasa masam sangat. Nasi lembutttttt je. Mama nak berguru tapi kang macam poyo-poyo plak kan. Hihihihii....

MANGGO CHEESE CAKE, KULA.

Yang ni kita 1st time makan. Ingat macam cake biasa tapi tak!
   Nak kata ice cream pun bukan. Tapi memang sedap. 
Kalau area Kemaman and Kuantan ni agak glamor cake ni. 

Sepotong ni harga dalam RM7 kalau tak silap. Cake pun tak manis and rasanya kalau ada kat tempat kita ni, Mama for sure berpaling tadah daripada Cake Secret Recipe. 


~~~ Percayalah.... 
mencuba makanan tradisi di negeri kelahiran makanan tersebut adalah tindakan yang paling bijak. ~~~

No comments:

Post a Comment