Thursday, 26 June 2014

Infertility Clinic, HKL. Kali ni... Muka ada senyum!

Sonok! Beronok-ronok!!!

After all the test & 
all the pain &
 all the jammed di Jalan Duta
 yang Mama & Papa terpaksa tempoh sepanjang menjalani treatment di HKL.
At last! Ya... at last.....  
Appointment kali ni muka Mama ada senyum!

Serius mencabar perjalanan nak ke HKL dari Sungai Buloh ni. To the maX  mencabarnya sampaikan pernah kami orang give up  nak cancel appointment  HKL pasal tak tahan nak terkucil tapi jalam sesak tak ada toilet nak singgah. Bila dapat singgah toilet, kebetulan pula time tu catuaan air di Selangor -KL makanya pintu toilet di Shell Jalan Duta tu di LOCK plak. Bikin panas je! 
( bila teringat balik peristiwa nak ke toilet ni memang Mama & Papa akan gelak. Pasal nak terkucil sanggup nak gadaikan appointment 2 bulan. Hihihihihi)

Tapi itu lah kan...akan ada ganjaran buat Hambanya yang sabar... Eceeeewaaah!

Alhamdulillah... semua step treatment yang diperlukan, Mama berjaya hadapinya dengan baik. Sakit macamana pun di cucuk di test , Mama cuba tahan. Papa pun sangat supportive, Papa sentiasa teman Mama buat semua test. 

Okaylah, back to the point. 
Appointment semalam actualy to review medical report and test yang Mama dah buat last appoinment 
which are Pipelle test & Pap Smear. 
Bukan apa, after buat 2 test ni last treatment, Mama & Papa ada discus and dah sepakat dengan redha hati if the Pipelle Test & Pap Smear ni  ada problem and solution nya melibatkan operate, Mama  & Papa decide to stop the treatment. 

Ya ... stop just like that.
 Kecewa kan, but itu saja yang mampu Mama & Papa hadapi.
Takut lah. Mama takut nak di bedah-bedah ... potong-potong ni. Mama tak cukup kuat. Mama admit yang Mama memang penakut.

But itu lah kuasa Allah... 
 Allah hanya menguji hambanya sekadar yang termampu oleh hambanya. 
Lalu Allah campakkan kepada Mama & Papa berita gembira ini. 

Semua test adalah BAIK sahaja!
 Doktor Sarah inform dengan muka manisnya yang semua ujian tu 
okay tak ada masalah. Lega hati Mama ni mendengarnya. 



Erm... entry sebelum-sebelum ni Mama ada share pasal Mama kena turunkan berat badan &
 make sure BMI below 35 baru boleh proceed IUI kan. 
Alhamdulillah juga....
 sebab dalam 1 bulan ni Mama berjaya kurangkan berat badan. Tak banyak pun... tapi effect lah kat BMI tu. Hihihihi.... Kurus tanpa produk pelansingan tau. Totally diet ikut cakap doktor dietary HKL. 

Tips??? 
Mama just kurangkan makan nasi. 
Week terakhir before appointment memang sangat lah sikit nasi yang Mama makan. Selang sehari baru amik nasi itu pun sikit giler kuantitinya. Mama banyak makan Tom Yam. 
Tak kisah ler Tom Yam campor ke... bihun Tom Yam ke... ape ke kan. Janji perut kenyang.

 Dan ternyata memang boleh loose some weight. 
But Mama perasan kalau Mama tak amik nasi but makan Kueh Teaw pun boleh tambah berat badan. 
Siyes! So kalau nak makan, Mama akan avoid amik nasi dan Kueh Teaw.

So in conclusion, 
untuk badan Mama ni rasanya boleh kot nak diet tanpa apa-apa product kurus tapi
 kena kurangkan makan nasi and kueh teaw!

Doktor Sarah cakap bagus pada Mama sebab dapat kurangkan berat badan. Dia kata no need penurunan drastic but biar sedikit tapi konsisten. Nutrisi tetap kena jaga. 

Doktor Sarah bagitau yang Mama boleh buat IUI but 
oleh sebab Ramadhan bakal menjengah next week so dia suggest tangguhkan IUI after Aidilfitri. Dia cakap dia tak suggest lah for Muslim buat IUI time Ramadhan. Dan Mama & Papa sangat-sangat lah setuju dengan suggestion Dr Sarah. Pada Mama biar lah lambat. Tunaikan dahulukan puasa yang wajib. Anak itu kan rezeki dari Allah. 

 Sesungguhnya Mama dah banyak dilimpahkan rezeki dan hadiah daripada Allah.  
Mama ada Hakim yang bijaksana... Mama sihat... Mama ada keluarga yang supportive... banyak sangat nikmat Allah kurnia sampai tak tertulis dalam ni.
So apalah sangat dengan berkorban sabar hingga after Aidilfitri kan baru buat IUI. Kita ikut aturan yang ditetapkan. Insyallah ada rezeki mungkin no need buat IUI boleh conceive sendiri. Maklum ler...berat badan dah turun kan. HIhihihihi....

