Susah betul nak pilih preschool / tadika untuk Hakim. Banyak
hal kena amik kire sebelum Mama & Papa nak enroll Hakim ke preschool. So lepas dah buat research sikit baru Mama
come out dengan beberapa preschool kat area Sg Buloh ni untuk di site visit kan
last weekend. Motif Mama & Papa nak
hantar Hakim preschool dah citer kan aritu. So jom check out tadika mana yang
bakal Hakim attend next year.
1. Tadika Ar-Razi, Kuang.
Tadika ni dekat dengan simpang 4 Kuang-Kundang.
Betul2 kat tepi jalan depan Caltex Kuang.
Masa kita ke sana last
week memang takde buat appointment pun. Terus terjah! Hihihi… tapi pengetuanye
kasi juga masuk cuma tak dapat nak entertain kita lama lah sebab dlm tadika tu
tengah ada class cuti sekolah and pengetuanye sibuk tanye 2-3 kali dah buat appointment ke belom. Ade terasa gak lah dalam hati ni kan sbb pengetua dok ulang tanye benda yang sama pastu cakap pun nak cepat je. tapi tak salahkan pengetua juga sbb mayb dia busy kan time tu.
So pengetua tu cuma explain tentang yuran je, class
nye kita tak dapat tengok. Pengetua inform yang kekosongan setakat ni hanya tinggal 1-2 tempat je so kena cepat2 booking.
Booking fee RM100
and
non refundable okayyyy.
Yuran kat sini pon boleh tahan cuma bezanya buat 2 kali payment so tak lah nampak
macam ribu2 kan…padahal bila di accumulate kan , totalnye RM1000++ juga.
Total kena bayar before enroll RM1,505.00, pastu monthly bayar RM250.00 |
Tiga pat kali juga lah pengetua tu asik dok ulang
pasal tempat yg terhad, suh booking bagai.
Mama pun asik ulang je lah yang kita
ni nak survey dulu so tak dapat decide sekarang.
Aaaaiiihhhhh….letih gak nak
melayan kan.
Mama kasi rank 5/10 to Ar-Razi ni pasal tadika ni owned by org MELAYU
ISLAM & semua cikgunye Islam :)
Tapi yg tak syoknye tak dapat tengok class
sebab pengetua tu busy sikit that day tp dok push cakap tempat terhad banyak kali tak busy plak kan. Huhuhu…
Then
masalah safety pun ye juga.
Tadika ni mmg gated but location nye tu agak susah
nak dapatkan parking & kena cross
jalan kaki nak ke school. Bahaya…bahaya…dah lah kat situ banyak lori hantu. takut lah pula rasa nak cross jalan bawa Hakim sekali nanti.
2. Q-dess, Bukit Rahman Putra
Kat center ni ade offer swimming class! Best kan.
Hakim pun teruja bila tengok kat school ade swimming pool :)
Q-dees ni in gated area
sebab premis ni dalam residential area.( 2 story house at corner lot unit)
Masa buat site visit tu Qdees baru
selesai buat pertandingan mewarna katanya , sebab tu ramai juga cikgu2 nye time kita
dtg.
Kat sini penolong principle nye India, Mrs Jothi namanye. Cikgu2 nye ada
Melayu,Cina & India.
Kire preschool 1 Malaysia lah ni. Hihihihi…
Time visit aritu teacher kat sana kata kalau kita
register/booking in the same day akan dapat waive untuk bayaran baju sekolah.
Erm…pandai kan depa marketing. Tapi Mama & Papa tetap tabah sebab bukan
baju FREE yang kami cari. Kami nak cari yg boleh bagi quality education dalam membentuk
Hakim jadi insan cerdik yang berhemah! Hamboi ayat! Hihihihi….
Mama kasi 5/10 juga pasal kat sini every Tuesday ade
swimming class, lain dari preschool lain
kan. Besides,rasa secure sebab dalam gated area
& just kenderaan ada sticker Qdees
boleh masuk amik anak.
Masalahnye kat sini, Mama rasa mcm congested sangat
bila tgk classroom size bilik tidur tu nak dimuatkan dengan 15 student+1teacher.
Environment pula mcm agak gelap sikit.
Masuk premis & class pun pakai kasut. So rasa mcm tak bersih pula dok keluar masuk class
pakai kasut kan. Pastu nampak macam
penekanan pada ilmu duniawi tu lebih. Ada subject pendidikan Islam tapi pendek je
masanye dalam jadual harian. Hrm…
Mama dah conteng2 ngan pen. Mama kire2 total nk enroll dalam RM864.00. Then Jun kena bayar lagi RM370 for materials (half year). Monthly pula kena bayar RM265.00 |
Monthly bayar RM265.00 |
3. Brainy Bunch Islamic Montessori, TSB Sungai Buloh (BBIM)
Yang ni pula located at Tmn Teknologi Sg Buloh.
