Tuesday, 25 February 2014

Proceed dengan Shaklee

Lepas 2 hari makan Duphaston. Pagi tadi baru perasan kan 3 botol 
 Shaklee kat dapur. Actually sejak kena makan Duphaston ni Mama was-was nak makan Shaklee. 

Risau akan menjejaskan treatment. Time kaunseling aritu lupa pula nak tanya nurse sama ada boleh ke Mama continue makan Shaklee ni. 

Kalau tak makan rasa membazir lah pula kan. So Mama terus Wassap kawan Mama, Dr Oyin. And dia cakap...ok boleh teruskan  makan GLA, ESP & Vitamin C tu. Sebab semua tu supplement sahaja.

So Mama decide habiskan juga Shaklee ni sebab tak banyak pun balance yang tinggal.

 ~~~ Kecik-kecik dulu, Mama ni penakut makan ubat. Dah beso panjang ni
banyak pula ubat kena makan.~~~~~


Friday, 21 February 2014

First Appointment @ Unit Perubatan Reproduktif, HKL

Actually sampai di klinik infertility , Hospital Kuala Lumpur, Mama dah imaging 
yang kita kena tunggu laaaaaaama-lamaaaaaaa. Paling kurang nak tunggu jumpa doktor amik time 2 jam.

Tapi tanggapan Mama salah. Dalam klinik ni tak de ramai patient & tak ade sistem number pun.  Bila dah jumpa bilik fertility ( unit perubatan reproduktif) ni terus je bagi surat refer yang kawan Mama bagi pada nurse. Then tunggu dalam 10 minit camtu terus nurse panggil untuk buat blood test & of couse kena buat juga urine test.

As record, time datang ni bukan datang kosong je. Mama kena bawa surat nikah. Untuk process fertility ni Mama & Papa akan di examine kan. Masa Mama & Papa kena amik darah tadi, Hakim pun masuk sekali. So Mama kena bertabah time nurse tu cucuk Mama, harus lah tunjuk brave & strong depan Hakim kan. (tapi dalam hati..... mau nangis!)

Register kat sini, Unit Perubatan Reproduktif.
 Bilik ni agak tersorok/terlepas pandang. Rajin-rajin bertanya kalau tak nak sesat jalan.

Lepas register kat bilik atas ni, nurse minta Mama & Papa ke bilik 14 (untuk pengamabilan darah) , lepas tu Mama kena buat urine test. Wajib test untuk dapatkan slip/pengesahan tidak hamil. Hakim pun masuk sekali bilik pengambilan darah. Dup dap juga lah 



Tempat test blood dengan urine ni kena buat di blok lain. Jalan kaki je ke sana.

Huhuhuhu.... nampak dak result urine tu?


After amik urine, kita just tunggu  dalam 5 minit macamtu untuk dapatkan 
slip result untuk disubmit ke bilik register tadi.

As  expected, Negative.
So proceed lah for fertility process. 


Peneman.....Sabar menunggu.
So bila result urine dah dapat. Sample darah Mama & Papa pun dah di ambil.   
Sesi kaunseling  dan soal jawab antara Mama, Papa dan nurse bertugas bermula. 
Macam-macam soalan ditanya termasuk soalan 18SX. Kemudian barulah nurse tu bagitau secara ringkas apakah method fertility yang mungkin Mama akan jalani. 

Oleh sebab Mama &Papa dah ada Hakim, so normally pihak hospital akan benarkan Mama jalani  process IUI (Intrauterine Inseminasi) . 

Bagus nurse tu, friendly sangat. Penerangan yang diberi Alhamdulillah sangat jelas. Penerangan siap gambarajah.  Then nurse tu bagi Mama & Papa beberapa form kosong dah siap ditandatangani oleh doctor. Rupanya banyak juga step yang Mama & Papa kena buat before boleh proceed to IUI. Setiap step tu bukan boleh buat the same day. 

