Thursday, 31 March 2016

Cuti sekolah seminggu, Hakim balik kampung MS.

 Cuti sekolah seminggu pada pertengahan bulan 3 baru-baru ni meriah betul rumah Atok and Jida sebab semua cucu dapat gather lama bersama. Maklum lah Mak Teh lepas sattle check up untuk Hadif di Penang terus berpantang di rumah Jida.

Main air is nombor SATU!



Seminggu Hakim cuti sekolah stay di rumah Jida. Nak main katanya. Alhamdulillah, Allah kurniakan  enam orang cucu pada Atok and Jida. Memang happy lah Hakim dapat main and menyepah toys bersama sepupu sepapat.



 Erm...macam biasa bila dah ramai cucu berkumpul di rumah Jida, rumah Jida akan bertukar tongkang pecah. Pening kekadang Mama tengok, anak-anak ni kalau main bukan main ditonggeng 1 bakul toys. Bila part ngemas, liat!



Comel!


Ini Hadif. Umur 3 tahun. 
Comel pula pakai topi Giraffe Hakim. Hakim kata nak kasi Hadif topi ni sebab Hadif baby kecil. Hihihihi... 

Time Mak Teh berpantang ni, bila ada masa terluang, petang balik dari kerja Mama akan amik Hadif dari rumah Jida sebab nak kasi kawan main dengan Hakim. 

Tak banyak kerenah si comel Hadif ni and memang suka main and buat hal sendiri. Seronok Mama tengok Hadif and Hakim main sama-sama. Tapi... bila ayah dia balik je weekend. Fuh!!! Sombong yang amat budak kecik Hadif ni. Memang  melekat je dia ngan ayahnya. Geram!!!

Pandai Hakim layan adik.

Abang Hakim


Hadif baru bangun tidur.

Cik Meghah paksa Hakim buai laju kerusi. Kemain lagi Cik Meghah ye.
Meh Mama share 1 video Hakim melayan Hadif dan Cik Meghah ye. 
Kelakar Mama tengok gelagat kamu bertiga. Gamaknya kalau Hakim ada 2 adik kat rumah, macam ni lah pesen nye ye.



Hakim tengah rajin, mengemop beranda rumah Atok Jida.

Minggu terakhir Mak Teh berpantang di MS,
Mak Teh sekeluarga decide buat kenduri aqiqah buat baby Naurah Saffiya. Buat time cuti sekolah sebab nak gather sekali dengan Mak Unggal yang jauh di sabah nun. 

Alhamdulillah majlis aqiqah baby Naurah berjalan sangat lancar.  
Mudah-mudahan baby Naurah akan jadi anak solehah dan diberi  kesihatan yang baik ye.

Erm...
 lepas abis cuti sekolah ni takde lah lagi geng Hakim nak main petang-petang. Kesian anak Mama, harap kan hari cuti je lah dapat berendam dalam besen, dapat main berlari ke hulu, ke hilir dengan adik beradik sepupu. Mama harap Hakim akan jaga hubungan Hakim sesama sepupu, sayangi sepupu macam adik Hakim sendiri ye.

Atok bersama jemaah tahfiz.
Kumpulan marhaban sedang interview Hakim.   :)
Simple decoration untuk majlis aqiqah baby Naurah.
Kumpulan Marhaban Nenek Long Imah
Atok pening ke tu tengok gelagat cucu tonggang tonggeng. Hihihi...
Sibuk menyusun lauk.
Sepanjang majlis ni gambar Papa je takde kan.
Yang benarnya Papa memang langsung tak attend majlis aqiqah baby Naurah ni. 
Ramai tetamu bertanya Mama, Mana Edi?

Edi ada, tengah sedap rest je kat rumah . Hihihihi...

Rest sebab Papa demam teruk time ni.
 Ingat lagi tak entry yang lepas Mama cerita yang kita sekeluarga demam bergilir-gilir? 
Ha... time kenduri ni lah Papa punya turn pula demam. 


Kesian Papa...  makan tak lalu. Asik minum air 100 plus je.
Jangan risau Papa, Mama feel u.

Yang penting Papa kena cepat sihat and majlis pula berjalan lancar. 
Sederhana tapi meriah. I like!!!

Adik baru Abang Hakim

Cantik pula jubah Jida. bunga rose seketol seketol.
Selfie sikit dengan baby Naurah.



Sedang elok Papa baik demam. Mama and Papa tunai janji kat Hakim, tonton movie Boboboy The Movie. Lama juga kita tak keluar weekend semenjak kita sekeluarga demam bergilir-gilir.