Doktor Sarah ada inform, 
kajian menunjuk kan bahawa wanita yangobes ni,  kalau loose weight dalam 10% daripada berat badan nya. Kemungkinan untuk conceive secara normal adalah tinggi.
(Sila lah terMOTIVATE ye)





Cuma cabaran nya 1 je... Mama kena pastikan berat badan turun dan jangan melebihi BMI 35 untuk teruskan procedure IUI. So raye nanti no more ketupat, rendang, masak lodeh 3-4 pinggan. Kena kawal nafsu! Papa kena jadi Cikgu Discipline Mama time raye nanti. Kita dah usaha sampai had ni. Kena kuatkan iltizam. Diet perlu diteruskan. 

As record, Dr Sarah supply me Duphaston 10biji for 5 days. mama plan nak makan time after Ramadhan. Boleh puasa penuh like last year..like last 2 year...like last 3 year. Hihihih...

~~~Percaya pada diri. Doa... Insya Allah berjaya!~~~



Monday, 23 June 2014

How To Train Your Dragon 2



Nampak tu ..Hakim pun tunjuk sign GOOD! So memang movie ni terbukti ke-best-an nye ! 
Movie ni sambungan kisah Hiccup yang ber best freind dengan Toothless (dragon) . Kalau dulu movie nye berkisarkan macamana si Hiccup ni nak yakin kan Papa dia tentang kebaikan dragon, kali ni movie ini mengisahkan bagaimana Si Hiccup dan Tootless nak menewaskan Alpha Dragon (Ketua Naga).

 Movie ni memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga. 
Ada part lawan-lawan dan kisah menyayat hati bilamana si Tootless yang sangat dipercayai oleh Hiccup dan penduduk kampungnya telah membunuh Papa Hiccup. 
Sedih tau..... 

Movie ni juga menceritakan Hiccup bertemu semula dengan Mama nya yang dah almost 20 tahun tak jumpa.  Kalau nak tau macamana Papa Hiccup dibunuh oleh best freind Hiccup and siapa Mama Hiccup, U all boleh lah tanya sendiri kat my Hakim. Sebab kusyuk benor anak Mama ni nonton movie ni.  Hihihihi.... 




Kalau nak diberi rate... Mama kasi 8/10 star kat movie ni.  Kalau bawa anak baya Hakim ni no need lah ber 3D. Rimas! Beli tiket biasa pun dah puas hati. Unless Mama & Papa je yang keluar dating berdua. For sure amik movie 3D.... dah ade anak ni semua tu kena ketepikan.

~~~~Nak gak selit gambar bawah ni. Snap after ber movie, sempena FIFA 2014.~~~~




Sunday, 22 June 2014

Pokok Kedekut



Pokok yang dah nak mati ni namanye....
POKOK JERING.

.

Ini first time Mama tengok pokok jering. Time kita nak keluar breakfast last month
Mama nampak pokok ni kat bukit Merbau Sempak. Pokok yang dah togel tak berdaun tapi ade
something dok bergayut kat  dahan pokok.

Puas Mama perhati kan pokok ni tapi tak tau pokok ape.
Papa pun cakap...
 "Itulah pokok jering. Dah nak mati pun kedekut . Yang bergayut hitam tu  lah buah jering.
 Tak akan jatuh buahnye. Tu yang jadi tangkai jering tu"

Bila Papa bagitau itu pokok jering, barulah Mama boleh cam yang bergayut kat
dahan pokok tu memang jering. Banyak kan buahnye.

Kenapa orang kaitkan kedekut tu dengan tangkai jering ek?

Kalau nak ambil buah jering kita kena berusaha panjat pokok jering ni then potong tangkai buah
dari dahan pokok. Sebab harapan untuk dapatkan jering yang gugur sendiri amat...amat...amaaaatttttttt rendah. Boleh dikatakan tidak akan gugur lah buah nye tu. 

Sampai kan pokok nye mati pun masih setia buahnye kat tangkai pokok jering yang tinggi tu.  Ada juga orang yang kata, kalau tak diambil buahnya nanti lama-lama kulit buah jering akan merekah sendiri and buahnya akan jatuh tapi tak boleh makan lah buah tu. Sebab buahnya dah tua dan kering.

Amazingly, part kulit and tangkai jering will still remain dengan dahan pokok. Sebab itu
lah orang samakan kedekut tu dengan jering.

Orang selalu cakap macam ni.
 "Kedekut nak mampus! Macam tangkai jering!"
 Ha...pasal tu lah. Event dah nak mati sekalipun jering tu dok atas pokok lagi. Tak nak bagi manfaat kepada orang. Rela mati dengan buah nye sekali. Kalau pokok buah yang lain biasanya bila tiba masa masak or sometimes tak dan masak pun dah mula gugur ke tanah buahnya. 

Bila macam ni rasa kelakar pula kan. Kesian lah pokok jering tu jadi mangsa. Itu lah sifat orang dulu-dulu tak suka cakap straight forward, mesti nak berkias-kias. Dibuatnye orang yang di kiasnye tu tak paham or salah faham macamana ye? Hihihi...

