Tuesday, 25 October 2016

Kena tahu ukuran langsir sebelum nak beli langsir.

Ha.... sekali panjang tajuk post. Hihihi...

Tujuan Mama buat entry ni sebab  Mama and Papa dah tak larat dah setiap kali nak beli curtain mesti nak ambil ukuran tingkap. Nak kena panjat kerusi ke sana sini sebab nak ukur labuh curtin, panjang railing etc...

  Nasib baik lah tingkap rumah kita ni tak banyak tapi azab juga lah Papa nak kena ukur kan. Pastu part paling sadis bila nak ukur je, time tu la tali tape hilang. Huhuhuhuhu....



Kekadang tu tak plan pun nak beli langsir tapi bila lalu kedai langsir tetiba je terasa nak beli langsir tapi ukuran tak ada. Jadi Mama rasa nak tepek je kat sini ukuran so senang lain kali kalau rasa nak beli langsir dah ada ukuran dalam ni  and Mama nak share juga lah dengan Hakim cara kalau nak beli langsir. Kot ler Hakim besar sikit nanti nak hadiahkan Mama curtain kan....  :)

Untuk pengetahuan Hakim,
kalau nak beli langsir ni kita tak boleh bedal cakap dengan orang kedai yang ukuran tingkap or langsir ikut standard. Tak boleh cakap gitu tau sebab nanti bahana nya time dapat curtain. Confirm ada yang tak kena nanti, samada tergonjeng or ter tak cukup lebauuuuu!

Contohnya kalau nak beli curtain bilik Hakim.
Hakim tau kan yang tingkap bilik  Hakim tu jenis 2 panel, then Hakim just cakap dengan orang kedai yang ukuran ikut je standard tingkap 2 panel.

Hrm....

Memang boleh cakap macam tu but mostly kedai tak akan berani ambil risiko nak buat. Pasalnya setiap tingkap rumah adalah unik. Panel mungkin sama but bab railing dan labuh tu berbeza.

  
Ukuran tingkap rumah zaman sekarang kebanyakkan nya  panjang
dan kalau ikut style sekarang, semua curtain nak labuh. Sebab nak bagi effect tinggi pada rumah. So ukuran standard memang tak boleh pakai dah.

Sign board untuk pelanggan . Ukuran standard tidak diterima okayyyyyy.


Jadiny kita ni kena rajin sikit ye Hakim.
 Kita kena buat ukuran dan dari situ baru lah kita boleh dapat ukuran langsir yang tepat dan sesuai dengan ketinggian dan lebar langsir yang kita kehendaki.

Part lebar tingkap tu pula....
 Ingat tau, jangan lah ukur dari hujung tingkap ke hujung tingkap. Tetapi ukur lah daripada railing atau rod yang ada di atas panel tingkap. Sebab normally railing akan lebih panjang berbanding panel tingkap. Kalau tak nanti time pasang langsir tu tak boleh nak tutup rapat langsirnya.

Satu hal pula nak kena adjust  kedut kain  langsir. Daripada elok kedut rapat-rapat, kena pula jarakkan kedut langsir tu. End up nanti jadi tak cantik langsir tu. Tak syok lah kan....

Macam baru-baru ni kita beli day curtain di Nagoya.
Sebab apa Mama pilih day curtain di Nagoya?
Pasalnya.... Day curtain kat Nagoya ni banyak pilihan dan yang penting MURAH.
Upah jahit pun reasonable.

Bila staff Nagoya tu  minta ukuran. 
Mama pun pantas je lah bagi kertas ni tunjuk kat orang kedai tu. 

Buat simple camni je.


So senang lah diorang nak tau berapa meter kain diperlukan untuk ukuran yang Mama dah sediakan ni  dan tak ler terkebil-kebil mata ni nak dok fikir and peringat berapa ukuran tingkap tu kan. Jimat masa dah kat situ kan. 

Lepas dah pilih design  dan kain, staff kat Nagoya akan minta kita bayar dulu harga kain, balance tu (upah jahit)  bayar time nak  ambil curtain . Within 2 weeks je diorang ni jahit. Dah siap boleh angkut bawa balik ye. Lalalalala....

Itu practice kat Nagoya, kalau kat kedai lain pun lebih kurang macam tu juga.
 Biasanya diorang akan minta kita bayar kain je dulu.

Ha...macam tu lah kekdahnya nak beli langsir ye Hakim.
Yang ready made memang ada banyak jual tapi ukuran tu kita kena tengok betul-betul. Kalau agak-agak okay muat and nice terletak je, baru lah boleh beli yang ready made.
Six houses with different size of window.  

