Besar dah anak Mama, pandai nak nyanyi lagu raya pula tu.
Kelakar rasa hati ni bila Hakim dok ulang je baik kata ni
Ketupat rendang.... Pakcik dan Makcik... Kuih dan Muih.....
Actually lagu yang Hakim selalu nyanyi ni tajuk nya,
Suasana HariRaya. Tapi hat 8 perkataan tu aje yang Hakim dok ulang. Dok semangat nyanyi sampai Mama and Papa pun dah tersuka kat lagu yang 1 ni. Siap gigih tengok Youtube sebab nak nyanyi lagu ni sesempurna lirik. Hihihihi...
Happy betul Hakim bila dapat tengok video lagu Suasana Hari Raya tu. Tapi ada perkara yang paling happy bagi Mama and Papa di Syawal tahun ini. Syawal tahun ini kita meraikan kemenangan Hakim yang dapat berpuasa!
Mama and Papa cukup tak sangka Hakim dapat bertahan puasa.
13 hari puasa untuk tahun pertama belajar puasa.
Alhamdulillah.... Mama kagum!
Siap tanya teacher betul ke Hakim tak makan time school and teacher inform yang Hakim memang tak makan minum. Terharu Mama. But Mama still pesan kat teacher yang Mama tak tegas lagi nak latih Hakim berpuasa so in case Hakim nak makan and minum , anytime... bagi je. But Alhamdulillah Hakim dapat bertahan sampai berbuka.
Hari pertama puasa bukan main Hakim bersemangat nak sahur. Siap minta buat kan lontong untuk sahur. Mama ni punya lah nak motivate kan anak, gigih masak lontong and nasi impit mini 3 ketoi untuk Hakim! Senang pula tu nak gerak sahur.
Tapi... just untuk 3 hari pertama sahur aje The rest? Sahur pukul 7.30am. Liat dah nak bangun sahur, But buka puasa ikut time orang puasa. Dapatlah bertahan puasa 13 hari. Lauk favorite buka puasa Hakim pula ayam goreng bahagian peha! Memang selera makan berbuka dengan anak bujang yang baru berlatih puasa ni. Katanya seronok nak puasa sebab nak raya!
Bukan takat budak, Mak budak ni pun seronok woooo nak raya! Hihhihihi...
Meh Mama share gambar raya Aidilfitri since Hakim dalam perut Mama ye.
YEAR 2009
Masa ni usia kandungan 7 bulan. Hakim makin aktive menendang and hiccup dalam perut Mama.
Orang kata dah boleh dah buat lenggang perut time ni. Tapi kita takde buat pun, Ato and Jida just buatkan kenduri kesyukuran sahaja.
Raya tahun ni Mama bahagiaaaa sangat!
Bahagia sebab beraya time pregnant ni, makan lah banyak mana pun, tak kisah perut buncit.
No need nak cover perut buncit and tahan nafas time snap gambar bagai. Hihihihi..
Mama belanja 2 gambar ye.
Gambar kiri (baju pink) tu time 1 Syawal , yang kanan tu kalau tak silap time 4/5 Syawal.
Kecik je perut Mama time ni. Kalau tak pakai baju ibu mengandung, orang tak perasan Mama sedang mengandungkan Hakim.
YEAR 2010
Yeay tahun pertama beraya ada anak!
Masa ni sakan betul Mama and Papa berbelanja. Shopping baju untuk Hakim berpasang - pasang. Gigih mencari baju melayu nak sarung pada Hakim time 1 Syawal. Hasilnya jadilah macam gambar bawah ni. Comel sangat Hakim 1st time berbaju melayu.
1 Syawal 2010, 1st time kita beraya bertiga di rumah Ato MS |
YEAR 2011
Theme purple.
Masa ni beraya, Hakim dah pandai jalan and kuat dah berlari.
Ketupat , palas , kuih pun semua dah pandai nak dimakan. Baju pun asik bersalin-salin je ler.
Apa tak nye, asik tumpah and comot je time makan.
1 Syawal 2011 di rumah Ato Em. |
YEAR 2012
Montel kan Hakim masa ni.
And... Mama rasa Mama pun ikut montel time ni.
Raya paling montel! Papa je steady... Jeles!
Ok , next!!!!
1 Syawal 2012... Syawal paling Montel! |
YEAR 2013
Hakim 3 years old, segak pula anak Mama ni bersongkok.
Warna tema oren ni Hakim yang pilih. Mama ingat lagi Papa berkeras nak warna baju raya sama dengan Hakim. Tu yang beli kain yang sama tu. Songkok pun gigih cari yang sama patern. Maklum ler... anak kesayangan Papa.
1 Syawal 2013, snap gambar ni di rumah Ato Long Nazar. |
YEAR 2014
Turn beraya di rumah ato MS.
Alhamdulillah Papa keep his promise yang time raya akan ikut turn.
Walaupun kampung Mama and Papa ni dekat-dekat tapi bab beraya hari pertama di rumah siapa memang Mama and Papa dah sepakat since kawen dulu yang kita akan ikut giliran.
Muafakat kan membawa berkat. :)
Thank you En Somi .
1 Syawal 2014 di laman rumah Atok MS. |
LATEST, 2015...
Raya bersama menyambut kemenangan Hakim dah boleh puasa!
Mama and Papa doakan tahun depan Hakim boleh tambah lagi puasa lebih daripada 13 hari dan menjadi anak yang soleh. Solat jangan tinggal ye.
1 Syawal 2015 di rumah Ato Kuang. Ini je gambar 1 Syawal kita bertiga yang ok sikit. |
Masa ni songkok tah kemana. And dah pandai dah nak kumpul duit raya.
Time raya tahun ni paling win!
Orang asik cakap dah boleh dah tambah lagi ni...
Boleh dah bagi adik kat Hakim ni....
Jangan tunggu dah nanti manja anak ni... bla bla bla....
Apa ingat nak buat anak ni asal projek je jadi ke?
Geram ngat aiiihhh!!!
Sakit hati ni tau, tapi tak pe lah. Kasi chance... di Aidilfitri yang mulia ini,
Mama maafkan je mulut-mulut dorang tu. Biar lah...
Penat lah nak touching yo yo ooooo sangat.
Orang raya nak hepi-hepi, ye dak?
~~~~ Tahun depan kalau tak ada adik lagi... tau dah soklan ni sure hot lagi nih. ~~~
Wani, kurusnye awak raya tahun ni. Makin cantik pulak bile tgk. Hehehe.
ReplyDeleteKurus sat je kak nina, pas raya naik ber kg2 balik. Sadis!
Delete