Wednesday, 4 June 2014

Family Day PTM di Melaka.




Last entry dah syok cerita pasal Zoo Melaka kan so meh Mama story pasal apa 
sebenor nye kite ke Melaka ni. Sebab musabab nye kita sekeluarga ke Melaka ni adalah meraikan Family Day PTM office Papa sambil berkursus.   Kita stay sini  3hari 2 malam, since Thursday (29 May) till Saturday.

Actually most of time di sini Papa berkursus. 
So tinggal lah kita 2 beranak stay kat hotel. Bila Papa free pun banyak masa Papa nak rest
 dalam bilik sebab Papa tak berapa sihat.
 Its okay.... dapat bersenang lenang  tak memikirkan hal masak, lipat kain, kemas rumah , hal office Mama yang menimbun untuk 3 hari ni pun dah cukup bagi Mama. Syok ape dapat memerap dengan Hakim and Papa 3 hari ni.  :)

Okay....lets story mory apa aktivity kita sepanjang meneman Papa berkursus ni ye.
Day 1 tak banyak aktiviti di buat sebab kita sampai Melaka pun dah petang. Niat di hati Mama ni teringin nak naik river cruise di malam hari but disebabkan kekangan waktu so terpaksalah buat apa yang sempat je. 

Sampai Bayou Lagoon dalam pukul 3 macam tu. After check in kita meronda sekitar Melaka.
Kebetulan  terserempak pula dengan station kereta lembu so papa decide kita naik kereta lembu dulu sebab kita memang tak pernak naik kereta lembu pun. 

Tempat nak naik kereta lembu ni ada kat area Mc Donald near Wonderland. Ada dalam 5 - 6 buah kereta lembu kat sini. Semua dihias cantik cuma nye yang Mama tak tahan tu bau lembu. Aduhhhh.... Menyengat bau lembu ni. 

Service kerata lembu ni RM15 per trip. Sebuah kereta lembu boleh memuatkan seramai 6 orang. Trip nye pun bukan lah jauh sangat. Ada kot dalam 10 minit tripnya. Boleh lah, merasa juga kita naik kereta lembu kan tapi kalau dapat round Melaka naik kereta lembu syok gak kan. Pasal kereta lembu ni tripnye hanya di dalam kawasan padang yang disediakan sahaja so view tu terhad lah. Kot boleh berkereta lembu kat dalam taman bunga kan best sikit. Boleh santai-santai jamu mata kan.

Seronok ke naik kereta lembu?

Kereta lembu
 Lepas naik kereta lembu ni kita meronda Melaka konon nak naik beca tapi pusing punya pusing 
tah mana hala GPS bawa. End up dah pukul 7pm tak jumpa pun beca or Famosa tu semua so decide balik ke hotel sebab malam ni Papa start kursus pukul 8.30 malam so terkuburlah hajat nak naik beca. 
Huhuhu....


Day 2 di Bayou Lagoon. 
Masa ni tengah ready nak pergi breakfast. Hakim tak mandi lagi , bangun tidur busuk masam terus ikut pergi breakfast. Tapi si busuk masam ni lah yang sedap di gomol pepagi hari. :)

Lepas breakfas tu Papa ada kursus so kita stay kat bilik sambil buat homework. Teacher bekal kan buku untuk Hakim buat time cuti sekolah ni.  Cuti sekolah kali ni Little Caliph bekal kan buku mathematics pula. Alhamdulillah hakim ah pandai mengenal number and dah boleh tulis no dengan baik. Terima kasih teacher.


Buat homework sekali session just boleh siap 1-2 pages je.
Selebihnya banyak main! 
Sian anak Mama....main sorang-sorang. Lorry hadah dari Papa.
Mujur lah cuti sekolah kebetulan kawan sekolah Mama balik bercuti ke Muar so dapatlah berjumpa kat Bayou Lagoon ni. Pertemuan yang tak dijangka ni merupakan pertemuan pertama antara Mama dengan Untie Ila after almost 4 year tak jumpa. 

Dulu time sekolah menengah Untie Ila ni satu kelas dengan Mama & Papa.
Teringat zaman tu Mama & Papa selalu juga beli kuih yang emak Untie Ila ni buat dan jual kat dalam kelas. Sedap kuihnya.  Kalau tak silap Mama Untie Ila ni dulu merangkap Bendahari kelas sebab tu lah dia ni pandai meniaga. Tah macamana boleh end up jadi cikgu sekolah. Itu lah rezeki kan, Mama yakin Untie Ila ni akan jadi teacher yang diminati sebab since sekolah lagi Untie Ila ni sangat baik hati, sporting & gile-gile sikit. Selalu buat kitorang ketawa. Sometimes tak de benda yang kelakar pun tapi bila dengar Untie Ila ni bercerita dan ketawa je dah boleh buat Mama ketawa. 
(Ila....sori lah kalau aku ter over comment pasal ko ek, hihihihi....)

