Thursday 2 April 2015

Kesan Metformin kepada pengidap PCO

Allahurabbi... sejak makan metformin ni Mama asik nak ke toilet je.
1 hari dalam 3-4 kali cirit-birit.

Patutlah time jumpa Doktor last time Doktor pesan for the first week ni amik 1 biji sehari dulu time makan malam then baru amik 2 biji sehari.

Ini baru masuk hari ke 4. Next week kalau dah makan 2 biji macamana lah gamaknya keciritan Mama tu nanti ye. Makan sebiji ni pun dah letih ... malam-malam tengah tidur tu pun boleh ada gesa nak keciritan tau. Jeles Mama tengok Papa and Hakim syokkkkkkk tidur.

Doktor bagitau Mama yang Metformin ni sebenarnya ubat untuk pesakit kencing manis.
But dalam case Mama ni ia merupakan satu cara untuk treat PCOS.

Mama ada buat research sikit kat blog Dr Natasha yang Metformin ni membantu untuk menjadikan haid teratur dan dapat meningkatkan peratus untuk ovulasi. Yang paling -paling syok Metformin ni boleh membantu mengurangkan berat badan.

Ha... tu lah kot jadi cirit-birit tu. Memang cirit yang keluar air tu je.
Bezanya cirit ni tak sakit or pedih punggung macam cirit keracunan makanan tu.
Kalau sebab poisoning tu perut siap memulas kan.

Sesetengah orang pula akan alami kesan pening, loya dan muntah-muntah. So far Mama okay lagi, hanya cirit je. Tak tau lah kalau dah makan 2 kali sehari next week macamana pula kan.
Harap  semuanya ok dan badan Mama dapat biasakan dengan dose Metformin ni.

Nak share juga kat sini sepanjang bermula period ni Mama makan juga Shatavari dan Kapikacchu, product Himalaya yang membantu menstabilkan hormon wanita. Kiranya sambil makan Metformin, Mama makan juga 2 produk ni. Sekali hadap 3 biji ubat tau. Huhuhuhu....

A month before period pula, Mama makan Kacip Fatimah keluaran UTM,
habis sebotol makan  tapi tak period juga.

Terjebak dengan Kacip Fatimah ni sebab Mak Ngah kata Miss Perri nye okay cantik since dia makan Kacip Fatimah ni. Maybe Kacip Fatimah ni tak serasi dengan Mama.
Erm... degil juga ek Miss Perri Mama ni nak keluar ye.

Mama nak draf dulu entry ni... lagi seminngu dua Mama share kesan Metformin ni bila Mama dah makan sehari 2 biji ye. Kot makin kronik ke kan kesannya. Hopefully tak lah kronik sampai muntah-muntah.

Jumaat, 27.2.2015... will be cont.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   ~~~~~~~~~~~~~   ~~~~~~~~~~~~~   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 kotak full, bekalan for 3 month.

Today, as promise
Mama nak update yang Mama sekarang dah ketemu CD51, tapi still tak muncul Miss Perri lagi.
Almost a month juga lah Mama makan Metformin ni.
Ubat ni memang Mama makan ikut time, no skip-skip. Mama ikut arahan doktor supaya a week after makan Metformin perlu dose up makan ubat ni 1 biji , 2 kali sehari.
Maksudnya sekali pagi, sekali lagi malam.

Kesan nya pada Mama masih sama... asik nak membuang air besar je kerjanya .

Tapi since dah dose up ni ... kesannya pun harus lah dose up juga kan. Selain cirit birit, Mama juga alami rasa mamai and sleepy juga. Ada masa rasa macam nak pitam, rasa macam pusing pening lalat macam tu. Time week pertama dose up tu , Mama siap migrain lagi. Allah je tau seksanya migrain ni.

Berat badan? Erm... statik kot tu ler juga. huhuhuhu....

Kadang-kadang rasa malas dah nak fikir pasal TTC ni.
Tapi tu lah... hati ni rasa campur baur. Kejap semangat, kejap rasa down.... tunggang langgang.

Serius !!! siapa nak ber-  TTC ni memang perlu kesabaran yang sanggggggat tinggi.
Sokongan dari semua pihak sangat penting but yang paling penting tuan punya badan kena selalu berfikiran positif. Apa tak nye...asal lambat keluar Miss Perri mesti nak ngetest UPT. Then kena korban masa dan tenaga untuk treatment pula. Ubat pula kena pejam mata je telan walau pahit macamana pun.  Side effect ubat lagi kan nak kena hadap. Fuhhhhhhh.....semua tu demi TTC!

Cara Mama ubat hati ni?
Erm... Mama fikir ini lah cara Allah nak uji Mama. Allah nak kasi pahala and nak ajar Mama bersyukur.
Lagipun Allah dah hadiahkan Hakim buat Mama and Papa.

Lepas tu Mama fikir yang Mama buat semua ni memang dengan rela hati so kenapa nak give up kan. Selagi mampu teruskan je treatment tu.

Pernah Mama terfikir  kalau Mama ada baby nanti , Mama dah tak dapat tidur lena dah.
Nak breast feeding baby... nak tukar pampers baby malam-malam. Nak kena dukung baby... lenyek bubur lagi. Banyak tu kerja kena buat.

Lagi?

Ha...Nak fikir nak hantar babysit kat siapa? kat mana?  Banyak betul nak kena fikir kan.
Hihihii... boleh pula fikir macam tu sekali kan. Apelah!

~~~~ Wanita , jiwa kena kental!~~~

4 comments:

  1. sy pon buat treatment same mcm akak jugak...kesannye same mcm akak cakap tu...tp xtahan mkn ubat tu sbb kesan sampingannye teruk pulak rase...sakit kepala makin menjadi2 plak bile sebulan mkn...so berhenti sekejap...dh berhenti lagi cirit birit xberhenti pulak.. aduhh!!sakit perut...ape nak buat nie...😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis... sy nk tanya..sis mkn tu utk wt ivf juga ye..sy hr ni doc suruh sy mkn met ni sis... tkt plk sy �� sis buat ivf kt mana.. sy juga pcos...

      Delete
    2. Sis nnti reply sy ye..

      Delete
  2. sy pon buat treatment same mcm akak jugak...kesannye same mcm akak cakap tu...tp xtahan mkn ubat tu sbb kesan sampingannye teruk pulak rase...sakit kepala makin menjadi2 plak bile sebulan mkn...so berhenti sekejap...dh berhenti lagi cirit birit xberhenti pulak.. aduhh!!sakit perut...ape nak buat nie...😭😭😭😭

    ReplyDelete