Thursday, 31 December 2015

Lepas 2015, volcano keluar ke Mama?

Serius Mama pelik betul mana Hakim dapat idea after 2015 akan keluar volcano.
Siap tanya after 2015 Mama akan mati ke???

Aduhhhhhh....

Kenapa pula volcano nak keluar anak oiiii?
Siap Mama mati lagi tu. Seram!

Rupa-rupanya Hakim confuse bila dengar news di TV yang tahun 2015 
akan berakhir tak lama lagi.
Hakim fikir after 2015 dunia ni akan tamat or bahasa mudah kita yang dewasa 
nak paham is KIAMAT!

Mama pernah cerita pada Hakim yang bila kiamat nanti dunia ni jadi huru hara. Semua orang akan cuba selamat kan diri masing-masing. Lupa anak, lupa saudara. Bumi jadi tak stabil, volcano akan explode kan larva nya, gunung ganang runtuh, semua orang akan mati. Tiada yang selamat.

Sebab itu lah Hakim fikir after 2015, volcano keluar. Mama mati....
Alahai anak ku sayang.

Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang perlu ku curahkan padamu.
Terlalu banyak juga alpa ku dalam mendidikmu.

Kiamat itu rahsia Allah.
Tiada siapa yang tahu cuma kita sebagai insan kerdil ni kena sentiasa beramal soleh dan berdoa agar kita tergolong dalam golongan yang beriman.
Sentiasa lah berbuat dan bersangka baik sesama insan. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

Banyak kenangan 2015 yang kita tempuhi bersama. 
Semoga apa yang telah terjadi selama kita berada di tahun 2015 akan menjadi kenangan  
indah buat kita. 

Yang buruk pula kita jadikan ikhtibar. Semoga kita tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan pada masa akan datang.

Jika ada tersilap kata, ada khilaf...
Minta maaf dan maaf kan lah... Jangan ego .
 Sesungguhnya memang sukar untuk mendidik hati. Tapi percayalah manisnya pasti ada.

video


~~~Selamat menyambut tahun baru 2016~~~

No comments:

Post a Comment