Sebab.... walau pun ada tulis yang curtain ready made tu for 2 panel  tapi tak semestinya curtain tu  sesuai dengan tingkap rumah kita. Jadi pada pendapat Mama lah, lebih baik beli kain and jahit sebab susah nak dapat yang ready made untuk tingkap rumah kita yang unik lagi comel ni.

~~~ Selamat ber curtain baru!~~~

Wednesday, 19 October 2016

"Retrenchment @ Termination": Ketahui hak anda.



Isu hangat ni!
Kenapa tetiba je keluar isu ni kat page Mama ni ye.

Anak ku, Hakim.... 
For your information, kilang tempat Mama kerja ni akan beroperasi sepenuhnya di Indonesia. Semua  machine akan dibuka dan dibawa ke Indonesia secara berperingkat. Pekerja pun akan diberhentikan secara berperingkat. Termasuk lah Mama.

 So amacam? Okay tak?
Ada chance lah Mama jadi fulltime house manager lepas ni.  Hihihihi...



Tujuan Mama tulis entry ni sebenarnya sebagai rujukan Mama dan pengetahuan reader yang nak tau pasal hak pekerja yang terlibat dengan retrenchment ni. Dah kata jadi HR kan, so Mama kena lah amik tahu dan share knowledge ni.

Kot ada salah mana-mana part dalam entry ni boleh lah tolong betulkan or kongsi pengalaman di akhir entry ni. Sebab ni pun first time Mama handle issue retrenchment ni. Mama banyak refer kepada laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan  sumber dalam entry ni kebanyakkan boleh didapati dalam laman rasmi JTK.

-------------------------------------------

Sebagai HR,  tentu sekali Mama kena pastikan hak majikan dan pekerja terpelihara dan mengikut perundangan yang betul. Kena ada win win kat sini. Mama kena bantu majikan ikut perundangan, dan dalam masa yang sama hak pekerja juga tidak terabai. 

Antaranya Mama kena kenal pasti dan buat semakan apakah hak pekerja dan majikan yang terlibat dengan issue ini. Borang apa nak guna dan dihantar serta apakah pampasan yang boleh pekerja dapat dalam proses pemberhentian pekerjaan ini. Semua ni kena semak dengan badan kerajaan yang betul. Tapi dalam entry ni Mama nak tekan kan hak pekerja dahulu.

Bab hak majikan tu semestinya penting juga tapi biasanya majikan akan cuba untuk ikut lunas perundangan yang betul dengan faedah paling minima diberi atau dibayar  kepada pekerja.
Sebabnye,  mana ada majikan yang nak kena saman dan nak bayar lebih kan.....

 So kita skip je bahagian hak majikan tu ye. 
Mama nak share hak - hak asas yang pekerja perlu ambil tahu dulu ye dalam retrenchment ni.

Jangan stress lelebih ye.



1. Notis penamatan perkhidmatan.

Majikan perlu memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di dalam kontrak perkhidmatan. Jika tiada peruntukan mengenainya di dalam kontrak perkhidmatan tersebut, majikan hendaklah memberi notis sepertimana yang dinyatakan di bawah Akta Kerja 1955 berikut

a) 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun

b) 6 minggu jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau

c) 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun 



Maksudnya kat sini pekerja mesti diberikan notis penamatan perkhidmatan daripada majikan. Tempoh notis pula berbeza mengikut seniority. Lebih lama kerja, lebih panjang tempoh notis yang majikan kena beri kepada pekerja.




2. Gaji ganti notis. (Indemniti)

Kalau majikan lambat bagi notis ikut perundangan yang ditetapkan kat perkara 1 di atas. Maka pekerja layak dapat gaji ganti notis ni okay. Dan gaji gantirugi notis ni majikan kena bayar selewatnye pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

Contoh situasi:

Gaji terakhir :
RM2,000.00

Bulan diberhentikan :
August 2016 
(bulan 8 ada 31 hari)

Tempoh berkhidmatan:
2 tahun 6 bulan
( layak: 6 minggu notis = 7 hari seminggu X 6 = 42 hari)

Contoh bagi kiraan situasi di atas;

  RM2000   /  31 Hari  =  RM65
(dibahagi 31 sebab bulan Aug. ada 31 hari, jika diberhentikan bulan  April, kena bahagi 30 hari)
                                                                
RM65 x 42 hari = RM2,730.00

So jumlah gaji notis yang perlu layak dituntut ialah sebanyak RM2,730.


3. Faedah Penamatan Kerja

