Thursday, 11 August 2016

Mama dah patuh Shariaah.



Lepas siap registration, Mama dapat surat pengesahan ini. 
Alhamdulillah akhirnya dapat juga Mama convert EPF Simpanan Konvensional ni ke Simpanan Shariaah. Senang je...  tak kena que panjang pun.

Masuk office EFP, amik giliran then duduk kejap  dalam 5 minit macam tu. Sambil-sambil tu amik gambo feeling-feeling lama menunggu lah kan. Tup-tup dipanggil untuk process convert. Memang kejap sangat. Nak ambil gambar lawo pun tak dan. Hihihihi....

Lebo senyum Mak Ngah  :)

Sambil menunggu pihak EPF pasang video. taklimat tentang Simpanan Shariah.
2 kaunter je dibuka sebab memang tak ramai orang.

Masa mula-mula  dibuka pendaftaran pada 8 August aritu.... kemain panjang que nya. Masuk paper, masuk berita dalam TV orang ramai  menunggu untuk tukar skim simpanan EPF ni. Maklum lah kalau nak convert tuan badan punya akaun kena hadr sendiri di kaunter EPF. 

Yang dah ada i akaun pun tetap kena datang ke kaunter 
 sebab tak boleh buat secara online. Pasalnya thumb print and IC needed masa nak convert. Ala...macam nak withdraw duit kat kaunter bank. Kena tumb print guna alat scanner thumb print. 

Tu yang bersesak kaunter EPF tu. Padahal kan registration ni open je sampai lah koata nya habis. Itu pemahaman Mama lah. And setahu Mama kuata nya banyak dan tak lah dibuka satu hari sahaja. itu yang Mama pun tak adalah beria nak pergi ke EPF masa 8hb aritu. Isnin pula tu kan, kerja banyak kat office menunggu.

Harini diberi kelapangan , Mama pergi dengan Mak Ngah Shida ke EPF Kepong. 
Gamaknya area sana ramai Cina, tu yang tak ramai orang dok que untuk convert Shariaah ni. Mula-mula risau juga sebab pergi dah tengahari, risau number habis. 



Tapi tu lah.... benda baik kan. Allah permudahkan.
Parking pun dapat betul-betul sebelah pejabat EPF.

Semoga simpanan Mama ni berkat. Boleh dimanfaatkan dimasa akan datang.



Wednesday, 10 August 2016

Hakim naik Haji naik bus aje... tak naik flight.



Simulasi Haji Cilik di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam. 4 August 2016

 Dengan bayaran sebanyak lima puluh ringgit sahaja 
Hakim dapat  sepersalinan kain ihram dan menjalani Program Simulasi Haji Cilik anjuran Little Caliphs. Mama rasa sangat berbaloi dan pengalaman yang sangat bermakna buat Hakim. 

Mama tengok gambar-gambar yang ustazah Hakim hantar ni pun rasa sangat teruja dan terharu. InsyAllah mudah-mudahan cita-cita Mama, Papa dan Hakim untuk menunaikan rukun Islam ke-5 ini di tanah suci Mekah akan tercapai suatu hari nanti.

Checkpoint

Malam sebelum program, Mama and Papa  dah berlatih dulu pakaikan Hakim kain ihram, maklum lah takut terlucut plak kain tu kan. Kebetulan kain ihram tu memang dapat 1 day before program so memang agak kelakar juga lah nak memakaikan Hakim ihram. 
Asik salah je. Hihihihi...senget sana sini.

Bila sampai school pagi tu dalam pukul 6.50am, Mama tengok ramai juga anak-anak yang pakai ihram senget macam Hakim. Hiihihihi. 

Ustazah kata nanti ustazah akan betulkan dan pin kan ihram setiap student. Haji cilik kan.... so tak lah rigid sangat ikut peraturan ber ihram. Kalau ikutkan, kain ihram tak boleh dijahit atau di pin. Tali pinggang je boleh pakai.




Peace! Hakim nak pergi Haji ni. Hantar sampai school je then hakim naik bus ke Shah Alam. mama and Papa tak ikut.