Today, doktor hanya bekalkan Mama dengan  10 biji Duphaston untuk dihabiskan dalam 5 hari. After that, in a week after habis makan Duphaston tu Mama akan dijangka period.  Then hari ke-2 period, perlu datang semula ke HKL untuk buat ujian darah sekali lagi. Kena bawa form tulisan hijau yang ada tulis D2. No need que, just ke tempat yang sama tadi & buat ujian darah, sekaligus buat ujian gula dalam darah sekali. So 2 forms Mama kena bawa for next appointment nanti and hari ke-2 Miss Peri tu Mama kena puasa sebab nak buat ujian gula.


Setiap helai tu merupakan step/ process yang diperlukan untuk ke IUI. 


Mama start makan malam 21.2.2014. Perlu makan sehari 2 kali. 


Lepas selesai sesi kaunseling bagai, kita ke bahagian kecemasan HKL pula sebab nak buat appointment untuk X-ray-HSG.  Terpaksa tunggu till  2.45pm sebab kaunter X-Ray dah tutup untuk rehat & solat Jumaat. Papa decide tunggu till counter buka sebab bila lah lagi nak ke HKL lagi untuk set appointment ni kan. Erm…merasa lah Papa solat Jumaat kat Masjid HKL, kita dua beranak setia menunggu dalam kereta. Sian Hakim teman Mama sampai tidur tertonggeng kat seat belakang kereta ye.

After solat Jumaat terus vroommm.... laju-laju kita ke X-ray unit. Hihihihi…
Laju camne pun dapat turn no 2 juga.  Tapi tunggu tak lama pun, staff kat sana bagi Mama form & atas nasihat doktor di unit tersebut, mereka bekalkan Mama ubat Prednisolone siap-siap.  Ubat tu dibekalkan sebab Mama ada history demam panas masa Mama age 2 tahun.

 Staff tu kata untuk HSG ni special sikit, appointment mesti dibuat pada hari ke-8/9 period. So day 1 period tu Mama kena call terus X-ray unit ni untuk slot kan nama Mama. (soronok sebab no need que appointment lama-lama,hihihihi )

Menunggu no. giliran nak dapatkan appointment X-ray. No Mama 2002.... 

Tunggu day 1 Miss Peri datang, Mama kena call X-ray Unit untuk slotkan nama Mama dalam appointment hari ke 8/9 Period. Then time tu baru staff akan consult cara makan ubat ni.


Owh…satu lagi good new, Alhamdulillah sangat sebab today 1 cents pun tak de
 bayar pada HKL. Serius!!! Punya berjela kaunseling dapat, test urine & darah bagai but
 no money keluar. Then masa kaunseling tu Mama tanya juga pada nurse tentang kos rawatan IUI ni.

Ya Allah….terima kasih Allah. Cost for IUI di HKL ialah RM 0.00
Sebab Papa kerja dengan badan kerajaan, so  dapat FREE treatment.

Ya Allah…betapa besar RahmatMu pada kami sekeluarga. Yang penting Papa perlu
 sediakan GL untuk HKL ni next appointment.

Tapi kalau bukan kakitangan kerajaan berapa pula cost treatment IUI ni ek?
 Ha… dok nganga gak lah kan. Kot bertingkat-tingkat ke K nye.  
Berderet -deret le angka KOSONG nye.

Mama fikir kalau tak ribu riban bukan IUI lah namanye.

Mama: Berapa ye kos rawatan IUI ni?
Nurse:Kos rawatan IUI cuma bayar RM5 je Puan. Kalau kakitangan kerajaan FREE.
Mama : RM5 tu untuk register ke? Or sampai selesai IUI tu?
 (memang dok fikir yang nurse tu tak bagi total cost pasal murah sangat)
Nurse: RM5 tu sampai selesai IUI Puan.
Mama:   --speechless---

Murah kan.  Mama fikir dalam hati, tak pe lah. Kot Papa tak buat GL pun Mama tak kisah.
 Kita bayar je cost RM5 tu ke HKL . 

Malam ni bermula lah sesi makan Duphaston then Mama kena tunggu je Miss Peri datang untuk step seterusnya.

~~~Semoga perjalanan fertility kali ini dipermudahkan~~~










Wednesday, 19 February 2014

Fertility Treatment : This time at HKL pula.

WassApp jadi penghubung antara Mama dengan Dr Oyin.

Kali ni kawan sekolah Mama & Papa, Dr Oyin suggest untuk Mama & Papa buat
treatment kesuburan  di Hospital Kuala Lumpur sahaja. Erm...katanye HKL ni centre hospital untuk fertility.