Best juga cerita Boboboy The Movie ni. Funny and creative.
Kuasa setiap watak yang baik-baik semua upgrade. Lepas tu jalan ceritanya senang nak faham. Keluarga terhibur dan ada moral yang baik dalam story line. 

 

Sempat berhambar dengan maskot Boboboy Kuasa 5!!!

Zootopia World




~~~ Hakim dah tak sabar nak jumpa cuti bulan 5 nanti  :) ~~~

Tuesday, 29 March 2016

Anak Mama nak ke Kidzania


Ceria  tak sabar nak pergi school.

Tahun ni Little Caliph buat trip ke Kidzania untuk anak-anak age 5 and 6.
Nak tunggu Mama and Papa bawa Hakim ke sana entah bila kan.  

Pagi tu macam biasa, kalau hari cuti or ada trip anak Mama yang seorang ni akan senang je bangun pagi and mandi. Siap cepat tak payah disuruh-suruh.  Pantas!

Excited nak ke school and yang best nya Hakim bukan excited nak  pergi trip ke Kidzania tu 
 but Hakim super excited sebab tak sabar nak  naik bus.

Yes, BUS, or dalam bahasa melayu nye BAS.
Bus yang panjang tu. 

Ermm...
Seronok sangat nak naik bus sebab katanya bus ni tinggi, panjang,  laju and ramai betul people boleh naik bus. Apekah pelik nya anak Mama ni. Suka naik bus sebab ramai freinds muat 1 bus. 

Nampak gaya nya, ada rezeki nanti pelan-pelan Mama akan 
plan dengan Papa untuk bawa Hakim naik public transport pula ye. 

Bus is big NO, 
tak mampu dah Mama nak bersesak naik bus lebih-lebih lagi area Selangor -KL ni kan.  
Insya Allah, Mama try plan bawa Hakim naik train or LRT okay . 

Seingat Mama, last time Mama and Papa bawa Hakim naik LRT time  Hakim umur lebih kurang 3 tahun . Lama kan, time tu kita naik kereta and park kat office Papa. Then naik LRT ke KLCC sebab nak bawa Hakim tuntut ilmu di Petrosains. :)

Sepanjang dalam LRT tu Hakim diam je. Hihihihi... 
nanti Mama try cari gambarnya. Kalau ada Mama tepek kat sini ye. 

Zap zap zap!!!
Jumpa gambar ni, time ni Hakim asik nak berdukung je. Fuh jenuh juga lah Papa melayan kerenah Hakim yang asyik nak berdukung saja.

Gambar time ni tak berapa nicun sebab time ni Mama guna handphone Nokia yang slide.  Nokia versi apa tah tak ingat. Gambar blur sikit ye tapi boleh lah tepek sini untuk tatapan anak Mama.

LRT Kerinchi

Office Papa nun di sana.

Dalam LRT yang laju. Gerabak paling depan. Hakim tak berani tengok tingkap sebab LRT laju sangat.

Asik berdukung je.

Kat Petrosains pun ada Dinasor tau.


Okay, back to the story Hakim nak ke Kidzania ye. 
Erm.... trip kali ni merupakan trip terakhir Hakim dengan geng-geng Little Caliph. Next year Hakim dah nak masuk darjah 1 dah. Probably Hakim dah tak bersama dah dengan geng-geng sekarang ni . Sebab geng-geng sekarang kebanyakkan nya akan bersekolah di SK Bandar Baru or SK Sungai Buloh. Hakim pula Insyallah akan bersekolah di kampung sahaja.

Buah hati  pengarang jantung.

Papa tu tengah berkawad ke? Hihihi...


Mana Hakim?
 Punya excited anak Mama ni nak naik bus, sit pun kat seat paling depan.
Nak sampai dulu ke nak oiiiiii? Hihihihihi....

Gambar-gambar kat bawah ni semua Mama ambil daripada FB Little Caliph an daripada group Whatapp Pra Tahfiz Little Caliph.

Nampak  gembira sekali Hakim dalam gambar-gambar ni. Petang tu agak lewat juga bus tiba di tadika. Mama balik kerja ambil Hakim, bus masih belum sampai.


Agak-agak nya Hakim akan ingat ke semua nama geng-geng Litle Caliph class of pra tahfiz year 2016 ni bila dah besar nanti ye? Semoga ukhuwah ini berpanjangan ye dan semoga semua anak-anak ini menjadi insan hebat dan soleh walau dimana jua kamu berada.



balik daripada trip ke Kidzania tu Hakim tunjuk pada Mama duit gaji Hakim dapat bekerja di Kidzania. Macam kelakar pula bila Hakim tunjuk duit gaji Hakim yang bermatawangkan Kidzania tu.
Siap nak bagi Atok and Jida sorang 5 ringgit. Buat belanja katanya....

Kelakar but actually dalam hati  Mama  ni terharu juga lah sebab at least Hakim ingat nak bagi duit belanja sikit pada orang sekeliling. 

Atif, Ofa , Cik Meghah and Hadif sorang 1 ringgit Kidzania Hakim bagi. Kebetulan petang tu semua sepupu Hakim ada kat rumah Ato MS. Balance Hakim simpan dalam tabung syiling Hakim.

 Gamaknya nanti time nak bank in duit syiling kamu nanti kena asing kan dulu 
duit Kidzania kamu tu, kalau idak mau gelak guling pegawai bank tu tengok duit Kidzania nak di bank in dalam bank. Hihihihi....

Tempat yang paling Hakim suka time Kidzania, lab Vitagen.
Sejak ke lab Vitagen , Hakim dah no longer peminat Solivite. Asal beli minuman kultur, Hakim akan request air Vitagen. Pandai Vitagen ni promote air depa kan.





