Thursday 12 March 2015

Ke Kuala Sepetang naik boat kita ye.



Siap check-in and solat jamak plus kasi chance Papa lelap sekejap  kat hotel , kita teruskan plan petang hari ke Kuala Sepetang pula. Ape special nye Kuala Sepetang ni?  Orang kata kat Kuala Sepetang ni boleh buat macam-macam aktiviti. Boleh  naik river cruise, tengok kelip-kelip, eagle feeding and mee udang kat sini antara yang terbaik dalam Taiping.


Hakim tak menyabar nak pakai baju Zoo Tepen. Excited ke Kuala Sepetang dengan baju barunya!


Mulanya Mama tak mengharap sangat dapat makan mee udang Mak Jah ni. Maklum lah kita bukan biasa area Kuala Sepetang ni. Kot jumpa mana-mana restoran  menghala ke Kuala Sepetang nanti kita order je lah mee udang. Mama bukannya tau mana letak warong Mak Jah ni... so main redah je lah. Kot on the way ke jeti nanti jumpa warong Mak Jah , kita singgah. Kalau tak jumpa pun tak apa.

 Tapi dah rezeki kita 3 beranak...time on the way cari jeti di Kuala Sepetang tiba-tiba kat laluan nak ke kuala ni sesak. Banyak kereta… Papa and Mama ingat ada accident ke kat depan. Rupanya tengok kat tepi jalan tu punyalah ramai orang dok makan  kat satu warong ni… rupanya warong tu lah warong mee udang Mak Jah yang very the famous tu. Hihihihi…

Waktu kita sampai tu dah petang dalam pukul 6 macam tu so kita teruskan perjalanan cari tempat nak naik bot risau tak sempat nak tengok firefly.  Papa and Mama plan nak naik bot  tengok sunset and firefly dulu baru makan mee udang Mak Jah ni.

Gambar ni snap time nak maghrib, lengang sikit. Sebelum tu memang sesak gak area ni ,kereta park kiri kanan jalan. Warung Mak Jah ni lacated betul-betul di simpang jalan besar. Memang boleh nampak lah.


Memang susah juga lah nak cari tempat nak naik boat ni. Mama ada call agent but agent tu tak dapat amik sebab masa dah suntuk untuk firefly plus min untuk 1 boat mesti 10 orang. Kita ni bertiga je so tak berbaloi dorang nak keluarkan lagi boat. Sadis! 

Bila dah jadi macamtu kita 3 beranak ni redha je lah. Terus u-turn cari warong Mak Jah semula. 
Time parking nak ke warong Mak Jah ni boleh pula nampak banner bawah ni.

Rezeki dapat naik boat.


Terus Papa call En Aris ni,
Alhamdulillah....
En Aris ni kata untuk firefly memang tak dapat nak tolong sebab boat dah full.
 Just dapat naik boat untuk tengok sunset.

So Papa decide kita naik boat je dulu, then baru makan mee udang.
Jeti En Aris ni pun kebetulan dekat je dengan warung Mak Jah ni.

En Aris tu kata kalau nak tengok firefly kena inform 2 hari awal then baru dia boleh selitkan nama kita or else kena make sure min 10 penumpang. Macamtu lah kekdahnya.


Pemandu boat::Pakcik Abas yang baik hati, bagi Hakim buah oren sebiji.

Pakcik Abas pemandu boat ni ramah orangnya.
Pesan Pakcik Abas, sebaiknya datang sini time pukul 2 petang. Sebab time tu memang ada banyak burung helang, sambil tu boleh bagi helang tu makan. Then boleh pergi tengok kelong ikan. Time kita pergi ni just sesuai untuk tengok sunset and firely je lah. Tapi itulah... kalau nak tengok firefly memang kena penuhkan boat at least 10 orang.


Yang baju hijau belang tu En Aris.
Safety first


Hakim tenang menikmati keindahan alam.



Pakcik Abas kata mostly yang buat bot pelacongan ni orang Cina. Orang Melayu ada lah dalam 8 boat je. Punyalah baik Pakcik ni...dibawanya juga  kita 3 beranak dekat kelong ikan. Memang tak boleh naik but at least jauh juga lah dia bawa kita meround kan.

Sepanjang menyelusuri Kg nelayan tu, Hakim diam je. Khusyuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Esa. Kita bernasib baik sebab even dah maghrib masih ada helang yang terbang rendah.
besar-besar helang kat sini. Besar sebab kenyang orang bagi makan kot. Hihihihi....

Dalam 40 minit juga lah pakcik Abas ni bawa kita meronda Kampung Nelayan ni.
Siap bawa ke tempat ternak ikan cuma tak dapat masuk je sebab dah habis waktu lawatan. Pakcik Abas tetap bawa juga kita ke tempat yang selalu boat bawa penumpang bagi eagle feeding.
Kebetulan ada 1 boat ni juga kat situ. Helang time tu pun elok terbang macam tunggu makanan cuma bilangan nya tak sebanyak time pukul 2 and 3pm

Seronok dapat naik boat dengan Pakcik Abas, banyak info tentang sejarah Port Weld and Kuala Sepetang yang dia share. Pemanduan boat pun sangat lancar.
 Masa pergi memang slow je Pakcik Abas bawa... bila nak balik baru pakcik Abas ni speed.

Laju!
Hakim suka sebab air laut asik terpercik naik ke boat.



Perkampungan Nelayan.
Laju! topi Hakim melayang.

Laut tenang + Matahari terbenam = DAMAI


Sunset... Subhanallah... cantik sungguh ciptaanMu Ya Allah.


Puas dah me-round naik boat. Best!
Syukran Ya Allah...
Terima kasih Pakcik Abas....

Sekarang makan time!!!
Mak Jah, mu tunggu kami mai! Nak pekena mee udang femes ni pula.

~~~~  Hati sedih tak dapat tengok firefly.~~~~



2 comments:

  1. Terima kasih puan..banting tu saya yang punya n Aris tu,anak buah saya.Di Kuala Sepetang memang ramai orang pada hujung minggu atau musim cuti.Pada masa tu bot saya dah ada booking tak dapat nak bawa puan.Xtvt di sini memang best cuma promosi saja yang masih kurang.Jika ada pertanyaan hubungi saya TGuide Yusry Yusof 012 6316132.tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah di lain masa saya sekeluarga mungkin akan ke sini lagi. Pakcik Abas inform yang firefly di sini lebih banyak dan meriah berbanding di Kuala Selangor. Jika berkesempatan saya pasti akan hubungi En Aris.

      Delete