Baru
buka dalam setahun macam tu & berkonsepkan Islamic Montessori.
Dalam 3 tempat
kita pergi this week BBIM ni paling mahal yuranye.
RM1,100.00 setahun.
Tu belum masuk baju & event lain. Ada tnya juga
apa yuran sampai RM1,100.00 tu kan. Manager tu cakap include insurance
RM100/yr, stationary, books ect. Bila tanye lagi stationary & books sampai
1K ke? Yup…dia ulang lagi include books & stationary. Erm…mcm mahal sangat
pula 1k for books & stationary. Rasa better BBIM ni elaborate dlm yuran tu
RM1100 tu untuk apa so senang lah parents nak tahu ke mana duit tu dibayar & buat comparison dengan preschool
lain. Kan? Kan?...
Papa...kalau jadi masuk BBIM tolong satle kan RM2,120.00 ye. Pastu monthly RM300. |
Tapi apa yang Mama suka tentang BBIM ni bila masuk
tu rasa terang & bersih je. Panggilan kepada tenaga pengajar pula adalah auntie
bukan teacher. Beza kan? Pastu fully
aircond. Kirenye kalau stdy kat sini rasa nyaman je lah Hakim ye. Hhihihi…tak
panas.
Haaaa… 1 more thing BBIM ni tak tak de divide class
for age 4,5 & 6 yrs old. Semua campur, kire 1 group untie tu akan ngajar 15stdn
pelbagai umur antara 4-6 thn. Pastu setiap group tu pula tak akan divide
into classroom tau. Campur semua dalam 1 hall. Diulang sekali lagi 1 hall semua
campur ye.
Bayangkan kalau yg enroll ada 45stdn…means dlm 1 hall akan ada 3 group
+ 3 auntie. And setiap group akan diajar subject berbeza dlm 1 masa. Erm…unik
kn. Macamana tu nak handle perangai Hakim & budak2 lain yg Mama percaya lebih kurang sama ligat dengan awak. Phewwww..... mau pening pengetua & auntie dibuatnye.
Mama tanya juga macamana anak nk focus kalau dalm 1
hall ada 3 group pastu ngajar pula subject berbeza…menager tu ckp kat BBIM ni
ada method yg dorang akan serapkan pd stdn supaya hanya focus pada auntie yg
mengajar group itu sahaja. Pada Mama pula kalau auntie2 kat situ boleh buat
Hakim focus pada dia all the time, mean memang hebat lah method yang BBIM ni
pakai kn sampai Hakim boleh tak hirau activity group sebelah kn lebih2 lagi
kalau group sebelah tu nanti ada aktiviti melibatkan fizikal/games. Hrm…
Yang paling mama berkenan at BBIM ni..mereka
mewajibkan setiap stdn untuk solat dhuha setiap pagi. Dari ambil wuduk ~ solat
dhuha ~ doa~. Moga Hakim dapat & mudah belajar solat & bacaan solat
nanti sebab ada kawan2 sama & rasa seronok bila bersolat.
Ko kurikulum lain hanya tekwando ada disediakan kat
center Sg Buloh ni but only for Star or Fullday pakej. So Hakim non hadoo
lah ye. Sebab kalau jadi , Mama & Papa decide amik yang regular package je.
Pendek kata Mama kasi rank 7/10 untuk BBIM tapi
belum tentu lagi BBIM jadi pilihan hati ye. Kena bawa berbincang dulu dgn Papa
& rasa nak survey lg preschool lain sebab BBIM ni agak jauh sikit dari office Mama berbanding dengan Q-dees & Ar-Razi.
Next week InsyAllah Mama nak try cari pusat perkembangan minda yang
offer class on Saturday/Sunday pula. Class untuk meransang minda kanak2 untuk
1-2 hour per session mcm tu.
Ade ke class mcm tu untuk age 4 years ek?
Biasa kita dengar class tuition je kan mcm ni.
Takpe
akan usaha cari area Sungai Buloh kot ade kan.
Nota kaki:
semua yg Mama tulis ni based on
observation Mama time site visit & penerangan by teacher last week. Kalau ade reader/principle preschool yg rasa info
yg Mama share ni salah boleh je betulkan ye.
Peace!!!
~~~Sekadar mencari sekolah terbaik untuk permata
hatiku, Hakim~~~
Assalamualaikum puan. Puan ada jumpa ke pusat perkembangan minda yg ofer ujung minggu tu kat sg buloh? Boleh share? N tadika mana yg ok kat sg buloh ni.. tgh survey jugak untuk ank sy untuk tahun dpn..
ReplyDeleteBoleh whatapp sy 0193811229