Pada Mama disitu lah letaknya martabat bahasa Melayu. Kaya dengan adap dan sopan.
Hakim pun macam tu juga. Jangan jadi kedekut macam tangkai jering. Tapi jadilah insan beriman seperti tangkai jering. Sampai mati pun mesti beriman. Baru hidup bahagia dunia akhirat.

~~~ Nenek Kuang kalau buat rendang or masak lomak jering sangat lah sodap!~~~



Friday, 20 June 2014

Asik perangat je...Elok buat serunding pon sodap!

Adat Melayu...adat bersaudara
bila kenduri selalunya Tuan Rumah akan bekal kan lauk untuk tetamu bawa balik. Biasanya lauk macam ni Mama akan perangat untuk makan next day. Tapi kekadang Papa pandai jemu makan lauk yang sama so kali ni lauk daging yang kita dapat dari Nenek Ngah tu mama tukar jadi.... SERUNDING DAGING!!!


Sedap kan serunding makan dengan nasi putih panas-panas. Ni dah nak masuk bulan Ramadhan ni biasa ramai yang dok promote serunding. Biasalah lauk serunding ni paling mudah buat lauk time sahur.
Macam-macam jenis serunding ada but bagi Mama serunding daging lebih sedap.



Biasanye menu daging kenduri ni orang akan masak gulai daging, kari daging, sup daging dll.
Pendek kate kalau lauk kenduri ni most of time orang akan masak daging tu berkuah.
Muai… lebih dapat banyak daripada goreng berlada or buat rendang.

So kalau dah berkuah tu kebanyakkan nya akan masukkan potato or sayur.  Jadi kaedah awalnya kita kena asing kan dulu segala jenis sayur yang ada dalam lauk tu.  Asingkan semua kentang or tomato yang ada dalam lauk. Kalau ade tulang daging…sila buang. Hanya tinggal kan daging sahaja. No need to basuh pun daging tu.

Then…. sedia maklum kan yang lauk daging kenduri ni sure potongan nye beso-beso. So macam Mama lebih suka siat siat je daging guna garfu. Kalau rasa dapat part liat tu jangan pening-pening. Guna je gunting untuk potong gading tu jadi ketulan or cebisan yang lebih kecil ikut kesukaan Hakim.

Lepas tu boleh perangat kan daging yang dah disiat tu dalam kuali dengan api sederhana, jangan lupa tambah sedikit air or santan dalam daging tu. Macam Mama buat ni just tambah air je sebab lauk asalnya gulai lemak. Kalau rasa lauk tu kurang pedas, time perangat ni Hakim boleh tambah cili blender. Tambah kan juga sedikit jintan manis yang dah ditumbuk halus. Bila dah agak pekat sebati cili dengan daging tu, boleh lah tambahkan gula. Biasalah…serunding ni kalau tak manis tak sah. Bila kena manis dan pedas tu yang syok makan. Tapi kalau memang dapat lauk rendang lagi senang nak jadikan serunding.


Time peangat tu bila dah agak-agak kering make sue jangan tinggal kan kuali tu keseorangan di dapur. Hakim kena sentiasa kacau daging tu to make sure serunding tak hangit. Kacau sampai texture daging tu cukup kering. Sebab kalau tak kering nanti cepat naik kulat. Kita buat serunding ni bukan untuk jual kan so memang tak guna bahan untuk kasi serunding ni tahan lama. Biasanyakalau macam kuantiti bawah ni boleh lah tahan 3 ke 4 hari macam tu.



Lebih kurang macam tu lah serunding express yang Mama boleh share dengan Hakim. Ingat...jangan membazir makanan.  membazir tu kawan Syaitooooon. 

Monday, 9 June 2014

Bayou Lagoon Park Resort , Melaka.

Ini lah tempat kita stay 3 day 2 night time Family Day office Papa last month.
Lokasi hotel ni tak jauh dari Zoo , Tmn Buaya & segala jenis taman kat Melaka ni, dalam 10 - 15 minit perjalanan naik kereta macam tu lah.

 Kalau nak makan seafood yang dekat Umbai pun dah tak jauh dari hotel ni cuma kita tak berkesempatan nak ber seafood sebab jadual makan kita padat di sponsor pihak PTM.  :)


Entrance 
Masih baru. Macam apartment  yang berlambak kat KL je rupanye kan.
Peace seround sementara tunggu Papa check in.
Alhamdulillah kita dapat stay studio room instead of stay apartment. Bukan tak mahu stay apartment beramai-ramai tapi bimbang aurat dan kurang privasi. Kalau dengan ahli keluarga tiada masalah tapi bila terpaksa share apartment dengan orang lain rasa janggal juga lah kan. So thanks tu AJK Family Day PTM yang berjaya dapatkan juga bilik untuk setiap keluarga. 


Ada meja makan dengan 2 seat. 

Bilik studio ni memang luas. Kalau nak bentang toto dalam 3 toto pon muat tau. 
Mama suka bilik ni siap ada sink so kalau nak masak air no need lah nak tadah air dari sink dalam bilik air. Nak basuh botol susu Hakim pun  tak was-was. Kiranya dengan adanya sink dalam bilik hotel, berasingan dengan bilik air sangat lah relevent dengan Mama ni.

Tak banyak bilik hotel yang provide sink kat bilik hotel. So far , hotel yang kita pergi kalau yang di Melaka ni cuma A Famosa Resort Hotel dan Bayou Lagoon ni je lah yang provide sink.  Bukan apa, Mama memang geli nak tadah air minum  kat bilik air wa'ima dari sink. Rela Mama beli mineral water untuk masak daripada tadah air minum kat sink toilet. Cantik dan bersih macamana pun hotel tu tapi kalau kena tadah air toilet memang tak lalu nak minum. So bilik Bayou ni bagus lah provide sink dalam bilik ni. Facilities lain macam TV, mini refrigerator tu tip top pasal baru lagi. 

