Wednesday, 10 August 2016

Hakim naik Haji naik bus aje... tak naik flight.



Simulasi Haji Cilik di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam. 4 August 2016

 Dengan bayaran sebanyak lima puluh ringgit sahaja 
Hakim dapat  sepersalinan kain ihram dan menjalani Program Simulasi Haji Cilik anjuran Little Caliphs. Mama rasa sangat berbaloi dan pengalaman yang sangat bermakna buat Hakim. 

Mama tengok gambar-gambar yang ustazah Hakim hantar ni pun rasa sangat teruja dan terharu. InsyAllah mudah-mudahan cita-cita Mama, Papa dan Hakim untuk menunaikan rukun Islam ke-5 ini di tanah suci Mekah akan tercapai suatu hari nanti.

Checkpoint

Malam sebelum program, Mama and Papa  dah berlatih dulu pakaikan Hakim kain ihram, maklum lah takut terlucut plak kain tu kan. Kebetulan kain ihram tu memang dapat 1 day before program so memang agak kelakar juga lah nak memakaikan Hakim ihram. 
Asik salah je. Hihihihi...senget sana sini.

Bila sampai school pagi tu dalam pukul 6.50am, Mama tengok ramai juga anak-anak yang pakai ihram senget macam Hakim. Hiihihihi. 

Ustazah kata nanti ustazah akan betulkan dan pin kan ihram setiap student. Haji cilik kan.... so tak lah rigid sangat ikut peraturan ber ihram. Kalau ikutkan, kain ihram tak boleh dijahit atau di pin. Tali pinggang je boleh pakai.




Peace! Hakim nak pergi Haji ni. Hantar sampai school je then hakim naik bus ke Shah Alam. mama and Papa tak ikut.


Yang pegang sepanduk tu, Ustazah Athirah. Guru class Hakim.
 Kemas je kan Hakim and friends ber ihram. Pandai ustazah pakaikan kain ihram.
Nanti scroll gambar kat bawah, ada gambar Hakim pakai ihram hasil tangan Papa and Mama.

Replika Kaabah. Cer cari mana Hakim Mama.


Tu dia!!! Yang paling comel tengah ready nak melontar.




 Gambar bawah hat  kanan tu, yang gambar kat tangga dengan Mama tu...
Tu sebelum ustazah betul kan kain ihram Hakim.
 Macam apa tah Mama and Papa pakaikan ihram lagu tu. Dah macam pakai kan anak gebor je. Hihihihi...

Beza sangat kan dengan yang ustazah pakaikan. Malu Mama...huhuhuhu...
thank you ye ustazah kasi perbaik kain ihram anak mama yang seorang ni.

:)





Terima kasih pada tenaga pengajar Little Caliphs terutama Ustazah Athirah dan Ustazah Umi yang banyak membantu dan mengajar anak Mama untuk menjadi insan yang lebih baik.

Walaupun hanya menjalankan simulasi tapi kesan nya amat mendalam. Hakim kata seronok sangat dapat tawaf  dan melontar jamrah. 
Next time Hakim nak naik flight pergi Mekah. tak mau naik bus. 

InsyAllah... semoga niat murni Hakim ini dipermudahkan.

Kat sini Mama nak share video cara pakai kain ihram yang mudah dan simple. Paling penting tak mudah tanggal. tapi nampak kemas. Mana tau nanti kita nak ke Mekah, senang dah ada reference kan. Amin....



Lagi dua ni video Hakim sedang melempar jamrah dan bertawaf. 
Yang melempar tu ada lah nampak , yang tawaf tu gambar jauh. Tak nampak anak Mama kat mana.

Terima kasih pada teacher dan ustazah yang share gambar dan video.





2 comments: