Saturday 10 May 2014

Ubat & Supplement untuk tingkatkan kesuburan Mama & Papa. InsyAllah...


Time Mama and Papa jumpa Doktor Sarah binti Abdul Mubarak di HKL 
haritu, semua result ujian darah, FBS test (gula), HSG test & semen analysis diberitahu satu persatu.  

Before discan rahim Mama (mama ada share entri sebelum ni), 
Dr Sarah minta Mama buat UPT sebab dah delay period. But Mama 
dapat rasa result UPT sure -ve sebab hal-hal period delay ni memang dah perkara biasa sangat
pada Mama yang mengalami PCOS ni.

But dah procedure kan, so buat je lah UPT test tu. Bukan kena bayar pun. Siap berniat tu...
kalau UPT positive nak puasa 1 hari. (kuasa Allah kan siapa tahu...kot pregnant ke kan)

Result:
1. Ujian darah : Normal
2. Ujian gula : Normal
3. HSG : Normal
4. Semen Analysis: Perlu tingkatkan bilangan dan kepekatan semen.

So diakhir sesi treatment Doctor Sarah supply kan Mama & Papa supplement kat bawah ni. 
Untuk Mama semuanya FREE but untuk Papa kena beli sendiri. 

Asid folic (tablet 5mg) untuk 5 month, Dr Sarah suruh start makan dari sekarang sebiji sehari. 
Duphaston (10mg) tu 5 biji untuk 5 hari untuk keluarkan period.

 In case period,  just go on je asid folic tu. Sempat juga Doktor Sarah tu berseloroh...
" kot u pregnant nanti no need datang sini tau. Boleh pergi mana-mana
sopital or clinic kat tempat U je." 

Hihihihi...amin....
mana tau masin mulut Dr Sarah, dapat lah Mama pregnant normal.
Tak yah lah canok tunggu appointment lama-lama kan bulan June nanti. 

Supplement & ubat: Mama and Papa




Supplement untuk Papa tu kena beli sendiri di Farmasi Komuniti UKM kesihatan.
Peta lokasi boleh tengok kat photo atas ni.   Erm dekat je farmasi ni, located dalam HKL tu juga. Lunch hour pun buka. Harga Surbex tu RM35.90 (30 biji)  & Tribeston tu pula lebih kurang RM85 (30biji).  Bekalan supplement untuk Papa tu kena makan sebiji je sehari selama sebulan. Bila habis boleh beli lagi sebab kena maintain makan sampai at least 3 month. 

Doktor kate, Tribestan ni mengandungi ekstrak herba yang mana dapat membantu mempertingkatkan kuantiti and quality sperm. Manakala Surbex Zink tu pula suppliment untuk kesihatan prostat. But bila Mama tengok contains Surbex tu bukan saje ade Zinc...macam-macam vitamin ada. Vit B pun ada. So elok juga bila Doktor suruh Papa makan ubat ni. All in 1 tablet., bagi Papa lebih sihat dan bertenaga.

Ha...yang kat bawah ni x-ray film rahim Mama time HSG last month.
Film ni Dr Sarah bagi bawa balik and kena simpan sendiri.

Anak ku Hakim...
5 tahun lalu kamu stay nyonyot jari dalam rahim Mama ni lah. Hiccup siang malam dalam ni lah...
Mama ingat lagi saat Mama usik-usik siku Hakim time Hakim dalam rahim ni. Bahagianye rasa...   :) 


Tak ada apa yang pelik ye sayang. Di situ lah kamu membesar hingga your weight up to 2.3kg.

Selain supplement & ubat yang Dr Sarah bekalkan. Mama still consume GLA, Vitamin C dan
 ESP Shaklee.  Mama harap dengan ikhtiar Mama & Papa serta doa yang tidak putus dari Ato & Jida akan membuahkan hasil. 

~~~ Waiting till June 2014 for next appointment. 
Hopefully Mama lose some weight & result Pap Smear & Pupil Test Normal~~~

7 comments:

  1. Akak doakan semua yang terbaik utk Wani & Edi.

    ReplyDelete
  2. thx kak farah, ikhtiar selagi boleh. :) Senyum kena selalu ~~~~~~

    ReplyDelete
  3. salam kak. nk tny, tribestan tu boleh beli di mana? farmasi biase ade jual x? or farmasi tertentu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. not so sure lah kat farmasi ada ke tak. supplement kan, rasanya ada kot.

      Delete
  4. Minum ubatnya pagi atau malam hari baiknya..mohon info..trimakasih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, sy tgh mk pill perancang utk regular kan period bole sy mkn ubat DUPHASTON

    ReplyDelete