Oleh sebab bilik ni luas pihak Bayou provide 2 unit aircond. Serius sejuk bilik. Hendak pula aircond tu masih baru so on suhu 25 pun dah sejuk sesangat. Kita just on 1 aircond je... tak elok bazir kan. 


Hakim chop bed ni tau Mama!


Yang bertingkap tu  , tingkap bilik air.
Kalau amik suit yang ada Jakuzi tu boleh lah nampak jakuzinya dari tingkap ni.

Nak komen pasal bed pula. Erm.... Tah lah.
 Studio room ni Bayou provide katil single 2 buah. Katil single kecik teot yang size katil kat bilik Hakim tu.

  Kalau boleh Bayou bagi lah katil single yang besar sikit
or provide lah 1 queen size and 1 lagi single size or macam some hotel provide kan even bagi single bed tapi size nye agak besar dari single yang biasa. Kecik sikit dari queen. Selesa sikit.

So macam biasa operasi merapatkan katil adalah WAJIB ye. Bila dah rapat tu kan celah tilam Mama and Papa lapik dengan conerter so selesa lah sikit Hakim tidur tengah tu kan.  


Kat rumah tak de telefon macam ni so sampai hotel memang benda alah ni lah Hakim dok tekan-tekan... hello helloo....



Katil dah cantum!  Luas kan bilik Bayou Lagoon ni. 





Water Park kat sini pon not bad. Seronok lah bawa anak stay hotel and boleh main
 kat waterpark dalam area hotel je kan. Cuma bila cuaca panas tu yang perit sikit lah. Sebab water park ni tidak berbumbung. Kalau yang ada bumbung tu pun kat area atas slide tu. Kalau dah nama slide memang budak besar and dewasa lah majority yang ada kat situ.

Eloknya kat pool yang untuk kanak-kanak age below 7 tahun ke bawah ni elok dibuat bumbung. Kesian kat budak kecik kan nak mandi panas-panas bawah matahari. Mata memasing dah sepet macam anak orang Korea. Menahan panas. Hihihihi...termasuk ler Hakim.  :)  Tapi dah nama pun budak kan. Ape lah yang dia tahu. Asal dapat berjimba dalam air dah paling heaven dah diorang ni.

Mama suggest kalau Bayou buat bumbung macam di  Water Park di Gambang at least di area tempat budak-budak main lebih baik. Sekarang cuaca di Malaysia ni hangat sangat. Nak berjemur lama tak sesuai. Kesian kat kanak-kanak ni kan.   

Pandangan dari bilik kita, Tingkat 6.
Sliding door bilik tak boleh buka selalu sebab bertentang dengan sliding door blok depan.  
Bab makan pula..... Menu makan baik breakfast, lunch dan dinner semua nya biasa-biasa aja.
Malah Mama boleh katakan yang  masakan nya  just ‘soooo sooo’ aje.

Lauk lunch dan dinner sepatutnya perlu ada 1 menu  yang tidak pedas or paling tidak sediakan  ayam goreng  or sup untuk hidangan kanak-kanak. Menu pun hampir sama setiap hari. Keadaan café yang agak kecil di sini menyebabkan kita terpaksa menunggu untuk mandapatkan tempat makan.

Pada pendapat Mama jika ada Family Day macam ni pihak hotel boleh menyediakan 1 ruang khas yang berasingan sebab café nye kecil. Kalau hari biasa mungkin okay lah size cafe tu menampung visitor, tapi bila ada Family Day pastu  cuti sekolah pula tu, memang beramai-ramai ler berasak dalam cafe tu. Dah macam kenduri pula ramainye tu. Hihihi...

Pada hari kedua memang pihak hotel ada menyediakan ruang canopy yang
 besar untuk breakfast khas untuk office Papa. Masa tu rasa selesa sangat nak makan. Siap ada cooler fan so memang tak panas.

Pada mulanya Mama fikir time makan lunch dan seterusnya akan dibuat saja di canopy tersebut tapi tidak. Time lunch hari kedua tu makan di café yang kecil tu juga. Terpakse lah kita bersesak lagi dalam café yang kecil. Makan pun laju-laju je sebab kesian dengan orang yang datang kemudian tercegat-cegat mencari meja kosong. Sampai hati ke nak makan santai-santai kalau kat sebelah kita orang dok menunggu siap bawa anak kecil lag. Haissshh….Mama tak sampai hati. Pasal tu lah dalam entry ni tak de 1 pun photo makanan. Memang takde makna nak amik gambar. Makan kena tangkas! Nak cari makan kat luar macam tak patut lah pula kan sebab jadual Papa padat so kita  kena lah hormati rancangan dan jadual yang telah disediakan. Bukan senang diorang dok susun jadual semua tu.  Kalau kita makan kat luar nanti and ter spoil timing yang dah dijadualkan kan tak elok.

 Kalau kita bercuti ke Bayou ni lagi rasenya just amik pakej bilik saje dah memadai.
Sebab bilik nye tip top! Luas! Sejuk!

Kalau nak makan better cari makanan yang bersepah-sepah kat Melaka ni je.


Ok itu je lah Mama dapat review pasal Bayou Lagoon Melacca ni. Hope Bayou Lagoon dapat upgrade service dan bertambah maju pada masa hadapan. . Hihihihi…kemain Mama ni ngomen kan. 