Mama pernah cerita kan pada Hakim yang last year, 2 cycle period Mama on treatment untuk dapatkan ahli baru dalam family kita di Putra Medical Centre but.... tidak berjaya.

Habis beratus...beribu.... di private hospital... so ape salahnye try ke hospital gomen pula kan.
Sebelum ni bukan tak nak ke hospital gomen...masalah nak menunggu tu yang malas
& tak tahu nak mula dari mana.








Biasanye kita nak buat appointment kena jumpa doctor dulu then bawa surat refer ke hospital besar. Time tu baru boleh buat appointment. Kire Mama beruntung sebab ada kawan yang baik hati. Terus set kan appointement untuk Mama. 

Cuma tinggal tunggu masa nak jumpa pakar di HKL.

'Thanks so much Oyin. Saya akan try block this date, saye appreciate sangat pertolongan dari oyin'
Hanya Allah yang selayaknye mampu membalas jasa baik Oyin.


Apa yang Mama nak Hakim belajar dari situasi Mama di atas ialah,

Mama nak Hakim tahu sifat bantu membantu itu sangat terpuji. 
Mungkin Hakim tak akan dapat balasan baik dari orang yang Hakim bantu. Tetapi InsyaAllah ...Allah akan balas setiap kebaikan itu dengan cara yang lain.

~~~~ Jika ini cara nya.... Mama redha~~~

Bukit Gambang City Resort :: Day 2 (Water Park)

Good Morning Hakim.... 
Assalamualaikum.... bangun anak Mama. Kita nak turun breakfast ni.

Menu breakfast serius banyak choice. Nasi lemak, roti canai, noodle pula bermacam jenis noodle ada. Yang western punya pun samapi 2-3 stall Arabian Resort ni sediakan. 

 Memang banyak sangat lah menunya. Puas hati sangat! Mama bagi 4 bintang!!! hihihihi.... 
Walaupun tempat makan nya terbuka, tak ber aircond tapi selesa & tak panas. 
Yang penting menu wajib sedap...dan banyak pilihan. 
Terbaik...makan sampai kenyang!!!

Hakim tak mandi terus breakfast. 
For record, Mama nak share time nak breakfast tu supposedly Hakim kena bayar. 
Tapi pihak resort kata... FREE. Ishhh...free lagik? Untung nye badan. Agakny sebab badan anak Mama ni kecik molek ke depa ni ingat Hakim ni baby-baby?

 Erm...Mama inform kat depa yang Hakim ni dah 4 tahun...tapi depa kata...
'Tak pe...silakan masuk Puan'
Erm....makan je lah...Hakim pun bukan makan sangat. 
Telur 3/4 masak tu makan sebijik je & segelas fresh orange.

nom~nom~nom~nom
Burppppp... Alhamdulillah...

Siap-siap!!! 
Water Park , Hakim datang!!!
Hoooreyyyyy.....

Papa que nak amik wrist band  & beli tiket masuk untuk Hakim.

Muka budak tak sabar nak mandi kolam.  :)

Sampai Water Park ni pagi dalam pukul 10am macam tu. Itu pun dah mula ramai orang ...Mama rasa 
mostly yang atang awal ni yang stay kat resort.

Kolam untuk mandi budak-budak redup sebab pihak Gambang buat bumbung macam yang
 kat gambar bawah ni. Calor blue+yellow.

Mainan slide untuk budak-budak pun banyak disediakan. Puas lah main & tak perlu nak que or berebut-rebut sebab banyak slide disediakan.

Airnye.....sejuk! Serius!!!

Berbumbung... tak panas. Sesuai sangat untuk budak-budak.


Redup kan... sengeh Hakim dapat main air.


Slide yang boleh tahan panjang. Nampak tak kegembiraan di wajah hakim tu. Alahai....anak Mama.

Happy Forever... InsyAllah.


Ok, 2 photo kat bawah ni di ambil oleh crew Water Park. Beli lah juga photo ni sebab ini je gambar kita bertiga sekali dalam 1 photo bersama.  And photo Mama & Hakim ni pun 1 je time kita kat sini. 2 keping photo ni RM50. Mahal...tapi beli juga.


Papa pakai baju Langkawi... apa ni Papa, kita kat Gambang lah. 



Kita mandi sekejap je kat sini sebab pukul 12tghari nak check out bilik.
Tak puas rasanya mandi kat sini. Mama puji Water Park Gambang ni.... bagi Mama ,Waterpark Gambang ni adalah yang terbaik di Malaysia. Tapi apa boleh buat... masa mencemburui kita.  Barang tak packing lagi...moh kita balik bilik ye anak....

Dah nak balik. Bye bye camel. Bye bye Gambang...
On the way balik, kita singgah makan kat Warong Sinar Corner, Kuantan. Try juga cari kedai makan yang ada ikan patin masak doyan tempoyak. Tapi tak de rezeki, mostly kedai makan kat sini buka malam so kita makan je lah apa yang ada ye anak.

Nasib baik ade juga kedai yang buka.

Itu dia, siakap masak assam pedas.  Plus semua nasi+air+sayur +ayam untuk 2 orang cuma RM22.00 sahaja.
Teh ais kat sini sedap. Kat sini pon dorang panggil Teh Beng. 
Ingat kan kat Terengganu je panggil Teh Beng, orang Pahang pun panggil Teh Beng juga.


Ok Papa...perut dah kenyang. Drive carefully ye. Hakim nak sleep ni.
 Alhamdulliah....terima kasih to Allah.
Selesai sudah percutian singkat kita 2 hari 1 malam last weekend di Bukit Gambang Resort City . Suatu pengalaman yang menyeronokkan. 

Suggestion daripada Mama...
 untuk Safari Park, pihak Gambang Resort perlu ada penambahbaikan. Kena banyak kan lagi animal.  Maybe kalau nak bawa anak ke Safari Park for now lah.... better ke A Famosa, Melaka. But kalau nak ke Waterpark... di Gambang lah yang terbaik! 

