Ramadhan bulan rezeki.
Akhirnya tanaman kite membuahkan hasil yang pertama tahun ni!!!
Seronok sangat bila tengok pokok buah kita berbuah.
Feeling nye sama je rasa tengok pokok bunga kita berbunga cuma bila pokok buah ni kita boleh makan and share hasil dengan jiran tetangga. Togather-gather gitu.
Tak sia-sia lah Papa dok menyindir bila Mama bawa balik pokok bunga setiap kali ke nursery.
" kalau tanam pokok buah... ade jugak hasilnye sayang.
Tanam bunga bukan boleh buat makan pun"
Haaaa... nampak? Masa dengar ayat tu rasa geram juga
Sabo je lerrrr.
So last year, Mama try beli pokok buah sepertimana yang dicadangkan oleh Papa.
Kita tanam pokok rambutan, pokok mangga and pokok jambu.
Dari kiri: pokok jambu, rambutan and mangga. July 2014. |
And as promise, Papa lah yang kena cangkul lubang and tanam pokok buah tu.
Kebetulan time nak tanam tu Ato Lang ada, dia siap bagi tips untuk mendapatkan buah yang manis. Ia bermula dari processes nak tanam pokok. Wahhhh... ini sudah bagus. Nak tau apa tipsnye?
Masa tanam pokok buah tu, time cangkul sehinggalah time nak timbus tanah pada pokok.
Si penanam kena seeeeenyum, senyuman yang manis akan membuahkan hasil yang manis. kalau muka kelat, sat gi buah pun jadi kelat.
Hahahahaha... boleh pula melawak kan.
Masa berlalu, tak disangka di awal Ramadhan pokok jambu dah menunjukkan anak buah yang pertama. Almost a year tanam pokok jambu ni dah berbuah. Cepat betul ye pokok jambu ni berbuah.
Last week tengok buah jambu ni dah membesar dengan gagahnya!
Satu pokok jambu tu boleh berbuah sampai 8-10 biji buah. Padahal pokok nya kecik je. Siap lah bertongkat bagai sebab dahan tu berat tak dapat tampung berat buah yang membesar.
So far pokok jambu je berbuah. |
Banyak kan buah jambu. Suke! Yang Hakim pegang tu buah jambu dah gugur. |
Papa buat apa tu? |
Tara!!!
Buah jambu super dah dipetik. Tapi siyes! menjadi pula tips Ato Lang tu. Buah jambu yang kita tanam tu memang rangup dan manis! Semanis senyuman Papa time tanam pokok tu. kikiki...
Sedap! |
Inilah hasil tanaman kita. Weekend aritu Papa petik. dapatlah kasi kat Ato and Jida 3 biji.
Pastu siap kena tegur kenapa tak balut buah jambu. supaya elak serangan serangga.
Hihihhi... ye lah. Nanti rajin kita balut pula buah yang masih ada kat pokok tu.
~~~Bismillah... jemput makan ye~~~
No comments:
Post a Comment