Faedah ini adalah layak bagi pekerja yang telah bekerja selama lebih satu tahun dengan majikan yang sama sahaja.  Makna kata, pekerja yang kurang tempoh setahun perkhidmatan tak layak ye menuntut faedah ini.

Pembayaran faedah pemberhentian kerja pula kena ikut kontrak perkhidmatan tapi tak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja, Akta Kerja 1955 iaitu;

a) 10 hari kerja bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kurang daripada 2 tahun,

b) 15 harti gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun; atau

c) 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih dan dikira pro rata mengenai tempoh yang tidak senap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.


sumber : http://www.nhrc.com.my/



Formula yang ditetapkan di bawah
Peraturan Kerja ( Faedah-faedah penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, iaitu;

sumber : http://www.nhrc.com.my/

                                       
Contoh situasi:

Tarikh Mula Kerja :
1 January 2010

Tarikh Diberhentikan:
 31 December 2015
(situasi ini melayakkan anda berada di c . Iaitu 1-1-2010 sehingga 31-12-2015 = 6 tahun tempoh berkhidmat. So layak 20 hari )

Gaji dari 1-1-2015 sehingga 31-12-2015:
RM24,000 (gaji 12 bulan)
(  gaji bulanan RM2000 dari Jan. - Dec. 2015)

Contoh bagi kiraan situasi di atas;

(RM24000/365 hari)  x 6 tahun x 20 hari

RM66 x 6 tahun x 20 hari layak = RM7,920.00


Dan faedah ini hendaklah dibayar paling lewat 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Perlu di ingat kan ye, gaji yang dimaksudkan bukan sekadar nilai upah gaji pokok. Malah gaji adalah upah pokok dan semua pembayaran lain dengan wang tunai. Contohnya bayaran overtime , allowance contohnya allawance  wang makan kerja lebih masa. Semua tu kena kira sebagai gaji.

Kiranya kalau banyak OT dibuat selama 12 bulan tu. Banyak lah juga yang majikan kena bayar pada pekerja. Untung lah pekerja yang rajin buat OT tu ye. Tapi bonus tak termasuk tau.


Mama tekan kan perkara ini sebab kesalahan biasa yang majikan buat semasa pengiraan faedah ini, majikan sering hanya mengira gaji pokok tanpa menambah upah lain terutama upah overtime.

Jadi sebagai pekerja, anda mesti lah peka dan mengambil tahu cara kiraan faedah dibuat. Kalau rasa tak faham, rujuk terus dengan pegawai human resource tempat kerja atau terus je ke JTK berhampiran.




4. Bayaran ganti baki cuti tahunan dan baki gaji.

Yang ni pula,  kata lah kalau pekerja still ada balance cuti tahunan sebanyak  5 hari. So 5 haritu tu majikan kena bayar sebagai ganti cuti tahunan. And kalau ada gaji yang tertunggak semasa berkhidmat, pekerja boleh tuntut.

------------------------------------------------------------

Itu lah sedikit sebanyak perkongsian tentang tuntutan dan hak yang pekerja layak dapat sewaktu retrenchment. Kena beringat ye, bila dah dapat semua tuntutan dan faedah jangan lah lupa tanggungjawab. Jangan membazir dan segeralah mencari pekerjaan baru.

Sebab pada hemat Mama, duit tuntutan tu pun sebenarnya hanya sekadar seolah-olah gaji bekerja selama 3-5 bulan sahaja (anggaran bagi pekerja operator yang bergaji RM2000 sebulan) . So spend wisely, rancang lah perbelanjaan dan segeralah mencari pekerjaan lain. Lebih-lebih lagi jika pekerja mempunyai commitment atau loan.

Spend wisely and GOOD LUCK!


Untuk record, penjelasan ini hanyalah mengikut pengetahuan dan pengalaman Mama semasa memproses dokumen dan mengira faedah kepada pekerja pada masa ini dengan merujuk kepada  Akta Kerja 1955. For more information mengenai penggunaan akta ini boleh lah refer terus dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Pusat Sumber Manusia Kebangsaan ye.

 Sesetengah pekerja pula perlu merujuk kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan perlu pastikan sama ada pekerja merupakan ahli kesatuan sekerja atau tidak kerana sudah semestinya kiraan faedah dan pampasannya berbeza.


Kiraan dan jumlah faedah mungkin berbeza mengikut negeri dan mengikut gaji serta kontrak pekerja. Semoga entri ini memberi manfaat dan  kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi.


