Friday 28 March 2014

Mari kita berkenalan dengan Allah, Sayang!


Buku untuk semua.

'Jika anak-anak tidak dilatih semasa kecil, maka ibu bapa akan letih semasa mereka dewasa'
- Profesor Hamka

Betul! 
Memang betul... Mama setuju statement Prof Hamka tu. Mama sendiri rasa makin hari makin canggih teknologi yang boleh menyebabkan cabaran membesarkan anak menjadi semakin kompleks. So pendedahan pendidikan Islam terutama penerapan akidah sangat penting dititik beratkan kepada anak sejak kecil lagi.

Buku ini turut berkongsi tentang antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang ayah sewaktu anak baru dilahirkan iaitu melaung kan azan atau Iqamat di kedua belah telinga anak.
 (Alhamdulillah...Hakim punya Papa untuk mengazankan Hakim saat Mama melahirkanmu sayang)

Hikmahnya: 
Dengan izin Allah, anak tidak akan diganggu oleh syaitan yang digelar Um Sibyan.

Mama sangat suka dengan cara penulis mentafsir makna bait azan tersebut yang di gambarkan sebagai Kuasa Keramat Minda (KKM).

1. Tiada tuhan melainkan Allah - Itu pegangan kita
2. Muhammad itu pesuruh Allah - Itu cara hidup kita
3. Marilah menunaikan solat - Itu strategi kita
4. Marilah menuju kejayaan - Itu matlamat kita
5. Allah Maha Besar - Itu pergantungan dan talian hayat kita

Teknik mudah follow up KKM.
1. Mendodoikan anak denganzikir-zikir yang mengingatkan anak dengan kalimah Allah.

2. Berselawat ke atas Nabi and TUKAR daripada;

"Ustaz tu kata, kalau kita...."

kepada

"Ustaz tu kata, Nabi Muhammad ajar..." 
or
 "Kata Nabi Muhammad, kalau kita..."


Lama-kelamaan anak akan terbiasa dengan apa yang dikatakan oleh Nabinya. 
Dengan harapan apabila anak terbiasa merujuk apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW,
 anak ini kan menjadikan Nabi Muhammad sebagai ikutan untuk nya memilih cara hidup.

3. Jadikan alam semula jadi dan anggota tubuh badan sebagai modul pertama ilmu aqidah.
Kaitkan dengan Allah melalui ayat yang mudah.

Gear 1 ( Dari bayi)

Sentiasa menyatakan pada anak tentang Allah Maha Pencipta. Contohnya;

"Wah...cantiknya star di langit. Semua star Allah yang cipta"

"Ini mulut. Allah jadilkan mulut supaya Mama boleh cium Hakim"

"Ini kerusi. kerusi diperbuat darpada kayu. Kayu datang dari pokok. Allah yang cipta pokok"

Gear 2 ( Anak Dah Pandai Bercakap)

Ayat penyata berubah menjadi ayat tanya.

"Lihat bintang tu. Cantik tak? 
Siapa jadikan bintang tu sayang?

"Subhanallah, 
comelnya anak Mama ni, Pipi gebu putih. 
Siapa yang jadikan anak Mama yang comel ni?

"Best tak jalan-jalan? Kalau Papa tak kerja kita tak ada duit nak jalan-jalan. 
Untuk pergi kerja Papa kena sihat dan kuat. Siapa yang jadikan Papa sihat dan kuat?

Setiap penyataan dan persolan itu dikaitkan dengan Allah.
 Lama kelamaan akan tiba saatnya terlintas dalam fikiran anak.

"Mama Allah tu siapa? 

Mana Allah???"

Its happen!
Hakim mula tanya Mama Mana Allah masa tu Hakim baru berusia 3 tahun. Situasi dalam kereta dalam perjalanan hendak pergi breakfast di Bandar Baru. Masa tu Mama memang tak bersedia untuk menjawab soalan tu. Mama pandang Papa yang sedang drive. Mama cuma boleh kata... Allah ada. Allah nampak Hakim tapi Hakim tak nampak Allah. Itu je yang Mama mampu inform pada Hakim. Papa yang sedang drive pun mengiakan kata-kata Mama supaya Hakim percaya. Masa tu Mama terfikir bahawa Mama perlu banyak membaca, Mama sedar mama cetek ilmu. Alhamdulillah jumpa buku ni sekurang-kurangnya dapat membantu Mama dalam mendidik anak sekecil Hakim mengenal Allah.

