Safari & Water Park kat Gambang ni entrance nye dekat je, bersebelahan. Lebih kurang macam di A'Famosa Melaka, So apa plan kita petang ni ye Hakim? Erm.... petang ni kita ke masuk Safari Park dulu lah ye. |
Safari & Water park di Gambang. |
Sampai je kat Safari Park, Papa terus ke couter untuk beli tiket masuk Safari untuk Hakim sebab pakej yang Mama amik haritu just untuk Mama & Papa. Tiket tak mahal pun, boleh refer sini. Kalau budak tinggi kurang 90cm...masuk free.
Service stroller & wheel chair disediakan. Kot le nak sewa, RM25 je.
Ok...mari kita ketemu sama haiwan...
Seronok tengok Hakim focus tengok animal sepanjang menaiki tram ke laman safari. Owh..lupa nak bagitau. Sampai ke Safari Park tu kita naik lagi 1 tram. Itu charge lain pula. Tram yang akan bawa kita ke Simba Hills . Actually nak berjalan kaki ke sana pun boleh tapi dengan perangai Hakim yang nak berdukung tu. Surrender lah Papa, bayar je lah sorang RM1 untuk naik tram ke Simba Hills tu.
Sampai ke Simba Hills kita naik lagi 1 tram, tram yang akan bawa kita jelajah Simba Hills. Kita boleh tengok bermacam-macam animal macam tiger, lion, hyena dll dengan lebih dekat. Kat sini kita yang duk dalam kurungan (tram tu jadi macam kandang bergerak) bukan macam di zoo , animal duduk dalam kandang kita kat luar. Sini terbalik, kita yang dalam kandang. Hihihihi...
Naik tram Zebra lagi tengok animal. |
Our tour guide. Banyak juga info yang tour guide ni share sepanjang perjalanan dalam tram melawat para animal. |
Jiran tetanga satu tram. Budak-budak yang seronok. |
After selesai aktiviti jadi manuasia dalam kandang. Hihihihi… kita balik semula ke safari centre.
Sebab pukul 3pm ada ‘Animal show’ di Village Arena. Penat juga lah nak mendaki turun naik nak ke sana.
Papa paling kesian sebab mendukung Hakim.
Animal show ni biasa je dengan animal show di tempat lain. Tapi yang menariknya animal show Gambang ni, after selesai show pelawat boleh masuk stage & bergambar dengan animal yang buat show and its FREE!!!
Berdoyon lah pelawat yang masuk stage tu and kita pun amik peluang ni bergambar dengan some animal yang buat show that day. After the show kita sambung trip jelajah safari pula.
Animal Show |
Sesi bergambar |
Papa yang sangat berani. |
Hakim asyik nak berdukung. |
Pemandangan Water Park dari Safari Park. Meriah! |
Tup tap tup tap…tak sedar dah pukul 5pm.
Hakim dah mula merengek, mengadu sakit kepala & mata Hakim pun dah kuyu muyu. Tau dah…. mengantuk lah tu. So plan nak terus ke Waterpark petang ni terpaksa delay esok. Papa kata kita balik dulu ke bilik, rest!
Hakim dah mula merengek, mengadu sakit kepala & mata Hakim pun dah kuyu muyu. Tau dah…. mengantuk lah tu. So plan nak terus ke Waterpark petang ni terpaksa delay esok. Papa kata kita balik dulu ke bilik, rest!
Hakim kepenatan. Sampai bilik just cuci muka & kaki pastu tidur berpampers.
Yup! Masih berpempers (time tidur je)
~~~~ Malam ni kita jelajah Jungle Night di Safari Park pula ye Hakim. Hari ni beruntung sebab tiket tram untuk Hakim tak perlu bayar, FREE. Kakak Safari kasi lepas. Thanks kakak safari :) ~~~
No comments:
Post a Comment