~~~ Kempunan nak makan kat Umbai~~~

Wednesday, 4 June 2014

Family Day PTM di Melaka.




Last entry dah syok cerita pasal Zoo Melaka kan so meh Mama story pasal apa 
sebenor nye kite ke Melaka ni. Sebab musabab nye kita sekeluarga ke Melaka ni adalah meraikan Family Day PTM office Papa sambil berkursus.   Kita stay sini  3hari 2 malam, since Thursday (29 May) till Saturday.

Actually most of time di sini Papa berkursus. 
So tinggal lah kita 2 beranak stay kat hotel. Bila Papa free pun banyak masa Papa nak rest
 dalam bilik sebab Papa tak berapa sihat.
 Its okay.... dapat bersenang lenang  tak memikirkan hal masak, lipat kain, kemas rumah , hal office Mama yang menimbun untuk 3 hari ni pun dah cukup bagi Mama. Syok ape dapat memerap dengan Hakim and Papa 3 hari ni.  :)

Okay....lets story mory apa aktivity kita sepanjang meneman Papa berkursus ni ye.
Day 1 tak banyak aktiviti di buat sebab kita sampai Melaka pun dah petang. Niat di hati Mama ni teringin nak naik river cruise di malam hari but disebabkan kekangan waktu so terpaksalah buat apa yang sempat je. 

Sampai Bayou Lagoon dalam pukul 3 macam tu. After check in kita meronda sekitar Melaka.
Kebetulan  terserempak pula dengan station kereta lembu so papa decide kita naik kereta lembu dulu sebab kita memang tak pernak naik kereta lembu pun. 

Tempat nak naik kereta lembu ni ada kat area Mc Donald near Wonderland. Ada dalam 5 - 6 buah kereta lembu kat sini. Semua dihias cantik cuma nye yang Mama tak tahan tu bau lembu. Aduhhhh.... Menyengat bau lembu ni. 

Service kerata lembu ni RM15 per trip. Sebuah kereta lembu boleh memuatkan seramai 6 orang. Trip nye pun bukan lah jauh sangat. Ada kot dalam 10 minit tripnya. Boleh lah, merasa juga kita naik kereta lembu kan tapi kalau dapat round Melaka naik kereta lembu syok gak kan. Pasal kereta lembu ni tripnye hanya di dalam kawasan padang yang disediakan sahaja so view tu terhad lah. Kot boleh berkereta lembu kat dalam taman bunga kan best sikit. Boleh santai-santai jamu mata kan.

Seronok ke naik kereta lembu?

Kereta lembu
 Lepas naik kereta lembu ni kita meronda Melaka konon nak naik beca tapi pusing punya pusing 
tah mana hala GPS bawa. End up dah pukul 7pm tak jumpa pun beca or Famosa tu semua so decide balik ke hotel sebab malam ni Papa start kursus pukul 8.30 malam so terkuburlah hajat nak naik beca. 
Huhuhu....


Day 2 di Bayou Lagoon. 
Masa ni tengah ready nak pergi breakfast. Hakim tak mandi lagi , bangun tidur busuk masam terus ikut pergi breakfast. Tapi si busuk masam ni lah yang sedap di gomol pepagi hari. :)

Lepas breakfas tu Papa ada kursus so kita stay kat bilik sambil buat homework. Teacher bekal kan buku untuk Hakim buat time cuti sekolah ni.  Cuti sekolah kali ni Little Caliph bekal kan buku mathematics pula. Alhamdulillah hakim ah pandai mengenal number and dah boleh tulis no dengan baik. Terima kasih teacher.


Buat homework sekali session just boleh siap 1-2 pages je.
Selebihnya banyak main! 
Sian anak Mama....main sorang-sorang. Lorry hadah dari Papa.
Mujur lah cuti sekolah kebetulan kawan sekolah Mama balik bercuti ke Muar so dapatlah berjumpa kat Bayou Lagoon ni. Pertemuan yang tak dijangka ni merupakan pertemuan pertama antara Mama dengan Untie Ila after almost 4 year tak jumpa. 

