Pagi-pagi morning
Papa gerak kita bangun sebab nak bawa kita jalan-jalan katenye.
Papa kata nak bawa kita pergi One Utama (OU) sebab nak
tolong Mama cari ‘barang’. Huh!!!! Biar betul Papa ni. Jarang sangat dapat dengar Papa yang suggest keluar sebab nak cari
‘barang’ Mama. Takpe…. Kalau Papa dah cakap macam tu, kita ikut kan je. Hihihi…barang ape agaknye ye…jeng jeng jeng…..
Kalau dah ke OU tu makanya terus lah ke GSC….kot ade cartoon
menarik kan so boleh santai-santai sekali. Sayangnya seat paling depan je yang
tinggal so kita terus ke TGV…erm…sama juga. Tinggal 2 baris depan je yang
vacant. Malas nak tunggu 3-4jam…makanya Papa proceed tengak The Lego Movie kat
TGV. Mendongak pun mendongak lah…apa boleh buat kan. Hopefully movie ni best
lah ye.
Best best best!!! Serius best! Lagu tema nye pun sangat lah awesome!
'everything is awesome. everything is cool when you’re part of the team'
Tengok movie ni teringat zaman Mama kecik-kecik dulu. Main
Lego… Sambung sana…sambung sini. Seronok main Lego ni. Sampai lah sekarang ni… untuk
Hakim pun Papa ada belikan Lego. Sebakul (itu baru blok/Lego belum masuk lagi 2
– 3 bakul mainan lain) tu…kalau main menyepah memang menggeramkan hati Mama. Belum
campur dengan hadiah Lego/block dari Mak Ngah lagi. Phewww!!! Panas hati
dibuatnye. Rasa nak buang pun ade bila Mama terpijak mainan Hakim tu.
Actually, movie ni tentang Emmet , seorang pekerja binaan
biasa yang dianggap sebagai Master Builder yang boleh menyelamatkan dunia dari
cengkaman lelaki kejam iaitu Lord Business. (hamboi ayat….hihihihi…)
Dengan bantuan dari
seorang lelaki tua buta namanye Vitrovius, seorang heroin namanye Lucy & Batman, Emmet akhirnya berjaya menyelamatkan
bumi.
Apa yang menariknya, movie ni
ala-ala tak logic,
Tak semena - mena space ship datang.
Tetiba bumbung bangunan tercabut…
Tetiba si ato’ tua
buta tu jadi hantu melayang-layang. Hihihihi…
Tapi itu lah Lego…nothing impossible.
Selagi ada imiginasi, selagi itu lah sesuatu yang baru itu boleh tercipta.
Mama suka dengan masej yang cuba disampaikan dalam movie ni.
Emmet tu boleh Mama samakan dengan Hakim. Seorang kanak-kanak suci yang tidak tahu apa-apa
tetapi suka bermain, explore & berimaginasi.
Lord Business tu pula …Mama
& Papa. Hihihii…
apa idaknye, Hakim baru nak main mainan. Dah keluar macam-macam arahan dari Mama & Papa.
“Hakim,main
jangan sepah-sepah” , “Hakim, main dalam
bilik je” hihihi…
macamana imiginasi anak nak berkembang kan.
(tetiba Mama jadi
sedar diri…kejam gamaknye Mama ni ye…)
Penangan Emmet....
Mama belikan Lego untuk Hakim. Sebijik Emmet. hihihii...
Penangan Emmet....
Mama belikan Lego untuk Hakim. Sebijik Emmet. hihihii...
Lepas tengok movie ni, Papa cakap nak bawa Hakim ke
Legoland,Johor. Wah… tahun ni hati Papa manyak baek woooo…. Balik ni Papa suruh
Mama buat kertas kerja. Kira costing & pilih date yang sesuai nak bercuti
ke Legoland. Tak kisah…part buat paper work untuk bercuti ni Mama sanggup OT
tanpa gaji. Hihihihi…
Oh ye… ape ek barang
Mama yang Papa nak carikan tu?
Movie dah habis ni… tak sabar pula rasa nak
tengok barang Mama tu.
~~~~ InsyAllah… Legoland, kami datang~~~~
No comments:
Post a Comment