Sebanyak 17 persoalan anak kecil yang cuba diterangkan dengan seringkas mungkin oleh buku ini. Walaubagaimanapun hanya beberapa persoalan yang Mama tertarik untuk dikongsi disini. Mama harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua orang termasuk Hakim. 

SOALAN 1: 
MANA ALLAH?

1. Sentiasa jawab dengan ringkas.

"Allah ada."

"Allah dekat dengan kita. Kita tidak nampak Allah tapi Allah nampak kita. Allah ada"

Kaitan ANGIN.


"Mestilah tak boleh sebab tidak semua benda kita boleh pegang. Walaupun kita tak nampak angin, kita tau angin ada sebab kita rasa sejuknya angin. Sama juga dengan Allah, kita tak nampak Allah tapi Allah ada"

Jawapan kurang sesuai
"Allah ada di langit."
"Allah ada dimana-mana"

Kenapa tak sesuai? 


Sebab anak akan mula berimaginasi dan bertanya jika naik kapal terbang boleh nampak Allah? Allah tinggal di langit? Allah ada banyak? So paling mudah, pasak kan diminda dan hati anak kecil bahawa Allah itu Ada. 



Objektifnya :
supaya anak kecil kita tidak akan sibuk mencari "tempat Allah" sebab dia tahu dia tidak nampak Allah. Bagaimana mahu tahu kalau tak nampak Allah kan.  :)

Selesai 1 bab...

So sekarang beralih kepada soalan cepu emas .
Soalan yang perlu Mama tanya pada Hakim setelah Hakim yakin dengan jawapan Mama. Which mean bila anak kita dah confident yang Allah itu ada. Mana je pergi anak akan kaitkan dengan kewujudan dan Allah itu power, Maha Pencipta. Apa soalan tu ye? Ha....penulis kata cuba tanya anak soalan ni.

"Mahu jumpa Allah?"


Jika jawapannya

 "Ya! Nak!"

Inilah masa yang sesuai untuk parents salurkan ilmu tentang Syurga, Neraka, 
kewujudan malaikat Raqib and 'Atid. 

(selesai Mama baca bab ni memang Mama terus praktikkan hal berkenaan 2 malaikat ni. Alhamdulillah terkesan. Hakim asik sebut malaikat Raqib setiap kali kalau buat something yang best2 macam tolong Mama angkat mainan yang bersepah dilantai. Tapi...Hakim selalu tersasul panggil malaikat 'Atid jadi Atif. hihihihi.... Lain ye sayang....Atif tu sepupu kamu. hai lah anak....)

Empat (4) applikasi memberi jawapan yang boleh digunakan untuk mengenali Allah kepada anak;

1. Jawapan melalui contoh (macam cerita pasal angin atas tadi)
2. Aktiviti
3. Fakta
4. Penceritaan





Surah Al-An'am ayat 76-79
Ayat di atas mengisahkan Nabi Ibrahim mencari tuhan dengan menggunakan akal fikirannya dengan memerhatikan alam sekitarnya.


Kadang-kadang soalan anak sangat mencabar.  
Jika soalan anak tidak dapat dijawab contohnya jika anak tanya muka Allah macam mana? 

Sematkan dalam diri anak bahawa Allah tak sama dengan kita. 
Kata kan pada anak 

"Kalau nak jumpa Allah, nanti dekat syurga la... Mesti jadi anak yang baik baru boleh jumpa Allah. Hanya orang yang masuk syurga je boleh jumpa Allah"

SOALAN 5 :
 DALAM SYURGA ADA APA?

Semat kan dalam dada anak bahawa dalam Syurga ada banyak hadiah daripada Allah. 
Allah telah menyediakan banyak hadiah untuknya di Syurga. 
Mudah-mudahan itu menjadi motivasi bagi anak melakukan perkara-perkara yang Allah suka.