Dulu time sekolah menengah Untie Ila ni satu kelas dengan Mama & Papa.
Teringat zaman tu Mama & Papa selalu juga beli kuih yang emak Untie Ila ni buat dan jual kat dalam kelas. Sedap kuihnya.  Kalau tak silap Mama Untie Ila ni dulu merangkap Bendahari kelas sebab tu lah dia ni pandai meniaga. Tah macamana boleh end up jadi cikgu sekolah. Itu lah rezeki kan, Mama yakin Untie Ila ni akan jadi teacher yang diminati sebab since sekolah lagi Untie Ila ni sangat baik hati, sporting & gile-gile sikit. Selalu buat kitorang ketawa. Sometimes tak de benda yang kelakar pun tapi bila dengar Untie Ila ni bercerita dan ketawa je dah boleh buat Mama ketawa. 
(Ila....sori lah kalau aku ter over comment pasal ko ek, hihihihi....)

Untie Ila sampai ke Bayou Lagoon dalam pukul 9 pagi macamtu bawa 2 orang anak dia yang super comel. 
Yang ayu je pakai suit pink tu namanye Ayya...sebaya dengan Hakim. 
Yang bogel bertoncet rambut tu namanye Airel.
 ( Ila, ingat tak 5 years ago... time raya AidilFitri kat rumah parentaku,  kita berdua berdukacita sebab lambat dapat anak. Tak sangka sekarang anak ko dah 2 kan!)

Akhirnya Hakim tak lah bosan sangat buat homework and main sorang-sorang.  
Mujur juga kat Bayou Lagoon Hotel ni ada water park, seronok lah anak-anak ni main air while si emak dok gossip hal kawan sekolah and family memasing. Hihihihi....
Hakim, Ayya and Airel.

Happy dapat jumpa sahabat lama. Sempat lagi selfie okay......
Berendam tak lama pun, dalam pukul 12 dah bersiap mandi dan berkemas. Pertemuan tu walaupun singkat tapi Mama rasa happy sangat. Hopefully kita dapat berjumpa lagi ye Ayya and Airel.  

Tup tap tup tap ..... pukul 1 petang tu Papa sampai bilik, tak sempat berjumpa dengan kawan lama. 
Petang tu pukul 3.30 petang acara sukaneka pula. Mama tak joint pun. Just tengok dari kejauhan je. 

Acara kutip gula-gula




Sukaneka dalam dewan je so tak panas & tak risau bila anak-anak berlari ke hulu ke hilir. Group papa dapat no 8 daripada 9 group. Haiyaaaaa....macamana ni boleh kalah daa......

Lepas sukaneka tu kita teman Papa kejap main Polo air. 
Kali ni bangga sikit sebab group papa menang! Yeayyyy!!!


Lepas semua acara sukaneka & polo air tamat barulah Papa teman Hakim mandi manda kat waterpark. Masa ni Mama memang tak main air, cukup lah pagi tadi dah berendam dengan Hakim & family untie Ila.

Sabar tunggu Papa main polo air  sebab  Hakim nak main kat waterpark.

Pagi petang main air. Tak jemu ke Hakim oiiiiii.......

Malam tu kita ada dinner besar-besaran. Mama pick no batch stick no 21 untuk lucky draw. Mama choose this number sebab bithday Hakim kan 21hb.... Ada rezeki dapat lah kita hadiah ye Hakim.

Lucky draw dapat hadiah frame. Thanks PTM  :)


Last day.... After breakfast kita bersiap kemas nak check out balik ke KL. 
Tak tunggu lunch sebab nak cepat ke Zoo Melaka sementara cuaca tak panas. 

Time nak balik ni memang haru biru pasal kunci kereta hilang!!!!
Siap check out baru perasan kunci kereta tak ada. Satu hal pula Papa kena minta kunci bilik and check semula bilik kot kunci tercicir kan. Mama pula kena lah kumbah beg-beg baju kot ler kunci tu masuk dalam luggage or plastic baju kotor kat lobby hotel ni. Phewwww!!!  



Punye lah memunggah akhirnya jumpa kunci tu di beg yang terakhir.
 Serius! Tak terfikir langsung kunci tu masuk dalam beg tu. Nak tau beg apa? 
Nampak tak beg yang kat belakang Hakim yang colour cream ada polka dot tu? Kat situ lah duduk kunci kereta. Padahal beg tu beg isi telekung je . Tah siapa & bila pula Mama & Papa dok letak kunci dalam tu. Sian Papa berpeluh-peluh mencari kunci, nasib baik jumpa kalau tak tau lah macamana. 