Yang pegang sepanduk tu, Ustazah Athirah. Guru class Hakim.
 Kemas je kan Hakim and friends ber ihram. Pandai ustazah pakaikan kain ihram.
Nanti scroll gambar kat bawah, ada gambar Hakim pakai ihram hasil tangan Papa and Mama.

Replika Kaabah. Cer cari mana Hakim Mama.


Tu dia!!! Yang paling comel tengah ready nak melontar.




 Gambar bawah hat  kanan tu, yang gambar kat tangga dengan Mama tu...
Tu sebelum ustazah betul kan kain ihram Hakim.
 Macam apa tah Mama and Papa pakaikan ihram lagu tu. Dah macam pakai kan anak gebor je. Hihihihi...

Beza sangat kan dengan yang ustazah pakaikan. Malu Mama...huhuhuhu...
thank you ye ustazah kasi perbaik kain ihram anak mama yang seorang ni.

:)





Terima kasih pada tenaga pengajar Little Caliphs terutama Ustazah Athirah dan Ustazah Umi yang banyak membantu dan mengajar anak Mama untuk menjadi insan yang lebih baik.

Walaupun hanya menjalankan simulasi tapi kesan nya amat mendalam. Hakim kata seronok sangat dapat tawaf  dan melontar jamrah. 
Next time Hakim nak naik flight pergi Mekah. tak mau naik bus. 

InsyAllah... semoga niat murni Hakim ini dipermudahkan.

Kat sini Mama nak share video cara pakai kain ihram yang mudah dan simple. Paling penting tak mudah tanggal. tapi nampak kemas. Mana tau nanti kita nak ke Mekah, senang dah ada reference kan. Amin....



Lagi dua ni video Hakim sedang melempar jamrah dan bertawaf. 
Yang melempar tu ada lah nampak , yang tawaf tu gambar jauh. Tak nampak anak Mama kat mana.

Terima kasih pada teacher dan ustazah yang share gambar dan video.





Wednesday, 3 August 2016

Tak lulus loan sebab PTPTN?


Hakim and Makzu

Alkisah maksu dah dapat kerja tetap baru-baru ni dan niat dihati nak
 beli kereta sendiri pasal kereta Waja yang Jida kasi kat maksu asik buat peel semenjak dua ni.

Sumber: Google


Part yang sadisnya bila niat  terhalang dek kerana nama maksu ada dalam CCRIS.

Aik dah kenapa tak sampai setahun grad dah ada nama kat CCRIS?

Bila masa maksu buat loan?




Rupa-rupanya sekarang kalau ada loan yang tertunggak dengan PTPTN pun nama akan disenaraikan dalam CCRIS. Ingat kalau tertunggak bayar loan rumah, kereta je yang akan masuk CCRIS. Nasib lah jadi belia zaman la ni belum ada kerja dah tanggung hutang ribu riban.

Kebetulan kita ke PTPTN cawangan Damansara nak sattle kan Mama punya
Ujrah ke 1% tu yang Mama tanyakan sekali cara nak sattle kan problem maksu ni. 

Just bagi Full name and IC number , pihak PTPTN boleh tolong check kan amount tunggakan and memang betul ada tunggakan kat sini. Tak sampai RM1000 pun but still kalau ada je tertunggak makanya akan masuk ler nama dalam CCRIS. Kesian maksu.....


Ingat ye....

1. After 6 bulan tamat pengajian wajib bayar PTPTN. Nasib lah kalau yang lambat dapat kerja tu kan. Masak juga lah nak membayar. 

2. Kalau bayar konsisten tapi tak cukup nilai minimum yang dah ditetapkan dalam agreement pun sama juga akan di senaraikan dalam CCRIS. 


Penyelesaiannya mudah je.

 Maksu kena bayar at least separuh daripada tunggakan then baru nama akan dipadam kan daripada CCRIS. Tapi pegawai PTPTN tu kata method ni makan masa sebab kena masuk data dalam system dulu pastu nanti yang system CCRIS pun amik masa juga untuk padam nama dalam tu.

or....
nak lagi cepat?

Langsaikan semua amount tunggakan. Hari bayaran dibuat tu nanti PTPTN akan keluarkan surat pengesahan  bayaran kepada peminjam. So dengan surat tu, maksu dah boleh bagi kepada pihak bank or pihak pengeluar kereta idaman maksu tu untuk tujuan pembelian kereta. Sattle!