SOALAN 6 : 
SYURGA ADA 7?

Dalam bab ini penulis  share cara untuk kita kenalkan Malaikat Raqib and "Atid. 
Malaikat yang akan merekodkan setiap amal baik buruk.

Katakan pada anak bahawa Allah tengok apa yang malaikat Raqib tulis. Allah sediakan banyak hadiah di syurga sebab malaikat Raqib tulis banyak kebaikan yang anak telah buat.



SOALAN 8:
 KENAPA UMMI SOLAT BANYAK-BANYAK?

Bagi ibu bapa yang mahu anak kecil terdedah dengan kewajipan solat, mereka akan membiasakan anaknya walaupun masih di dalam buaian untuk sentiasa hadir sewaktu si ibu atau ayah sedang mendirikan solat. Maka bila anak sering tengok kita solat pasti soalan ini timbul.  
Apa antara jawapan yang boleh kita jawab ye?

"Bila Mama solat tandanya Mama sedang bercakap-cakap dengan Allah. Kalau Mama cakap banyak-banyak dengan Allah nanti Allah pun sayang mama banyak-banyak."

SOALAN 11 : 
KENAPA UMMI TAK JAWAB?


Apa yang perlu kita buat?
Selepas solat peluk lah anak. Jangan diherdik atau pukul. 
Terangkan kepada anak biar terisi akal logiknya. 

Mama: kalau Mama sedang bercakap dengan Papa, boleh ke Hakim bercakap juga?
Anak: Tak boleh Mama
Mama: Kalau macamtu sama juga bila Mama sedang solat. Mama sedang bercakap-cakap dengan Allah. tak boleh kacau. kalau anak nak cakap dengan Allah juga. anak solatlah dengan Mama.

Baguskan cakap macamni daripada kita marah or cubit anak yang asik meleset kat kita time solat.

(memamng tak dinafikan ada masanya Mama akan marah Hakim bila Hakim mula panjant belakang Papa time solat. Baring depan Mama and Papa time kami nak sujud. Kadang-kadang nak tergelak juga bila tengah solat Hakim dok baring depan sejadah lepas tu senyum-senyum pandang Mama sambil mulut komat kamit agaknye tiru Mama sebab nampak mulut mama terkumat kamit baca surah gamaknye. Hihihihihi....
 Hai lah anak.... tapi lepas Mama buat bacaan tahu lah Mama bahawa cara Mama salah. Alhamdulillah masih tidak terlewat Allah bagi ilmu pada Mama melalui bacaan buku ini)


SOALAN 15: 
TAK BOLEH JADI ANJING?








SOALAN 17 :
 MAHU TAHU MACAM MANA NAK JUMPA ALLAH?

Subhanallah... 
terkejut Mama kalau Hakim keluar statement macamni. 
Erm... tapi memang tak ada yang mustahil kan kalau seorang anak akan berimaginasi and tanya soalan ni. 

Peringkat ini penulis menyatakan bahawa sudah tiba masa bagi parent menerangkan pula pada anak tentang 7 dosa besar di sisi Islam yang mana salah satu daripadanya adalah membunuh diri.  Penulis kongsikan nasihat bahawa jika parents diaju soalan yang sebegini jangan lah risau dan perlu bertenang. Perents perlu cari penyelesaian dan bukan lari daripada soalan anak-anak.


Sebenarnya banyak sangat  tips dan ilmu berguna yang penulis share melalui buku ini. Mama rasa semua parents perlu ada buku ni. Bahasa yang digunakan mudah. Ilustrasinya pun comei-comei.  Most of ayat yang Mama kongsikan dalam blog ni Mama ambil dari buku ni. 

Thanks to writer, Pn Nur Khairunnisa Iskandar kerana berjaya menyalurkan dan berkongsi pengalaman beliau dalam membesarkan anak-anak. Moga anak-anak kita soleh & solehah.  

~~~ Ajar anak.... ajar juga diri sendiri~~~~
















2 comments:

  1. Bestnya buku ni! Very useful! Akak pun nak baca gak...

    ReplyDelete
  2. seronok kak baca buku ni. Banyak lg cara penulis hare dlm buku ni.

    ReplyDelete