Ini barang baik... Ini barang baik...
Kenapa Mama kata ini barang baik?
1. Tak perlukan baldi nak isi sabun.
So jimat ruang, jimat air and jimat sabun.
Yang penting tak yah nak isi air kat bilik air.
2. Tak payah dah Mama nak perah rambut mop yang berjurai-jurai
sampai tegang semua
urat perut, urat lengan, urat jari jemari.
Just tanggalkan kain pengelap tu daripada kepala mop then
Mama boleh tenyeh je kain tu kat sink.
3. Tak berat, tak serabut, tak payah nak angkut sekali kayu mop tu
naik sink. Kekadang kalau guna mop biasa tu sampai basah le baju
and seluar kan sebab nak perah mop punye hal.
4. Kepala mop ni boleh pusing-pusing so
kat celah kerusi meja boleh mop bersih. Ala-ala vakum boleh pusing kepalanya.
Kalau lah ada vakum yang boleh sedut habuk and sampau..plus boleh mop sekali... kan bagus.
Ke memang ada tapi Mama tak tau ye...kalau ada mesti mahal kan.
5. Mop ni disediakan sekali dengan botol air.
Hihihih..bukan botol air minuman ye. Botol air ni boleh isi dengan any sabun lantai
yang Mama suka. Sukat je air dengan sabun tu dengan sukatan yang betul ke dalam botol tu ye.
Kot tak nak letak sabun pun boleh je. Isi je air paip bersih dalam botol then clip kan kat tepi batang mop. Nak guna just tekan je kat kepala mop tu nanti botol tu akan spray kan air /bancuhan sabun tu ke lantai.
Nak detail cara nak guna mop canggih ni boleh
tengok video Rubbermaid , Reveal Microfiber Spray Mop kat sini.
tengok video Rubbermaid , Reveal Microfiber Spray Mop kat sini.
Memang macam ni lah Mama and Hakim guna kat rumah.
Biasanya iklan kan indah khabar dari rupa, but ini barang memang seindah iklan ye.
Ini pula model Mama kat rumah tengah rajin mengemop dengan
Rubbermaid , Reveal Microfiber Spray Mop . Hihihihi...
Senang kan?
Ha... sebab tu lah Mama kata ini barang baik.
Hakim pun rajin tolong Mama mop rumah sebab suka main spray mop. Phewwww...
Jida pun dah berkenan dah dengan Reveal Microfiber Spray Mop ni.
Senang katanye. Tapi memang betul pun.
Lebih-lebih lagi orang tua kan. Sakit pinggang woo nak perah mop. Nak angkut baldi lagi kan.
Yang penting kaki tak basah dah sebab nak perah mop punye pasal, biasalah bila dah mop bilik... tentu nak tenyeh mop tu dulu kat bilik air kan baru lah boleh nak mop ruang lain. Time tu dalam bilik air sure kaki basah, seluar basah. Silap haribulan lantai bilik air tu jadi licin, kesian kat Jida kan.
So arini Mama belikan Jida set Reveal Microfiber Spray Mop ni.
Hadiah tahun baru.
~~~ Selamat mengemop rumah ye Jida~~~
No comments:
Post a Comment