Hakim biasalah, mana tahu Mama and Papa ni tengah susah hati. 
Yang Hakim tau sekarang ni nak ke Zoo. Kunci ade ke takde.... bukan kesah pun. 
Hai lah anak.....


~~~  Percutian jadi tak meriah bila Papa demam. Get well soon Papa.~~~

Tuesday, 3 June 2014

Santai di Zoo Melaka dengan buggy service. Terbaek!!!


Welcome to Melaka Zoo & Night Safari
Tetiba je kan tak de hujung pangkal Mama dok citer pasal Zoo Melaka. Actually kita ke Melaka 
last week sempena Hari Keluarga office Papa. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti 3 hari 2 malam kat sana, activity kita di Zoo Melaka ni lah  antara yang paling best! Pasal 2 hari kita kat Melaka tu just stay kat hotel sementara Papa berkursus. Phewwwww....

Moh singkap kenangan lalu....  last kita ke Zoo Melaka ialah pada tahun 2010
Time tu Hakim umur dalam 5 month macam tu. Papa gagah tolak stroller Hakim. Berpeluh-peluh! Ape tak nye bila Hakim dah boring dalam stroller, Papa dukung pula Hakim guna baby carrier. Masa tu Papa sihat and gagah. Bila tengok balik gambar last 4 years tu rasa macam baru je kita  ke Zoo Melaka ni.

After almost 4 years kan, kali ni kita ke sini lagi but this time no more tolak stoller sebab this time Mama sewa buggy .  Plan asalnya tak nak berlama-lama kat zoo ni sebab Papa tak sihat. Demam on off plus batuk-batuk kesian pula nak dukung Hakim nanti. Papa plan kita masuk zoo & naik tram pusing satu zoo then balik, asal tertunai hajat Hakim je. 

Tapi bila masuk zoo tu elok  time nak que naik tram ternampak pula kaunter buggy service. Sesaje lah  nak tanye pakej & apa yang visitor boleh dapat kalau sewa buggy ni kan. Lepas dah tanye memacam tu Mama rasa macam best pula then we decide nak try lah sewa buggy ni  demi kesejahteraan kita sekeluarga. Ceeeeeeeeeewah!!!

Pada Mama ia sangat lah berbaloi. 
Ada 2 pakej provided, Mama amik pakej B... full pakage. Beza RM20 je pun kan. Bezanya dengan naik tram tu kita kena share dengan penumpang lain & kalau kita turun takde maknenye driver tram tu nak tunggu. Kirenye tram ni naik sekali je. Kalau turun half way mean lagi half way tu kena jalan kaki. Or kalau tak silap kalau nak naik juga tram, visitor kena tunggu next tram itu pun kalau tram tu ada tempat kosong. Kalau tidak....bye bye....... hihihii.



Buggy pula ada 2 jenis kat sini. 
Ada yang muat untuk 4 seat and 6 seat. Macam kita ni naik yang 4 seat. 
Harga sama je yang bezakan ialah pakej ape yang kita amik.Pakej B yang Mama & Papa pilih 
ni include tour guide & interactive talk,wildlife photo, animal feeding & air mineral.

Istimewanya gunakan buggy service ni  sebab Papa tak perlu lah dukung Hakim 
yang berat 14kg ni ke hulu hilir zoo. ( sebab Hakim ni kalau berjalan tu sekejap-sekejap nak berdukung)  . Kalau ada bawa stroller pun masih boleh lipat and letak stroller kat belakang buggy ni. 

Kita bertuah dapat tour guide yang sporting, muda & sangat lah knowledgeable
 pasal animal kat zoo melaka ni. Nama our tour guide ni Aizat. Memang petah je dia dok explain pasal animal kat sini. Kalau rasa nak stop boleh je bagitau kat Aizat ni. Dia akan stop & follow kita ke mana je kita pergi.  Memang puas hati sangat lah. Bila ke kandang mana-mana animal dia akan bagitau dan bezakan yang mana 1 jantan betina. Siap bagitau nama lagi. Paling syok dia akan tolong panggil kan animal tu datang dekat or paling tidak pun kalau animal tu tengah  tidur, animal tu akan bangun dan angkat badan sebab nak tengok orang yang panggil nama dia. 

Serius!!!! Teruja. 

Kirenya kalau time tu kita stop  kat kandang tiger, tiger tengah sedap tidur. 
Aizat ni akan panggil nama tiger tu.  Tiger tu akan bangun pandang Aizat. 

Tak ke seronok tu??? 

Biasa kita kalau jalan sendiri ke kandang tiger sure jerit-jerit panggil  camni kan.

"tiger!!!  ooooo......tiger!!!"

 kan kan???? 

Nan hodo nye tiger tu nak datang or bangun tidur. Our tour guide ni memang tau nama kebanyakkan animal kat sini. So dia akan panggil nama tiger tu. Baru lah tiger tu akan bangun. Macam juga kita ni. Kalau orang panggil kita "hei manusia! manusia!" agak -agak nak ke paling muka kita  kat orang tu tak? Hihihihi...
So sebab tu lah seronok bila kita ada private tour guide ni. Special sikit. Kalau ada activiti animal feeding tu kita tak perlu que....boleh terus masuk untuk feeding animal. Special kan? Dah bayor kan so kena ler special. Hhihihi....

