Saturday 28 December 2013

Cili Api Pedas Menyengat

Asal nak masak je , bahan utama mesti kena ade ialah cili kaw kaw!
Problem kalau nak makan tak pedas kan. Rasa macam kurang mengancam bila makan takde cili.
So stock cili memang kena selalu ade dlm fridge. (walaupun Mama ni jenjarang sangat nak masak, hihihi)
Kot nak masak senang benda dah ada. Tapi kalau takde tu yang payah pasal kalau nyopin lauk sometimes lupa nak beli si genit, 'cili api' ni.

Maka akan berlakulah adegen boring di rumah nanti;
Papa tengah rest sambil layan tv..tetiba Mama jerit dari dapur 
"Papa...tolong ke kedai beli cili api boleh? Cili api abis lupa nak beli tadi" Agak Hakim, nak ke Papa keluar ke kedai? Takde maknenye nak oi...  rela tukar menu daripada nak ke kedai beli cili api.

So Mama decide nak try tanam pokok cili api ni kat rumah. Senang kalau rasa nak mencili boleh petik je dari pokok. Tak payah risau nak pujuk2 Papa ke kedai dua kali round. Biasalah, siapa suka ke kedai 2-3 kali kan.


Ekor cili mencacak ke atas.

Pokok cili ni harganya RM4 je. Didatangi siap dengan cili yang dah boleh dipetik. Baguskan.  :)

Pokok cili api ni pun ada keluarkan bunga. Bunganya bewarna putih dan kecil je. Comel mcm Hakim   :)


Hakim ukur ketinggian pasu ngn tanah pokok.
Hakim dah pandai nak sukat tanah dalam pasu. Actually Hakim yang decide nak tanam cili ni dalam pasu instead tanam kat tanah. Good job Hakim, Mama harap pokok cili Hakim akan berbuah elok. Berbuah ke...bersayur ek? hhihii...

Hakim & Atif yang rajin nak tanam pokok. Alhamdulillah....
Atif pun seronok dapat joint Hakim tanam pokok. 
Erm...budak2 baya ni memang suka main tanah. Kalau ditegah lagi dimainnye tanah. So Mama rasa elok je kalau Hakim tolong Mama tanam pokok. Setidak-tidaknya mendedahkan Hakim dengan aktiviti luar dan menambah kecintaan Hakim kepada tumbuhan. 

Khusyuknye Atif dengar taklimat menanam pokok from Hakim. Hihihihi...
Setiap kali nak tanam pokok, Mama akan ajar Hakim untuk baca Bismillah time nak letak tanah & baja. Mudah2an Allah mendengar pujian kita dan memberikan hasil cili yang baik selalu.

Time Hakim nak letak tanah dalam pasu tu, Mama dengar Hakim cakap dengan Atif.

Hakim: Baca Bismillah Atip. Baru flower idup.
Atif: Bismillah hirrahman nirrahim. Idup!

Alhamdulillah...seronok rasa hati bila apa yang Mama ajarkan tu ,Hakim ajar pula pada orang lain.

~~~Kecil-kecil si cili padi...sungguh pun kecil panas berapi!~~~




No comments:

Post a Comment