~~~~ Friendship isn't about whom u have known the longest. 
It's about who come and never left your side ~~

Monday, 28 March 2016

Aqiqah Nadhim di Lendu, Melacca.


Cucu sulung yang paling comel. Baju kuning selit kat tengah.
Awal tahun ni  kita ke Lendu, Melacca bagi meraikan majlis aqiqah anak Mak Teh, Muhammad Nadhim Zuhair namanya. Kita ke sana bawa  Atok and nenek. 

Pak Teh and Mak Teh dah sediakan homestay untuk kita sekeluarga, rumah yang sama time Mak Teh kawin dengan Pak Teh dulu. Cuma sekarang homestay tu makin selesa untuk penghuni sebab sekarang tandas dan bilik mandi dah dibuat di dalam rumah.

Dulu ada semua tu tapi locate kat luar rumah so agak tak berapa berani nak keluar malam kalau nak wee wee or poo poo. Hihihihi...


Hakim and Nenek.

Apa yang Mama suka tentang homestay ni, ia terletak atas bukit. Agak tinggi dan bila pagi rasa nyaman je bersantai dengan keluarga di beranda rumah.

Macam gambar atas ni Hakim me time dengan nenek berdua. Tengok keindahan alam ciptaan Allah dengan insan istimewa iaitu nenek. Semestinya moment indah yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tak boleh diganti walau dengan segunung emas.

 Entah apalah yang Hakim dan nenek sedang borak kan tu ye. Semoga nenek Hakim
sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah hendaknya.




Selain itu, di homestay ini pun disediakan buaian and menempatkan beberapa ekor burung di dalam sangkar. Belakang rumah siap ada itik angsa lagi. Petang-petang boleh dengar angsa dok bising. Pot pet pot pet mencari makanan kot.

Kiranya suasa kampung style sangat. Cuma yang tak berapa nak best, homestay ni tak ada air conditioner. So time tengahari tu memang panas lah kalau stay dalam rumah.

Main buaian. 

Ada 2 sangkar burung , Hakim memang suka lah kan.

Atok and Pak Teh
Tuan rumah homestay ni rajin tanam pokok bunga.


Malam-malam bersantai di laman homestay ni seronok juga. Jauh daripada rumah-rumah lain and paling best angin time malam lagi lah kuat. 

Sejuk nyaman je rasa badan. Pekena kopi O cicah biskut lemak  memang syok lah kan time gini.







Papa kalau posing memang suka gaya peace gitu. Since zaman sekolah lagi. 

Cer buat gaye macho sikit Papa nye... gaya James Bond ke kan. Baru ada gaya. Hihihihi...





Next day baru lah kita melawa ke rumah parent Pak Teh untuk majlis Baby Nadhim.
Macam biasalah outfit Hakim menjak dah besar ni kalau ada majlis keagamaan Mama pakaikan je baju Melayu dengan seluar jeans. Simple.  :)

Nenek nak two biscuit. 
Meriah betul majlis aqiqah Baby Nadhim ni. 
Siap ada backdrop lagi tu masa berendoi. Tetamu pula sangat lah ramai.
Maklum lah parent pak Teh ni orang lama di resident ni and amik cathering untuk orang kawasan ni kalau ada majlis kawin or kenduri so memang ramai lah kenalan dan jiran yang datang.

