Thursday, 31 March 2016

Cuti sekolah seminggu, Hakim balik kampung MS.

 Cuti sekolah seminggu pada pertengahan bulan 3 baru-baru ni meriah betul rumah Atok and Jida sebab semua cucu dapat gather lama bersama. Maklum lah Mak Teh lepas sattle check up untuk Hadif di Penang terus berpantang di rumah Jida.

Main air is nombor SATU!



Seminggu Hakim cuti sekolah stay di rumah Jida. Nak main katanya. Alhamdulillah, Allah kurniakan  enam orang cucu pada Atok and Jida. Memang happy lah Hakim dapat main and menyepah toys bersama sepupu sepapat.



 Erm...macam biasa bila dah ramai cucu berkumpul di rumah Jida, rumah Jida akan bertukar tongkang pecah. Pening kekadang Mama tengok, anak-anak ni kalau main bukan main ditonggeng 1 bakul toys. Bila part ngemas, liat!



Comel!


Ini Hadif. Umur 3 tahun. 
Comel pula pakai topi Giraffe Hakim. Hakim kata nak kasi Hadif topi ni sebab Hadif baby kecil. Hihihihi... 

Time Mak Teh berpantang ni, bila ada masa terluang, petang balik dari kerja Mama akan amik Hadif dari rumah Jida sebab nak kasi kawan main dengan Hakim. 

Tak banyak kerenah si comel Hadif ni and memang suka main and buat hal sendiri. Seronok Mama tengok Hadif and Hakim main sama-sama. Tapi... bila ayah dia balik je weekend. Fuh!!! Sombong yang amat budak kecik Hadif ni. Memang  melekat je dia ngan ayahnya. Geram!!!

Pandai Hakim layan adik.

Abang Hakim


Hadif baru bangun tidur.

Cik Meghah paksa Hakim buai laju kerusi. Kemain lagi Cik Meghah ye.
Meh Mama share 1 video Hakim melayan Hadif dan Cik Meghah ye. 
Kelakar Mama tengok gelagat kamu bertiga. Gamaknya kalau Hakim ada 2 adik kat rumah, macam ni lah pesen nye ye.

video


Hakim tengah rajin, mengemop beranda rumah Atok Jida.

Minggu terakhir Mak Teh berpantang di MS,
Mak Teh sekeluarga decide buat kenduri aqiqah buat baby Naurah Saffiya. Buat time cuti sekolah sebab nak gather sekali dengan Mak Unggal yang jauh di sabah nun. 

Alhamdulillah majlis aqiqah baby Naurah berjalan sangat lancar.  
Mudah-mudahan baby Naurah akan jadi anak solehah dan diberi  kesihatan yang baik ye.

Erm...
 lepas abis cuti sekolah ni takde lah lagi geng Hakim nak main petang-petang. Kesian anak Mama, harap kan hari cuti je lah dapat berendam dalam besen, dapat main berlari ke hulu, ke hilir dengan adik beradik sepupu. Mama harap Hakim akan jaga hubungan Hakim sesama sepupu, sayangi sepupu macam adik Hakim sendiri ye.

Atok bersama jemaah tahfiz.
Kumpulan marhaban sedang interview Hakim.   :)
Simple decoration untuk majlis aqiqah baby Naurah.
Kumpulan Marhaban Nenek Long Imah
Atok pening ke tu tengok gelagat cucu tonggang tonggeng. Hihihi...
Sibuk menyusun lauk.
Sepanjang majlis ni gambar Papa je takde kan.
Yang benarnya Papa memang langsung tak attend majlis aqiqah baby Naurah ni. 
Ramai tetamu bertanya Mama, Mana Edi?

Edi ada, tengah sedap rest je kat rumah . Hihihihi...

Rest sebab Papa demam teruk time ni.
 Ingat lagi tak entry yang lepas Mama cerita yang kita sekeluarga demam bergilir-gilir? 
Ha... time kenduri ni lah Papa punya turn pula demam. 


Kesian Papa...  makan tak lalu. Asik minum air 100 plus je.
Jangan risau Papa, Mama feel u.

Yang penting Papa kena cepat sihat and majlis pula berjalan lancar. 
Sederhana tapi meriah. I like!!!

Adik baru Abang Hakim

Cantik pula jubah Jida. bunga rose seketol seketol.
Selfie sikit dengan baby Naurah.



Sedang elok Papa baik demam. Mama and Papa tunai janji kat Hakim, tonton movie Boboboy The Movie. Lama juga kita tak keluar weekend semenjak kita sekeluarga demam bergilir-gilir.

Best juga cerita Boboboy The Movie ni. Funny and creative.
Kuasa setiap watak yang baik-baik semua upgrade. Lepas tu jalan ceritanya senang nak faham. Keluarga terhibur dan ada moral yang baik dalam story line. 

 

Sempat berhambar dengan maskot Boboboy Kuasa 5!!!

Zootopia World




~~~ Hakim dah tak sabar nak jumpa cuti bulan 5 nanti  :) ~~~

No comments:

Post a Comment