~~~ Hakim, beringat esok awak tu nak pergi school. Jangan lah liat bangun pagi esok ye~~~~


Tuesday, 18 February 2014

Bukit Gambang Resort City: Day 1 :: Part 2 (Jungle Night)

Gambar blur due to camera yang tak berapa sanggih.  ;P

Safari Night. Here we come!!!

Ni first time mama & Papa nak bawa Hakim tengok animal malam hari. Destinasi yang sama iaitu d Safari Park. Cuma kali ni Papa decide kita naik kereta je. Tak nak naik tram sebab sure time balik nanti serentak dengan pelawat lain kan.

Tiket dah tak perlu beli dengan syarat wrist band yang petang tadi masih elok dan tidak
 ditanggalkan dari tangan. Jimat kan.... 

Sebelum kita tengok animal yang active pada malam hari, pihak Gambang sajikan kita dengan
 persembahan ‘Tarzan –Jangle Show’. 


Bingit juga lah show ni,  POM PAM! POM PAM! 
BENG sana BENG sini! dengan letupan bom dan senapang. 

Terkejut-terkejut anak Mama bila watak si jahat tu cuba nak tangkap & bunuh En Tarzan.  
After  the jungle show, kita disajikan pula dengan Fire Show.  Hebat orang Malaysia ni, bukan sahaja boleh makan masakan India, Chinese or Malay..api pon mereka ni boleh makan tau. Hebat kan.

Habis semua persembahan persembahan barulah kita ke kawasan Petting Animal & tengok animal yang ligat di malam hari. Tak banyak gambar Mama snap di Safari Night ni sebab Mama pun enjoy tengok & teman Hakim tengok animal yang biasanya tidur je di siang hari.

Tarzan Show. nampak tak Tarzan tengah bergayut? Heroin Jaen kena usik dengan orang jahat & orang jahat tengah nak tembak Tarzan? 
Pelakon 'Tarzan Show'...Persembahan menarik. Semua monyet, bear keluar. real bear & monkey tau. Cuma gorila tu je dorang guna maskot.

Hakim sempat bergambar dengan maskot gorila & Tarzan.Ttarzan tu comei je kan, macam budak-budak je. 






Biasalah....guna camera h/p je...so gambar malam memang confirm 'malam'. hihihihi....

Horse malam hari pun suka makan.


Fire Show... aksi bahaya. jangan ditiru.
Selesai show & tengok animal, kita kena lalu gift shop ni kalau nak keluar.
Pandai kan depa.... Papa cuma beli fridge magnet je buat kenangan.