Ramainya dah macam majlis kenduri kawin dah Mama tengok. 
Meriah betul. 

Sedap betul berendoi ye Nadhim. Elok je tidur.

Tengok tu!!!






Time orang tengah merhaban, time tu lah anak Mama ni dok sibuk cuit pipi, cuit hidung Baby Nadhim yang tengah diam dalam buaian. Nampak tu Cik Lili dah marah. 
Laju je tangan tu mengusik adik.



Tengok gambar sebelah ni, Baby  Nadim berarak sampai keluar rumah.
Banyak lah doa dan hadiah yang baby Nadim dapat ni daripada keluarga dan jiran tetangga.


Atok pun dapat membunga rampai kan Baby Nadim.




Semoga Baby Nadhim jadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan kita sekeluarga.
Sebelum balik kita posing sikit ye kat pelamin Nadhim dan sepupunya  Syira.

Nenek srang je tak pandang camera  :(


~~~ Alhamdulillah... Dah 2 orang  cucu Nenek & Atok Kuang~~~

Monday, 21 March 2016

Terima Kasih Keluarga.


 Assalamualaikum anak ku Hakim.

Lama Mama tak update blog kan. Actually banyak sangat moment yang best, yang menyedihkan, yang buat Mama nak nangis sepanjang Mama tak ber blog ni. Tak dinafikan yang tahun 2016 ni agak busy sikit bagi Mama.

Sebenarnya kita sekeluarga baru je ditimpa viral fever. 
Ni dah sihat Mama rasa terpanggil sangat nak update blog. Banyak benda yang Mama nak share dengan Hakim. Kesian sangat kita 3 beranak demam teruk. Mula-mula Hakim demam, then Mama and last sekali Papa. Sorang demam sampai 5-6 hari baru elok. Ya Allah ...selama ni Hakim demam lama-lama. Now Mama and Papa pun bersekali. Tak larat sangat rasanya. Sakit semua sendi. Siap pakej cirit birit lagi kita sekeluarga time demam tu. Tu yang jadi lembik habis tu. Dugaan betul...

Sepanjang demam tu Jida and nenek siap datang ziarah kita bawa lauk untuk makan.
Cik Na datang rumah tolong jagakan Hakim 2 malam sebab Mama tak larat. 
Betul sangat! Bila kita susah... sakit... hanya keluarga yang willing tolong kita. Sebab tu kita wajib berbaik sesama keluarga. Sebab hanya ibu bapa dan keluarga sejati sahaja yang sanggup bersusah senang dengan kita.

Nanti bila Hakim dah besar, kalau Cik Na tegur atau marah, jangan lah amik hati.  Dua malam Cik Na bersengkang mata tolong Mama and Papa jaga kan Hakim demam. Besar tu pengorbanan seorang makcik buat anak saudara. 

Terima kasih yang tak terhingga buat Jida,nenek, atok2 dan sekelian makcik-makcik Hakim yang sangat prihatin terhadap kita sekeluarga time kita tak sihat. Kalau tak ada diorang ni tak tau macamna Mama nak jaga Hakim and Papa yang demam. Sebab Mama pun demam teruk yang serius lain macam sakit pening sampai berhari-hari.

Ni antara gambar Hakim and Papa demam baru-baru ni, kesian sangat Mama tengok. Gambar Mama demam tak dapat lah Mama tepek kat sini ye. Tak sesuai. 

Cuba tengok gambar Hakim bawah ni, sampai kat perut pun nak di ambil temperature. Bukan je kat perut, kat tangan and tapak kaki pun kamu dok amik tempreture. Klaka pun ade juga kamu ni time demam-demam. Hihihihihi....

Bukan apa , Hakim kalau demam selalu cecah 39. Tu yang Mama risau and selalu pantau tempreture Hakim. Kalau suhu 38.5 memang terus masuk kan ubat punggung tu pada Hakim.
Demam kali ni 2 kali Papa masukkan ubat punggung tu pada Hakim. Kesian Hakim.

Alhamdulillah... sekarang kita sekeluarga dah sihat dan boleh lah Mama ber blog ye.








Erm.... moment yang mana satu Mama nak mulakan dulu ye?
Banyak sangat moment sepanjang tak ber blog ni.

Ok. Mama share moment kita celebrate birthday ye. Buat pengetahuan Hakim tahun ni Mama and Papa  tak ada buat majlis untuk calebrate birhday Hakim macam tahun-tahun sudah. 