~~~  wish Good luck to Mama too  ~~~

Tuesday, 18 October 2016

Jalan-jalan ke Mini Zoo Kemaman, Terengganu



Ni yang best bila berjalani bawa Maksu.
 So dapat lah kita snap gambar keluarga budget semenggah sikit macam gambar kat atas ni.
Kalau tak asik selfie nampak muka je lebor. Hihihihii.

Kali ni kita ke Mini Zoo Kemaman. 
Tiket murah aje. Dewasa Rm10, Kanak-kanak RM7.

Service tram kat bawah ni free je. nak pusing banyak mana pun boleh. Tapinya dah namanya mini zoo kan so buat apa nak pusing naik tram banyak kali . Ye dak?


Maksu kalau posingggggg. kemain lagik.

Gambo goyang abes. Laju je beno membawok nye pon.

Masa kita ke zoo ni hujan renyai. 
Itu lah yang dalam gambo ni nampak Papa asik berpayung kan. Konon nak memayungkan anak. 
Tapi Hakim bila dah sampai zoo. Lagi laju Hakim berjalan ke hulu hilir daripada Mama, Papa and Maksu ni. Sudahnya Papa sorang je memayungi diri sendiri. hihihi....

Depan jambatan ni kami dok menengok Orang Utan kat photo bawah ni dok tengah  main tayar. 


Nak ke mana tu

Menonong je dua jejaka ni berjalan.
Tinggalkan Mama and maksu berjalan kat belakang sambil bergosip dan bergambo.

Klik! Klik! Klik!

Nampak dak? 
Seronok betul bawa maksu.
 Mama boleh amik gambar banyak-banyak. Hakim and Papa tak moh layan pun Mama tak kisah. best2!!! Kamu dua pergi lah tengok animal tu ye. Mama and maksu nak bergambo ni.


Papa and Hakim nak menuju ke kandang tiger


ok smileeeeeee!

Ni kat tempat burung-burung.

Selfie sikitttt.

Hakim and Maksunye.

Muka tak moh bergambo.

Eksen betul Mama ni ye. Tak takut gajah ke...  ;P
Masa ni Mama ajak Hakim nergambar dekat dengan gajah and try to convince Hakim yang gajah tu bukan boleh melintas parit tu.

Sudahnye dapat gambo macam ni je. Adehhhh!!!

Jambatan gantung. Ni acah-acah je, tak berani nak jalan jauh sebab macam tak berapa nak selamat.

As usual. Papa is tak nak amik risiko. Kita je degil nak naik jambatan gantung.

SeSumpah = sekali sumpah.  :D

Enggang

Tengah makan ikan.

Ada playground.


Banyak juga binatang dalam mini zoo ni. 
Daya tarikan utama semestinya haiwan besar iaitu gajah.
Binatang besar lain yang Mama nampak ialah buaya, rusa, harimau dan orang Utan.
Binatang lain macam kumpulan burung, ada banyak. Ikan pun ada. Tempat haiwan reptilia macam ular masa kita pergi ni sedang under maintenance.


Ada surau ye unuk solat.

Tandas di zoo kemaman sangat tip top!
Bersih dan cantik. Hat ni memang Mama wajib bagi credit. 

Air laju dan bersih.

Lantai bersih.



Pokok bonsai atas ni kalau jual berapa lah agaknya harga ye. 
Siap bertocang ha batang nye.


Kasi chance lah Mama and Papa gambar berdua ye.



Jom balik.

Sekejap je kita round zoo Kemaman ni. Sesetengah tempat ditutup due to maintenance and ada sesetengah area yang agak tidak well maintenance. Tapi overall is okay.

Masa kita pergi ni hujan baru lepas berhenti , so tersangat lah banyak nyamuk sepanjang kita berjalan -jalan di zoo Kemaman ni. Maksu pula pakai baju warna gelap. Memang si nyamuk ni kerjanya mengejar maksu. Hihihihi... nak record tapi maksu tak bagi. Tapi memang nampak lah nyamuk dok hurung maksu. Kikikiki...

Serius banyak sangat nyamuk.
Mama pula memang dah siap-siap bawa mosquito repellent dalam bag sebab tau kan nak masuk zoo. Kalau tak masuk zoo pun repellent ni memang dah dalam pakej travelling paket. Wajib bawa time pergi travel or cuti mana-mana. Tapi kan nyamuk-nyamuk kat sini serious kebal. Kat tempat yang sah-sah disapu repellent pun nyamuk ni relax je dok hinggap.

