Friday, 20 June 2014

Asik perangat je...Elok buat serunding pon sodap!

Adat Melayu...adat bersaudara
bila kenduri selalunya Tuan Rumah akan bekal kan lauk untuk tetamu bawa balik. Biasanya lauk macam ni Mama akan perangat untuk makan next day. Tapi kekadang Papa pandai jemu makan lauk yang sama so kali ni lauk daging yang kita dapat dari Nenek Ngah tu mama tukar jadi.... SERUNDING DAGING!!!


Sedap kan serunding makan dengan nasi putih panas-panas. Ni dah nak masuk bulan Ramadhan ni biasa ramai yang dok promote serunding. Biasalah lauk serunding ni paling mudah buat lauk time sahur.
Macam-macam jenis serunding ada but bagi Mama serunding daging lebih sedap.



Biasanye menu daging kenduri ni orang akan masak gulai daging, kari daging, sup daging dll.
Pendek kate kalau lauk kenduri ni most of time orang akan masak daging tu berkuah.
Muai… lebih dapat banyak daripada goreng berlada or buat rendang.

So kalau dah berkuah tu kebanyakkan nya akan masukkan potato or sayur.  Jadi kaedah awalnya kita kena asing kan dulu segala jenis sayur yang ada dalam lauk tu.  Asingkan semua kentang or tomato yang ada dalam lauk. Kalau ade tulang daging…sila buang. Hanya tinggal kan daging sahaja. No need to basuh pun daging tu.

Then…. sedia maklum kan yang lauk daging kenduri ni sure potongan nye beso-beso. So macam Mama lebih suka siat siat je daging guna garfu. Kalau rasa dapat part liat tu jangan pening-pening. Guna je gunting untuk potong gading tu jadi ketulan or cebisan yang lebih kecil ikut kesukaan Hakim.

Lepas tu boleh perangat kan daging yang dah disiat tu dalam kuali dengan api sederhana, jangan lupa tambah sedikit air or santan dalam daging tu. Macam Mama buat ni just tambah air je sebab lauk asalnya gulai lemak. Kalau rasa lauk tu kurang pedas, time perangat ni Hakim boleh tambah cili blender. Tambah kan juga sedikit jintan manis yang dah ditumbuk halus. Bila dah agak pekat sebati cili dengan daging tu, boleh lah tambahkan gula. Biasalah…serunding ni kalau tak manis tak sah. Bila kena manis dan pedas tu yang syok makan. Tapi kalau memang dapat lauk rendang lagi senang nak jadikan serunding.


Time peangat tu bila dah agak-agak kering make sue jangan tinggal kan kuali tu keseorangan di dapur. Hakim kena sentiasa kacau daging tu to make sure serunding tak hangit. Kacau sampai texture daging tu cukup kering. Sebab kalau tak kering nanti cepat naik kulat. Kita buat serunding ni bukan untuk jual kan so memang tak guna bahan untuk kasi serunding ni tahan lama. Biasanyakalau macam kuantiti bawah ni boleh lah tahan 3 ke 4 hari macam tu.



Lebih kurang macam tu lah serunding express yang Mama boleh share dengan Hakim. Ingat...jangan membazir makanan.  membazir tu kawan Syaitooooon. 

No comments:

Post a Comment