Wednesday, 16 July 2014

Roti John I ♥ U



Yang ada caption I♥U tu Hakim punye. Tak pedas... Tak letak sos.

Tuuuuu dia!!! Roti Jhon I ♥ U namanye.

Di bulan mulia penuh barakah ni  Mama terpanggil pula nak try buat sendiri roti mat salleh ni. Hihihii.. 
Kalau ke bazar selalunya roti Jhon ni lah yang orang cari sebagai side dishes untuk juadah buka puasa. Harga boleh tahan, kat area Sg Buloh ni harga dalam RM4/sepeket panjang . 

Kemuncaknye bila kawan Mama, Kak Fish dok update status pasal roti Jhon dan share resepinya pada Mama. At the same time baru-baru ni ada kes food poisoning disebabkan oleh Roti Jhon. 
So ada baiknya Mama try buat sendiri tapi Mama dah olah sikit cara penyediaan dan guna bahan apa yang ada je kat dapur kita. Kalau buat sendiri ni boleh le nak letak lebih sos ke..telur ke...mayonis ke kan.  



Antara bahan penyediaan
Bahan-bahan:
6 ketul roti Gardenia potongan hotdog. (Senang je roti ni, banyak jual kat kedai runcit)
4 biji telur
250 grm daging kisar
2 sudu kecil serbuk kari daging
blackpaper
Daun sup
Daun bawang
5 biji baby carrot
1 biji bawang besar
2 ulas garlic
Sepotong dadu halia
Garam
Mayonis
Sos cili






Cara penyediaan:

Tumis bawang merah, garlic dan halia sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh sedikit dengan air dan serbuk black paper then tumis sekali dengan daging. Masak sehingga pecah minyak and tambah garam untuk perasa. (Gambar B)

Pecahkan telur dan masuk kan daun sup, daun bawang dan baby carrot yang telah dipotong comel. :) Kacau dan tambahkan sedikit garam. ( Gambar A)

Dalam mangkuk kecil . Campurkan adunan telur dan daging (Gambar C) untuk di masak di atas kuali leper. Sebelum letak roti ke dalam kuali tadi. Bolehlah sapukan sedikit butter/marjerin pada belah dalam roti yang telah dipotong. (Jangan potong habis)

Tips:
1. Jangan letak garam banyak sebab sos cili pon dah sedia masin kan.
2. Boleh tambah sikit ciput air dalam adunan telur supaya muai. Macam Mama memang 100% telur  :)

Siap!  :)

~~~ Pok mertua cakap... sedap lah roti John Mama Hakim buat. Kembang kemfis idung Mama. Hihihihihi~~~

2 comments:

  1. Uishhhh, Hakim,...hantar kat aunty sikit!

    ReplyDelete
  2. sedap ni aunty farah. Atok pon suke.

    ReplyDelete