Senang kan. 

Google: Meh ler kita bayar hutang dengan senyuman ye. 
Makzu! Dont forget ya bring me round the Malaysia with your new vroom vroommmmmmm

Semoga maksu berjaya mendapat kereta baru sebelum Merdeka hujung bulan ni. Pasal nya kita dah plan nak cuti-cuti Sept nanti.

~~~ dah pinjam... pandai-pandai lah bayar ye~~~


Monday, 1 August 2016

Yea!!! Tahun ini kita raye kat MS!!!


 Assalamualaikum Hakim. Mama doakan Hakim sihat dan happy selalu.

Tarikh harini ialah 27 Syawal. 
Waaahhhh... Dah nak habis Syawal dah, Mama baru post tentang raya? Hihihihi
Sorry lah sayang ye, Mama baru ada kesempatan nak share dengan Hakim tentang kemerahan raya  tahun ni harini.  Maklum lah sibuk dok anyam ketupat sampai 26 Syawal. Kikikiki...

Alhamdulillah di tahun ini semua adik beradik Mama berkumpul beraya bersama Ato and Jida. Happy sangat bila dapat berkumpul dan bergambar bersama macam ni di pagi hari raya.

Gembira 7 beranak di pagi hari raya. Complete!


Tapi.... awat pelik noh photo ni kan?
Cer check! Cer check!

Hihihihi.., gambo tu gambo edit nak oiiiii.
Yang beno nye maksu takde pun dalam gambar tu. Maksu on duty di hari raya.
Biasalah orang baru mula kerja kan kena redhooooo je lah kerja di pagi hari raya.

Gambar asal beno nye macam kat gambar bawah ni. 
Gambar atas tu maksu ngedit sendiri. Takpe maksu... walaupun maksu takde pagi raya tahun ni. tapi maksu sentiasa di hati kami. ..

Sabo je lah kan maksu, yang penting duit raya dilupa jangan ye maksu.
Duit raya dari maksu memang terbaik sangat! Nilai nya ngalahkan orang dah keje 5-6 tahun. Harap-harap di raya akan datang nilainya jangan menyusut ye maksu. Hihihihi...

Gambar asal.

Tapi tu lah, bila kerja dalam unit beruniform ni memang inilah pengorbanan yang perlu dihadapi. Siapa yang tak mau balik beraya kan. Tapi sebab tanggungjawab tu yang kena ikut kan juga. 
Itu pun nasib baik tempat kerja maksu dekat je dengan rumah. Malam raya maksu dah boleh jumpa semua and agih-agihkan duit raya kat semua anak menakan ni. 

Yang penting di pagi hari raya kita mesti GEMBIRA!

Meriahnya raya!



 



Ato + Jida + cucu.


Part paling best! Part anak-anak beratur nak minta maaf and dapat duit raya. Ni turn Pokgei and Mokgei bagi duit raya.


Lepas agenda di rumah Ato and Jida selesai
 moh ler kita keluar beraya di rumah sedara mara ye anak-anak.

Ni Mama share beberapa keping gambar kita beraya sepanjng Syawal ni ye.
Tak banyak gambar tapi cukup lah untuk dijadikan kenangan  buat kita.

  

Macam biasa, anak-anak bukan nak ikut mak apak nye. Semua sibuk meng ekor Jida.

Ini adik perempuan kesayangan abang Hakim.


Ni kat Perigi Hang Tuah , Melacca. Nak beraya rumah Nenek Teh kamu. 

Time ni kat car park Hosp Alor Gajah, Nak visit Nadim warded sebab Rotavirus. Sian Nadim beraya di Hospital.

Ready nak beraya ke rumah Ato Sabri di Cheras.
Nadim dah sihat.... Berjumpa kita beraya di rumah Ato Sabri.

Beraya rumah Atok Tam di Sepang. Tengok siapa bawah meja. 

Masa ni kita bawa Ato and Jida datang beraya di rumah Atok Kuang.  Comei kan ato-atok.  :)



Tok and Nenek saudara Hakim yang datang beraya di rumah kita. Nanti datang lagi ye.


~~~~ Raya Kan Sebulan~~~~