Tuesday, 17 December 2013

KINDY SURVEY 3 : Kali ni jengah LITTLE CALIPHS, TSB Sungai Buloh.

Lunch hour today Mama gagah kan juga ke TSB Sg Buloh.  
Mama baru tau Little Caliphs buka new branch kat sini. Located sebelah Ar Rahnu near Bank Islam. 

1st intake year 2014 and oleh sebab baru lagi so belum ada signboard santek kat sini. Just harapkn banner bawah ni je dulu  Kirenye kalau Hakim enroll kat sini nanti semua barang, kusi, meja semua baru lah. hhihihi....


Little Caliphs new branch at TSB Sg Buloh.


Kat sini Mama berkesempatan berjumpa sendiri dengan principle branch,Teacher Akasyah namanye dengan 2 orang anaknye yang comel. :)

Walaupun masih baru tapi masa Mama buat site visit tadi, semua kelengkapan kerusi, meja , partition class semua dah lengkap. Tinggal tunggu student masuk je. Principle ni lembut je orangnye... satu2 hal dia jelaskan pada Mama. Dari hal syllabus, method, books yang akan digunakan etc....Hal yuran PALING LAST dia explain. 

Little Caliphs mission, objective etc

Bezanya Little Caliphs ni dengan others preschool yg Mama dah corat coret sebelum ni;

1. Class start 9am. (for 4 yrs stdn only)
Preschool lain masuk pukul 8am / 8.30am . 
Mean Mama ada lebih masa nak hantar Hakim ke school, takde lah terkejar2 nak masuk pukul 8am kan memandangkan jalan dari Paya Jaras nak ke TSB time 8am memang jem teruk. Tambahan Hakim memang liat nak bangun pagi so memang sesuai sangat lah timing ni.

2. Murah. 
Entah kenapa Mama rasa murah pula Little Caliph ni.  Total payment masa reg = RM846.50 then before Jun 2014 bayar lagi RM200 untuk another half year special fees. Total RM1,046.50 include semua education+ breakfast+uniform.... ermmm...rasa memang murah lah banding Tadika  Qdees, Ar-Razi & Brainy Bunch. Pastu bulan2 start Feb til Nov 2014 bayar RM250.00. 

Then setiap ringgit tu dijelaskan dengan lengkap untuk apa dibayar. Even books fee RM116.50 pun dijelaskan setiap satu. Principle tunjuk pada Mama setiap  buku yang akan digunakan dan harga setiap buku tupun diberitahu. Kirenye puas hati lah Mama sebab tau details setiap ringgit yang bakal dilabur. Tak macam certain preschool , just tulis books fee RM200 tp tak tahu buku apa yang akan digunakan. Kira book fee tu macam dorang just create that figure je. 


Yuran 2014 Little Caliphs....details kan.
KG mean Kindergarten. KG1 (5) &  KG2 (5) means anak age 5 tahun. Kalau memang ber Little Caliph since age 4 so time anak age 5 akan masuk kategori KG2 (5).
Mama kasi 7/10 pada Little Caliphs ni. Selain environment belajar & equipment yang masih baru, Mama suka preschool ni sebab berkonsepkan Islam. Anak akan diajar hafaz surah & mengaji dengan menggunakan teknik Al-Baghdadi. Setiap hari Isnin, Rabu & Khamis pula anak2 akan solat Dhuha bersama2. Tapi untuk age 4 thn , teacher tak akan paksa solat cuma anak2 ni akan joint je abg & kakak age 5-6 bersolat.Tp biasanye menurut principle Akasyah anak2 age 4 tahun ni akan ikut solat sekali bila dah 2-3 kali tgk abag & kakak bersolat. Seronok kan   :)

Almost 1 hour juga Mama abiskan masa ber site visit. Non sempat nk lunch. Balik nanti akan bincang dengan Papa pasal Little Caliphs ni. Kot okay...this Sunday boleh lah bawa Hakim ke sini untuk jelaskan yuran. 

Nota kaki: Mama kagum dengan anak principle Akashah yang Mama rasa baru berumur 2thn++ tapi dah kenal huruf & sebutan huruf tu pun jelas. ( time emaknye sibuk explain kat Mama tentang syllabus...anaknye sit kat sebelah Mama sambil tunjuk & sebut huruf pada buku yang ada display dekat dengan meja registration)


~~~ tetiba rasa keroncong pula perut ni. Lapo gamaknye. hihihihi ~~~


No comments:

Post a Comment