Sebabnye....

1. Hakim dah besar, 6 years old... Lelaki pula tu kan so macam tak sesuai nak berbirthday party macam masa Hakim kecik dulu. Kalau nak celebrate pun biar lah kita-kita aje. Mama,Papa and Hakim. macam yang Mama post sebelum ni.

 2. Kebetulan masa birthday Hakim tu Jida pun tak ada, so tak seronok lah kalau buat majlis tapi Jida tak ada. Jida tak ada sebab time tu Jida ke Penang teman Makteh berpantang baby Nourah.

Baby Nourah (age less 7day)  with Jida .



    
    

    TAPI .....
Nampak cake ni?

Ha.... Family MS sponsor cake and siap buatkan bbq kambing nak celebrate birthday Hakim di rumah atok  lepas Jida and Makteh balik ke MS. Berkumpul semua ramai-ramai.

Diorang beli cake secret recipe tapi dengan 8 perisa. Harga lebih kurang je macam beli cake besar cuma yang macam ni lebih menarik sebab ada 8 slice cake berbeza ikut kesukaan masing-masing. Tak silap harga lebih kurang RM80++

Lebih berbaloi kan.









Time ni, bukan saja celebrate belated birthday Hakim tau,  tapi celebrate birthday Mama and Papa juga. Alang-alang tu, celebrate sekali kelahiran baby Nourah Safiyya. Touching sangat!





Amboi Atok ngadap kambing bakar.


Oleh kerana majlis ni ala-ala surprise so dressing pun ala-ala selekeh ler kita 3 beranak time ni. 
Tudung Mama pun pinjam yang MakNgah punya. Nasib baik tudung Makngah ni cantik. 
Hihihihi.... 


Adik beradik  :)
Selang seminggu lepas majlis ni, Makngah Shida pula berhajat nak celebrate birthday Hakim.

Makngah Shida kesian dengan Hakim gamaknya pasal sebelum ni kan Mama and Papa akan buat majlis untu Hakim, so Mama rasa kali ni buat je lah kat rumah kita.

Mama masak yang simple aje.
Mama masak masak sup tulang , senang buat 1 menu je.
Then  Mama sediakan mee, bihun and nasi impit.  


Cake darpada Mak Ngah Shida. Comel je kan.

Masa ni kita buat makan-makan panggil semua family MS and Kuang. 
Semua datang, meriah lah rumah kita sebab  dah lama juga kita tak panggil semua family datang makan kat rumah kita. 

Semua nak potong cake.

Time potong cake macam biasalah kan, semua anak-anak mesti nak potong sama. Nak duduk paling depan dengan cake. hihihihi...

Kalau tengok gambar ni, yang paling depan cake ialah Hadif. Rasanya tahun ni first time kot Hadif dapat potong cake sekali dengan Hakim. Comel je Mama tengok.





Nourah and Nadim

Baby Naourah and Baby Nadim je tak joint potong cake. Baik je baby dua orang ni berkongsi tilam. 
Tunggu lah sikit hari lagi, mau kalah abang-abang and Kak Meghah dikerjakan pula adik-adik ni. hihihihihi....







♥♥♥


Selesai potong cake.
Tok nenek, pokcik Mokcik pula conquer meja makan.Lapor nak makan sup katanye.

Anak-anak macam biasa, dah kenyang terus main luar rumah.Habis semua mainan Hakim keluarkan nak main dengan Atif, Ofa, Cik Meghah and Hadif. Moto yang dah abis bateri tu pun Hakim keluarkan. 


Alhamdulillah walaupun pada asalnya memang tiada plan untuk sambut birthday Hakim secara berjemaah beramai-ramai macam ni. But Mama happy sebab Mama rasa dihargai dan dirahmati sebab punya keluarga yang sangat prihatin.

Insyallah ada rezeki lagi kita gathering ramai-ramai macam ni ye.


Jida and nenek makan ape tu. Mak Ngah kemain makan berdiri ye.
Bapak-bapak

tengah tengok video makzu slow motion. Beria seronok 3 beranak ni.

Pak Teh memang pandai melayan anak-anak.

Paling lama di meja makan. Maksu and Mak Teh.  :)

Atok -atok Hakim

 ~~~~ Terima kasih Allah atas kurniaan dan nikmat kasih sayang ini~~~~