After six year...
Hakim membesar depan mata Mama and Papa. Daripada tapak kaki Hakim sebesar dua jari kami sahaja, kini Hakim semakin tinggi melebihi separuh ketinggian Mama and Papa.
Semakin hari semakin banyak benda yang Hakim pandai
buat sendiri tanpa bantuan Mama dan Papa.
Percayalah bahawa Mama sangat gembira bila Hakim semakin pandai berdikari tapi ingat lah sayang bahawa pada Mama kamu ini masih sekecil baby... Rasa macam kalau boleh nak sentiasa ada di sisi Hakim and protect Hakim ke mana saja, 24 hour.
Walaupun Mama tahu Hakim pandai mandi sendiri...
tapi Mama tetap juga nak mandikan Hakim.
Walau Hakim dah berus gigi...
tapi Mama nak juga baruskan gigi kamu sekali lagi.
Walaupun Hakim tau pergi sendiri rumah Atok and Jida..
tapi Mama tetap tak akan kasi Hakim pergi sendiri.
Walaupun Hakim pandai makan sendiri...
tapi Mama selalu nak suap kan Hakim makan.
Walaupun Mama tahu Hakim pandai buka pintu car sendiri...
tapi Mama tetap risau and tak kasi Hakim buka pintu car sendiri.
Mama tak tau lah apa perasaan Hakim terhadap Mama ni. Kalau pun Hakim boring... Mama harap Hakim bersabar saja lah dengan Mama ni ye. Sebab bagi Mama..Hakim adalah baby di hati Mama.
Buat anak ku Hakim...
Selamat Hari Lahir buatmu. Semoga Hakim terus berjaya dan jadi insan hebat di dunia dan akhirat.
Mama share sikit moment semalam ye.
Biasalah bila celebrate 3 beranak ni, cake pun 1 slice je ye. Mama love u...
Mama ready...dia pula buat-buat tido. Lepas Papa snap gambar ni, Hakim kena marah dengan Papa sebab tak co operate time nak bergambar. Hihihihihi.... |
Macam biasa, kalau ke SR, Hakim akan order Macaroni cheese. |
Your turn snap gambar Mama and Papa pula. Mama ok...Papa plak blur. |
Selfie |
Gambar selfie atas ni Maksu snap. Maksu and Mak Ngah anak beranak singgah kejap ke rumah kita lepas hantar Pak Ngah ke KLIA. Terima kasih ye singgah...sori takde cake untuk dijamu. Insyallah... ada rezeki kita makan cake bila Jida and Ato dah balik dari Bertam.
~~~ Happy Birthday!~~~
No comments:
Post a Comment