Untie Ila sampai ke Bayou Lagoon dalam pukul 9 pagi macamtu bawa 2 orang anak dia yang super comel. 
Yang ayu je pakai suit pink tu namanye Ayya...sebaya dengan Hakim. 
Yang bogel bertoncet rambut tu namanye Airel.
 ( Ila, ingat tak 5 years ago... time raya AidilFitri kat rumah parentaku,  kita berdua berdukacita sebab lambat dapat anak. Tak sangka sekarang anak ko dah 2 kan!)

Akhirnya Hakim tak lah bosan sangat buat homework and main sorang-sorang.  
Mujur juga kat Bayou Lagoon Hotel ni ada water park, seronok lah anak-anak ni main air while si emak dok gossip hal kawan sekolah and family memasing. Hihihihi....
Hakim, Ayya and Airel.

Happy dapat jumpa sahabat lama. Sempat lagi selfie okay......
Berendam tak lama pun, dalam pukul 12 dah bersiap mandi dan berkemas. Pertemuan tu walaupun singkat tapi Mama rasa happy sangat. Hopefully kita dapat berjumpa lagi ye Ayya and Airel.  

Tup tap tup tap ..... pukul 1 petang tu Papa sampai bilik, tak sempat berjumpa dengan kawan lama. 
Petang tu pukul 3.30 petang acara sukaneka pula. Mama tak joint pun. Just tengok dari kejauhan je. 

Acara kutip gula-gula




Sukaneka dalam dewan je so tak panas & tak risau bila anak-anak berlari ke hulu ke hilir. Group papa dapat no 8 daripada 9 group. Haiyaaaaa....macamana ni boleh kalah daa......

Lepas sukaneka tu kita teman Papa kejap main Polo air. 
Kali ni bangga sikit sebab group papa menang! Yeayyyy!!!


Lepas semua acara sukaneka & polo air tamat barulah Papa teman Hakim mandi manda kat waterpark. Masa ni Mama memang tak main air, cukup lah pagi tadi dah berendam dengan Hakim & family untie Ila.

Sabar tunggu Papa main polo air  sebab  Hakim nak main kat waterpark.

Pagi petang main air. Tak jemu ke Hakim oiiiiii.......

Malam tu kita ada dinner besar-besaran. Mama pick no batch stick no 21 untuk lucky draw. Mama choose this number sebab bithday Hakim kan 21hb.... Ada rezeki dapat lah kita hadiah ye Hakim.

Lucky draw dapat hadiah frame. Thanks PTM  :)


Last day.... After breakfast kita bersiap kemas nak check out balik ke KL. 
Tak tunggu lunch sebab nak cepat ke Zoo Melaka sementara cuaca tak panas. 

Time nak balik ni memang haru biru pasal kunci kereta hilang!!!!
Siap check out baru perasan kunci kereta tak ada. Satu hal pula Papa kena minta kunci bilik and check semula bilik kot kunci tercicir kan. Mama pula kena lah kumbah beg-beg baju kot ler kunci tu masuk dalam luggage or plastic baju kotor kat lobby hotel ni. Phewwww!!!  



Punye lah memunggah akhirnya jumpa kunci tu di beg yang terakhir.
 Serius! Tak terfikir langsung kunci tu masuk dalam beg tu. Nak tau beg apa? 
Nampak tak beg yang kat belakang Hakim yang colour cream ada polka dot tu? Kat situ lah duduk kunci kereta. Padahal beg tu beg isi telekung je . Tah siapa & bila pula Mama & Papa dok letak kunci dalam tu. Sian Papa berpeluh-peluh mencari kunci, nasib baik jumpa kalau tak tau lah macamana. 

Hakim biasalah, mana tahu Mama and Papa ni tengah susah hati. 
Yang Hakim tau sekarang ni nak ke Zoo. Kunci ade ke takde.... bukan kesah pun. 
Hai lah anak.....


~~~  Percutian jadi tak meriah bila Papa demam. Get well soon Papa.~~~

2 comments:

  1. tq mama , i zuha , drop in your blog while searching about bayou hotel melaka.....nice pic and tq for info sharing about thisplace.....www.azuhaidris.blogspot.com

    ReplyDelete