Thursday, 2 January 2014

Jangan tertipu dengan DISCOUNT!


 Today Mama nak share pengalaman Mama shoping online yang Mama rasa  perlu dikongsi bersama.

Mama memang suka shoping online  especially semenjak ada Hakim, pantang tengok baju baby sure gatal tangan nak beli online. Dan Alhamdulillah so far bila beli secara online dapat deal dengan peniaga yang jujur. Kirenya selama ni tidak pernah ada hal yang negative bila berurus niaga dengan peniaga online ni. Masalah kecil yng tidak ketara seperti lambat reply msg, brg sampai lambat 2/3 haritu ada lah but selalunya mereka akan inform.

Tapi kali ni lain.... lain dari yang lain.

Kali ni Mama beli telekung online. Urusan jual beli kali pertama dengan peniaga ni.

Harga asal telekung: RM165
Discount: 10%

Berapa?

 malas nak kire lah tu...... hihihihihi
(Mama pun pada mulanye malas nak kire & mengandaikan nilai yang peniaga ni bagi sebagai BETUL!)

After less 10% , harga telekung yang di state kan  adalah RM149.

Helloooooo..... Betul ke????

Salah ye... amik culculator kire ye. 
After less harga sepatutnye  RM148.50   ....  bukan RM149.00 ye.


Beza tak banyak pun.... 50cents AJE.
Apalah sangat dengan 50 sen tu kan.

Tapi pada Mama, peniaga perlu telus. Kalau betul peniaga nak bagi discount 10% pada customer.Bagilah ikut figure yang betul. Kalau nak bundarkan sekalipun jangan lah sampai 50 sen.

Cerewet?
 Erm.... Mama akui Mama agak cerewet orangnye terutama dalam hal2  sopin menyopin ni. Al maklum lh...kita ni bukan orang kaya dan ketelusan urusniaga yang Mama titik berat kan.


Ada lah chit chat sikit between this pasal jenis kain telekung, 
alamat & no telefon bagai.... bla bla blaaa....


Dari bab less 10% melarat ke bab postage.

 Bab postage memang Mama akui tidak berapa mahir,  maybe betul peniaga ni mengalami kerugian sebab meletakkan harga postage RM7 sahaja.
Tetapi itulah harga yang peniaga tawarkan dari awal. So tidak sepatutnya peniaga argue dengan Mama tentang harga postage pula.


Berakhirnya kisah peniaga dgn pembeli yang cerewet. Cerewet ke? Duit tu......

Dari case ni Mama rasa as buyer kita kena berhati-hati di atas potongan harga yang peniaga tawarkan. Jika ada kesempatan, better calculate sendiri nilai discount yang ditawar kan sama ada nilainya betul atau tidak.

 Jika cuai maka pembeli akan membayar cost yang tidak sepatutnya dibayar.
Sebagai pembeli juga jangan terlalu obsess dengan sogokan discount. Selalu lah buat semakan semula. Jangan sampai terpedaya seperti Mama. 

Sayang....sebab Mama dah jatuh hati pada telekung ni dan hampir saja nak buat payment online. Mama juga akui memang telekung yang peniaga ni jual cantik2.

Jika peniaga or peniaga yang seangkatan dengannye ada membaca blog Mama ni...Mama harap sangat mereka lebih telus. Dan jika ditakdirkan Hakim nanti jadi peniaga...jadilah peniaga yang jujur. InsyAllah akan lebih berjaya.

Tujuan perkongsian ini bukan untuk memburuk kan peniaga online ye. Mama hanya nak kongsi pada Hakim bahawa dalam dunia ni ada bermacam ragam manusia. bermacam ragam strategi nak berniaga. 
Ramai peniaga online yang jujur...yang telus. Cuma sebagai pembeli kita WAJIB bijak memilih.

~~~ Customer not always RIGHT ~~~~ 


No comments:

Post a Comment