Mama tau Hakim nak tu. Tengok je ye anak.....




Ok....jom kita keluar dinner. Dinner lewat malam, kita cari kedai kat luar je. Alhamdulillah, kat Gambang ni banyak juga pilihan nak makan malam.

kedai Seri Tom Yam. lebih kurang 5 minit dari Gambang Resort.


hakim sleepy ni Mama....


sampai bilik...ligat! Tak ngantu pula Hakim ni.

~~~ Selesai 1 chapter safari, esok kita ke Water Park pula. Yeayyy!!!! ~~~




Bukit Gambang Resort City :: Day 1 :: Part 1 Safari Park (Day)


Safari & Water Park kat Gambang ni entrance nye dekat je, bersebelahan. Lebih kurang
macam di A'Famosa Melaka,  

So apa plan kita petang ni ye Hakim?
Erm.... petang ni kita ke masuk Safari Park dulu lah ye.

Safari & Water park di Gambang. 
Sampai je kat  Safari Park, Papa terus ke couter untuk beli tiket masuk Safari untuk Hakim sebab pakej yang Mama amik haritu just untuk Mama & Papa. Tiket tak mahal pun, boleh refer sini.  Kalau budak tinggi kurang 90cm...masuk free. 



Service stroller & wheel chair disediakan. Kot le nak sewa, RM25 je. 

Ok...mari kita ketemu sama haiwan...  

Seronok tengok Hakim focus tengok animal sepanjang menaiki tram ke laman safari.  Owh..lupa nak bagitau. Sampai ke Safari Park tu kita naik lagi 1 tram. Itu charge lain pula. Tram yang akan bawa kita ke Simba Hills . Actually nak berjalan kaki ke sana pun boleh tapi dengan perangai Hakim yang nak berdukung tu. Surrender lah Papa, bayar je lah sorang RM1 untuk naik tram ke Simba Hills tu. 

Sampai ke Simba Hills kita naik lagi 1 tram, tram yang akan bawa kita jelajah Simba Hills. Kita boleh tengok bermacam-macam animal macam tiger, lion, hyena dll dengan lebih dekat. Kat sini kita yang duk dalam kurungan  (tram tu jadi macam kandang bergerak) bukan macam di zoo , animal duduk dalam kandang kita kat luar. Sini terbalik, kita yang dalam kandang. Hihihihi...

Naik tram Zebra lagi tengok animal.

Our tour guide. Banyak juga info yang tour guide ni share sepanjang perjalanan dalam tram melawat para animal.

Jiran tetanga satu tram. Budak-budak yang seronok. 
After selesai aktiviti jadi manuasia dalam kandang. Hihihihi… kita balik semula ke safari centre. 
Sebab pukul 3pm ada ‘Animal show’ di Village Arena. Penat juga lah nak mendaki turun naik nak ke sana. 
Papa paling kesian sebab mendukung Hakim.  

Animal show ni biasa je dengan animal show di tempat lain. Tapi  yang menariknya animal show Gambang ni, after selesai show pelawat boleh masuk stage & bergambar dengan animal yang buat show and its FREE!!! 

 Berdoyon lah pelawat yang masuk stage tu and kita pun amik peluang ni bergambar dengan some animal yang buat show that day. After the show kita sambung trip jelajah safari pula.


Animal Show

Sesi bergambar

Papa yang sangat berani.

Hakim asyik nak berdukung.

Pemandangan Water Park dari Safari Park. Meriah!

Tup tap tup tap…tak sedar dah pukul 5pm.
Hakim dah mula merengek, mengadu sakit kepala & mata Hakim pun dah kuyu muyu. Tau dah…. mengantuk lah tu. So plan nak terus ke Waterpark petang ni terpaksa delay esok. Papa kata kita balik dulu ke bilik, rest!


Hakim kepenatan. Sampai bilik just cuci muka & kaki pastu tidur berpampers. 
Yup! Masih berpempers (time tidur je)

~~~~ Malam ni kita jelajah Jungle Night di Safari Park pula ye Hakim. Hari ni beruntung sebab tiket tram untuk Hakim tak perlu bayar, FREE. Kakak Safari kasi lepas. Thanks kakak safari  :)   ~~~