Friday 30 January 2015

Projek tanam rumput untuk laman kecil cinonet


Sejak pagar dah nice cantik ni kan, hati Mama ni dok 
berkenan pula nak tanam rumput kat laman rumah kita yang cinonet tu. 

Papa awal-awal lagi dah pesan kat Mama yang once pagar ni siap jangan nak
 tanam apa-apa pokok bunga. Semak katanye.
Sabo je lah kan....

Bunga pun semak ke Papa?????

Biar lah... Papa tak paham yang pokok-pokok bunga ni lah yang menyerikan lagi laman kita yang cinonet ni kan.

Ok, berbalik kepada tajuk yang ingin dibincangkan. (Skema betul! hihihhih)
Rupanya banyak jenis rumput juga ye ada dijual. Selama ni Mama ingat rumput carpet je yang orang dok tanam. Jadi selepas meng search kat laman sesawang ni Mama dah short list rumput yang bakal mewarnai laman cinonet kita nanti. 

1. Rumput mutiara ( pearl grass)
2. Rumput padang (cow grass)
3. Rumput carpet ( Philippine grass)

Rumput mutiara belum penuh.


Close up Pearl grass yang cimetot daunnya.

Pearl grass ni nampak comel kan daun nye. Kecik-kecik and padat. Sekali pandang Memang Mama dah terbekenan.


Cow grass

Rumput cow grass ni pula banyak dapat kat padang. Daunnya lebih kurang pearl tapi lebih memanjang.


Rumput carpet Philippine


Yang jenis carpet ni memang glamour lah. Selalu orang tanam kat laman rumah sebab rumputnya halus-halus. Nampak lain lah tapi tak tau kenapa, Mama kurang berkenan pula. Tambahan pula kucing suka dok vera-vera kat rumput carpet ni. So thats why rumput carpet ni Mama letak list palling corot. Hihihi.


Banyak perkara yang perlu Mama consider kan before beli rumput idaman. 
Antaranya cost belian dan maintenance.



Quotation as at 30.1.2014

Sejak beli pokok pagar dengan Acik Linda dari Nursery  Ceria Hijau Sdn Bhd di Sungai Buloh ni, senang lah Mama dok Wassup je dengan Acik Linda ni tanya tentang rumput pula. Acik Linda quot kan harga bagi setiap size rumput sekeping; 2 x 1  kaki macam kat bawah ni.

1. Rumput mutiara ( pearl grass) =RM1.30/keping

2. Rumput padang (cow grass) = RM1.10/keping

3. Rumput carpet ( Philippine grass) = RM1.20/keping

(semua harga ni belum minta less lagi ni. nanti dah confirm. Mama akan minta less lagi)

Acik Linda inform yang rumput padang ni lebih mudah dijaga dan harga pun lebih murah.
cara nak tanam senang je. Just letak tanah merah  or topsoil then make sure batu or apa-apa je benda keras dibuang. Lepas tu baru lah susun rumput atas tanah yang dah clean and clear tu. 

So, ini lah kerja Mama di hari Jumaat yang mulia ini. 
Balik nanti baru nak bincang dengan Papa.

Yang penting kena make sure lori tanah dah hantar tanah merah ke rumah kita dulu. 
Then baru boleh start projek merumput. 

Our contractor pagar yang baik hati said... better tanam rumput cepat after letak tanah merah.
Sebab dikhuatiri di musin hujan ni boleh menyebabkan air dari tanah merah terpercik kena pagar batu yang dia dah buat tu. Betul juga kan...
Nanti pagar tak cantik, bertompok dek kerana percikan tanah merah.

Terima kasih En Contractor for your very informative advice.

Insyallah bila pagar  and merumput dah siap . 
Mama akan share dengan Hakim siapa contractor yang baik hati tu dan rumput apa yang kita guna untuk laman kita yang cinonet ni.


~~~ Ceria Hijau  S/B ni nursery Melayu tau, Jom lah kita beli ngan depa ye~~~


5 comments:

  1. bole bg contact number ceria hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori lambat reply. saya lambat sebab tgu kak linda tu reply whatapp, nk minta izin dia bg no hp dia. Kalau tak keberatan boleh bg emel. nanti saya bg no hp kak linda tu ye.

      Delete
  2. bole bg contact number ceria hijau

    ReplyDelete
  3. Salam. Bole bg contact no akak tu. Email ke abrar_sain@yahoo.com. thanks

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, setelah dapat permission drpd Kak Linda, saya sertakan no telephone beliau disini. Sila nyatakan anda dapat no hp beliau drpd Blog Anne untuk pengesahan semasa hubungi kak Linda ye. 013-2731615

    ReplyDelete