At Secret recipe on your birthday. Just 3 of us celebrate this special day. |
Pejam celik dah 5 tahun umur anak Mama
tahun ni. Alhamdulillah sepanjang 5 tahun ni
Allah bagi Hakim kesihatan yang
baik. Kadang-kadang sahaja Allah bagi demam, demam nak besar.
Tapi sepanjang 5 tahun ni ada 1 ujian
Allah nak uji hati Mama and Papa dalam
membesarkan Hakim.
Ujian itu bermula masa tu Hakim berumur 1 tahun lebih,
uijian di mana hidung Hakim kerap bleeding.
Almost setiap hari akan bleeding.
Kadang-kadang bleeding time tidur.
Bleeding pula tu bukan sikit-sikit. Banyak!
Bukan sebelah hidung tapi both ludang
hidung akan bleeding. Fresh blood pula tu!
Memang risau hati Mama and Papa sebab takut
juga Hakim tak boleh bernafas time tidur sebab both lubang hidung tu penuh
darah kan. Setiap bulan memang akan ke klinik and emergency room sebab bleeding
yang banyak. End up doctor buatkan surat refer ke PPUM sebab terlalu selalu bleeding.
Mama and Papa bawa ke PPUM jumpa pakar ENT masa tu umur Hakim 2 tahun lebih.
Alhamdulillah setelah diperiksa, Doktor kata tak ada apa-apa yang serius just ada trauma dalam hidung Hakim which mean
kalau kawasan tu dikorek or cuaca panas boleh menyebabkan kawasan trauma tu
senang bleeding semula.
Doktor tanya sama ada Hakim pernah jatuh
or jadi apa-apa ke pada Hakim yang menyebabkan hidung tu trauma? So bila di
ingat kan semula memang Hakim pernah jatur ter tomos (ter tiarap) masa Hakim nak masuk age 1
tahun. Waktu tu Hakim baru mula pandai berjalan. Hakim jatuh kat laman rumah
nenek Kuang. Memang since daripada peristiwa itu lah hidung Hakim jadi over
sensitive. Senang sangat bleeding.
Hakim pula agaknya tak selesa bila hidung tu
bleeding and darah mula mengeras dalam hidung. So bila tidur dalam tak sedar tu
Hakim akan tenyeh hidung Hakim. Itu lah yang jadi makin truma kawasan yang
sensitive tu.
Doktor cuma pesan supaya Mama and Papa
pantau Hakim sebab tak nak Hakim korek or tenyeh hidung tu over sangat. But
macam biasa, nak cure ni memang makan masa. Seiring dengan masa… bleeding
hidung Hakim semakin pulih. Tidak sekerap yang dulu. Hampir 2 tahun juga Papa
tak lena tidur malam sebab asal dengar je Hakim bergerak, Papa akan tengok Hakim and suluh hidung
Hakim dengan torchlight. Papa and Mama nak make sure Hakim tak korek hidung time tidur.
But
now Alhamdulillah…
Hakim dah jarang sangat bleeding hidung.
Dah 5 tahun kan,
dah besar. Dah pandai jaga diri, jaga hidung.
So that the end of the sad story.
Meh
Mama nak share your birthday celebration baru-baru ni pula ye.
Macam biasa oleh sebab birthday Hakim
tahun ni jatuh masa hari kerja maka kita bertiga celebrate dengan sepotong
chocolate indulgence di Secrete Recipe Saujana Utama. No candle, no balloon…
just 3 of us. And you are wearing jubah, hadiah from Jida. Sejuk je mata
memandang.
On 1 Feb. 2015, Sunday barulah kita ada
kesempatan nak buat sedikit doa selamat and jamu sedara terdekat. Birthday
Hakim kali ni kita tukar timing ke pukul 2pm pula (sebelum ni buat pukul 5pm).
Bukan apa, Hakim sedia maklumkan yang setiap kali birthday mesti Hakim sleepy.
Nak tidur. So kali ni Mama dah sepakat dengan Papa nak buat pukul 2 petang pula.
Oleh sebab nak celebrate cepat maka Jida
dah volunteer nak masak kan nasi ayam dari rumah Jida je. So Mama tinggal masak
kan lauk nasi ayam je and dishes lain.
Menu tahun ni simple je. Nasi ayam dan
kueh tiaw goreng (nenek Kuang sponsor). Seronok bila ramai yang nak volunteer
and sponsor makanan ni. At least Mama ni tak delah terkejar-kejar nak buat itu
ini kan. Maklum lah, Mama ni bukan muda remaja lagi. Kaki ni mudah lenguh ,
mudah penat bila berdiri kat dapur lama-lama.
Tik tok tik tok…
Dah pukul 2pm. Semua tetamu dah sampai.
Bacaan doa dimulakan.
Nampak kan Hakim tengah berteleku baik
punya kat tepi Papa.
Itu berteleku ada makna tu. Berteleku
sebab mengantok!
Siap je berdoa Papa bisik kat Mama minta
dicepatkan potong cake sebab anak dah sleepy.
Aduhai…. Hakim ni macam-macam hal. Orang nak
celebrate dia, dia pula nak tidur.
Potong cake but muka sleepy.
Ni lah 1 photo ok sikit kita 3 beranak. Anak dah merengek nak dokong, nak tidur. |
Mana Hakim ye? |
Hakim kat mana? |
Cik Haziq, Cik Nina Ninot and Cik Ain. Yuhuuuu... where are u Hakim? |
Mana lah anak kesayangan Mama ni? |
Erm,.,, Hakim tak ada sebab Hakim sleepy.
Orang tengah busy dia masuk bilik.. tutup muka. Silau! Nak tido katanye.
Aloloooooo. Sayang sangat! |
Hakim and Cik Na. |
Lama juga lah Hakim tidur.
Dah petang
dalam pukul 5pm baru bangun minta nasi, lapo perut gamaknya
.
Orang dah nak balik dia baru bangun, baru
nak start engine nak main.
Tak kisah lah anak ku, asal kan kamu
happy. Kamu baik-baik saja.
Berselera makan nasi ayam. Tikar carpet semua dah gulung , Hakim baru bangun tidur. |
Muka happy Hakim....mata dah segar and perut dah kenyang. |
Terima kasih kepada pakcik makcik, tok nenek and sepupu yang sudi datang. Hadif the only sepupu yang ada tahun ni. |
Ini hadiah favorite Hakim . Tq moksu and acik Talhah. |
Tahun depan Mama and Papa akan pertimbangkan semula masa yang
paling sesuai untuk menjamu tetamu. Hope next year Hakim tak tidur ye.
Orang datang rumah kita, kita kena layan tau.
Bukan tidur. Hihihihihi….
As penutup, ni Mama nak belanja sekeping gambar tetamu VVIP time birthday Hakim.
Dah banyak tahun diorang ni tak celebrate birthday Hakim sebab dok merantau jauh nuuuuun.
But this time diorang lengkap 1 family celebrate birthday Hakim.
Taraaaaa.... Hadif si comel yang bolat , Mak Teh and Pak Teh!
Selalunya ada Atif, Offa and adik Mehgah kan.
But this time your buddy tak ada sebab move to Johor temporary. Nasib baik ada Hadif.... ada lah juga sepupu kan dok celebrate sama. Nanti birthday Hadif nak celebrate kat mana ye Mak Teh?
Hope Hadif tak jadi macam Abg Hakim, time celebrate birthday ... tidoooooooo.
Hihihii.
~~~ Mama sayang Hakim~~~
No comments:
Post a Comment