Harap benda ni jadi hanya sebab kat sini baru lepas hujan. Kalau hari panas, tak banyak macamni kot nyamuknya. Apa pun, kalau bukan kita yang support usaha pelancongan tempatan siapa lagi kan. Moh le kita melancong dalam negeri dan sama-samalah menjaga kebersihan alam sekitar!

Erkkk... Dah kenapa pula tetiba je Mama ni kan. Hahahah...

Komen please...
Mama bagi 2.5 out of 5 stars in the sky to facilities and service yang ada di Mini Zoo Kemaman.





Thursday, 13 October 2016

Bila Fella Design buat SALE!

Lama dah Mama dok usha wing chair. Saving duit sikit-sikit sebab target akhir tahun nak dapatkan juga barang sebijik dua wing chair untuk living room kita. 

Lama juga menyimpan, sekali dapat notification daripada Fella Design kata HQ nya yang kat Bukit Subang ni ada SALE! 

Haaaaa.... ape lagi cecepat lah Mama koling-koling Jida. Ngajak teman merangkap ngajak shoping sama. Pasal nya Jida pun memang ada inform Mama kot Mama cukup saving untuk beli wing chair, wajib ngajak Jida sekali.

 Hakim? Hakim kena tinggal dengan Papa sebab malam sebelumnya Hakim semput. So Hakim kena rest. Mama pergi tak lama pun, HQ fella ni drive dari rumah kita dalam 15 min je. 



Lebor senyum Jida

Sampai kat Fella Design dalam pukul 12pm macam tu. Tak ramai lagi orang so boleh me round 2-3 kali. Tengok semua sofa cantik-cantik. Tu baru tengok yang kat luar. Bila tengok yang kat dalam show room lagi lah. Rambang mata ni!



 Time ni Mama macam dah ter bekenan dengan wing chair Ashton ni.  Color nye match dengan sofa 3 seat kat rumah kita plus Mama suka wing chair yang ada button banyak-banyak kat tempat sandarnya.  Tapi harga.... lagik singgit nak seribuk! Macam sayang pula kat duit. 

Jida is happy memilih sofa.


Yang ni lawa.
Nampak sweet kan. Tapi tinggal 1



Cantik pula sofa biru ni. kan. kena pula dengan combination  kusyen flower tu.  
Sattle me round kat luar, Mama and Jida masuk dalam show room pula. 
Kat dalam ni lagi pilihan. Harga pula mahal sikit berbanding yang di pamer di luar. Kata sale person Fella yang kat dalam ni mahal sikit sebab material yang digunakan lebih ber quality.  

Wing chair ni rendah sikit.
Walaupun a bit rendah tapi sesuai juga kalau letak kat ruang tamu kita yang ala-ala kecik molek tu kan.

Plain wing chair in green.
Belakang nya ada corak. Nampak elegant and sweet. 

Yang ni nampak macam old school.
Tapi cantik kan. Siap ada  rectangle cushion

Yang ini very the LAWA! Mama suka.
 Geometry design plus floral cushion. Simple! Suka sangat!

Jida kata dalam banyak-banyak wing chair. Yang ni cantik sebab ada bunga ala-ala english style.
Memang betul pun, sweet je tengok wing chair ni kan.
 Ha... bila dah dok pusing dalam showroom. Hati ni lebih berbolak balik nak pilih mana yang terbaik untuk rumah comel kita. Nak pilih yang plain or yang ada corak? 
Semuanya cantik. Ada value tersendiri.  

Lama juga lah dok fikir nak pilih yang mana 1. At last mama amik sepasang wing chair dalam showroom ni and Jida pun amik 1 wing chair hadiah untuk birthday Atok.  Jida kata bagi atok selesa duduk santai dengan sofa baru. 


Curtain ni cantik. Nanti kita try survey curtain kat Nagoya.
Tapi rasanya corak ni takde.
Beli kat Fella Design ni kena add on delivery cost tau. Rate ikut distance. 
Macam Mama ni kena add on lagi RM60.  

Masa hari Mama and Jida shoping kat Fella Design ni rupanya sedang ada tawaran dalam belian. Means, 50 buyer terawal dengan belian atas RM1000 /resit akan dapat sofa comel kat bawah ni. 
Pilih je nak yang mana 1. Mama suka yang bunga-bunga tu.  :) 


Yang bunga kuning tu sweet kan.  :)

Ini lah Jason, sale person yang entertain Mama and Jida.
~~~ Project saving untuk gerobok cantik is ON~~