Time lawatan tu puas lah Aizat melayan Hakim,
 Hakim yang pada mulanya malu-malu cat ...slowly develop trust kat Aizat. Aizat keep talking and akan tanya Hakim macam-macam pasal animal. Mama pun senang hati sebab rasa tak janggal ada tour guide macam ni. Papa pun nampak selesa sebab most of time relax dalam buggy and akan berjalan ke kandang animal hanya bila perlu sahaja. Aizat pula akan pastikan buggy di park near kandang or kalau terpaksa jalan sikit Aizat akan make sure amik kita di check point terdekat. So Papa tak perlu lah dukung Hakim untuk patah balik ke buggy.



Our buggy yang berkilat!

Meh nak intoduce Hakim kat Abang Aizat yang peramah tu ye.
Taraaa!!!!!

Our tour guide yang best! Aizat.



Aizat kata kat Hakim yang kura-kura ni kena sumpah jadi batu.

Aizat banyak tolong snap kan gambar kita sekeluarga. Memang banyak lah gambar yang kita bertiga sekali. Kalau tak harapan ler nak bergambar bertiga kan. Segan le nak minta orang amik kan gambar. Biasanya bila ber holiday... mostly gambar Papa and Hakim yang banyak Mama snap. Tapi kali ni syok plak, Aizat ni dah macam our tour guide cum private photographer kita plak kat zoo ni. Hihiihi...thank ye Aizat.

Elephant feeding. Sebesen makanan yang pihak zoo bagi kita untuk feeding elephant ni. Tapi time ni Hakim takut. So Mama and Papa yang feeding kan  elephant. 




Red bull. Beso kan? Badan tuff giler!



Aizat kata, normally time pagi macamni tiger suka tidur .
Inilah tiger yangMama cerita awal-awal tadi. Masa ni tiger ni tengah tidur. Boleh pula tiger 2 ekor ni terjaga  and pandang kitorang time Aizat panggil nama. Visitor yang ada time tu pun seronok bila tengok Aizat panggil tiger ni. Seekor nama Dungun (asal dari Terengganu), yang seekor lagi nama Kap ( Dari Thailand).

Actually banyak lagi animal lain yang Aizat panggil tapi tak banyak yang Mama sempat snap kan. Pasalnya terlalu seronok  melayan Hakim yang teruja tengok Aizat panggil animal. 


Aizat mahir panggil animal. Tengok lah 2 animal ni berkeliaran
dekat je dengan cermin bila dipanggil. 2 tiger atas ni baru lepas melahir kan anak.

Cuba teka bila cheetah ni kawin dengan si tiger hitam tu anak nye jadi kaler ape? Jadi cheetah or jadi hitam?? or belang-belang or bertompok macam kucing? Cuba lah teka.

 Ha...kalau nak tau bila 2 ekor tiger berlainan kaler ni kawin, anaknya hanya akan ikut kaler ibu or ayah nye sahaja. Takde tompok-tompok or half hitam half cheetah. Hanya akan ikut 1 kulit sahaja. Ilmu tu... seronok kan bila kita ada guider ni. Bayak info oleh dapat.



Nampak tak baby girafe kat situ? Baby giraffe tu lahir depan mata Aizat. Kata Aizat baby giraffe tu lahir masa birthday Zoo Melaka yang ke-50. Depan visitor si baby giraffe ni keluar dari perut Mama giraffe. 



Sempat lah juga Mama interview our tour guide ni. Mama tengok cara dia explain & interaksi dengan Hakim bagus sangat dan penuh sopan. Tak kekok and full of confident. Rupanye our tour guide ni memang orang bijak pandai, kerja ni just part time sebab bebenornya Aizat ni study lagi dan sekarang sedang cuti semester. Amik jurusan Electric Engineering dan ini tahun kedua dia bertugas sebagai tour guide di Zoo Melaka.

Ha...jauh bidang tu boleh plak part time kat Zoo ni ye?
 Tapi elok lah bekerja dari tak buat ape cuti semester kan. Hakim nanti dah besar Insyallah ada rezeki masuk university time cuti semester kalau nak jadi volunteer or kerja part time kat Zoo pun Mama benarkan. Tambah ilmu dan pengalaman. Hakim kan suka animal kan.  :)

Begitulah kisahnya lawatan kita ke Zoo Melaka kali ini.  Enjoy the moment sambil relax....



Dalam kereta nak balik tu cakap dengan Papa, plan asal Papa melawat Zoo Melaka selama 30 minit aje but end up dengan 2 jam setengah. Lama kan, hihihihi. Lama tapi seronok. Berbaloi sangat labur RM100 kat buggy service tu. Lepas ni kalau pergi Zoo bawa Ato Jida pun boleh. Tapi kena sewa buggy, barulah seronok. Tak penat. Kalau berjalan kaki confirm Ato & Jida surrender. Silap haribulan Mama & Papa yang surrender. Hihihihi...

~~~~Plan ke Zoo Melaka lagi after 3 years sebab sekarang Zoo Melaka under construction. Pihak pengurusan inform yang within 2 year dijangka semua baik pulih siap sepenuhnya. So sesiapa nak ke Zoo Melaka boleh hold program sementara ye. Try bawa family ke A'Famosa Resort sebab kat sana pun seronok bawa anak bercuti ~~~