Wednesday 12 February 2014

No Legoland...

Assalamualaikum Hakim....

Setelah dikira tambah tolak kali bahagi bagai, Mama & Papa rasa kita terpaksa delay dulu vacation ke Legoland. Mama dah search & tanya beberapa kawan Mama tentang Legoland ni. Most of them kata berbaloi kalau nak ke sana bila anak besar sikit. Pasalnya  semua benda kat sana ikut ketinggian. Rugi sangat kalau dah beli tiket mahal-mahal tapi anak Mama tak dapat enjoy sebab tak cukup tinggi. 

Erm…Hakim Mama ni dah lah comel cute kecik badan kan. Kang tak lepas ketinggian kang ada yang merajuk menangis kat sana pula nanti.

Then ada juga suggest kalau nak ke sana better terus ke Singapore, boleh ke Universal Studio. 
Erm… betul juga kan. Tapi dek kerana Papa cakap just boleh stay 1 night (pasal Papa sekarang super duper busy dengan kerja) so tak berbaloi lah nak ke Johor & Singapore kan. Dari sini nak ke Legoland, Johor pon dah makan masa 4~5 jam . So memang tak berbaloi. Erm…jadi macamana ye? Tak kan nak cancel  vacation. 

No No No!!!

Hakim dah asyik cakap nak ke Waterpark je this week. 
So kena ada back up plan, end up Papa decide this weekend kita bercuti di Bukit Gambang Resort City .

Yeayyy!!!!





Itu dia… Papa setuju nak bawa kita ke Negeri Pahang, Darul Makmur .

Kat Bukit Gambang Resort City ni ada Safari Park (Day & Night) + Water Park. 

Bertuahnya kita di percutian kali ini sebab dapat  FREE UPGRADE resort dari Caribbean ke  Arabian Resort. Katanya bilik yang Mama amik tu ada construction so dengan rela hati dan gembiranya dapat lah kita stay kat Arabian dengan harga Caribbean. Hihiihi…. Suka suka!

Package yang Mama amik ni memang untuk 2 orang. Tiket untuk Hakim Papa akan beli terus kat sana. 

~~~~ Gambang...tunggu kami datang~~~


No comments:

Post a Comment