Monday 28 March 2016

Aqiqah Nadhim di Lendu, Melacca.


Cucu sulung yang paling comel. Baju kuning selit kat tengah.
Awal tahun ni  kita ke Lendu, Melacca bagi meraikan majlis aqiqah anak Mak Teh, Muhammad Nadhim Zuhair namanya. Kita ke sana bawa  Atok and nenek. 

Pak Teh and Mak Teh dah sediakan homestay untuk kita sekeluarga, rumah yang sama time Mak Teh kawin dengan Pak Teh dulu. Cuma sekarang homestay tu makin selesa untuk penghuni sebab sekarang tandas dan bilik mandi dah dibuat di dalam rumah.

Dulu ada semua tu tapi locate kat luar rumah so agak tak berapa berani nak keluar malam kalau nak wee wee or poo poo. Hihihihi...


Hakim and Nenek.

Apa yang Mama suka tentang homestay ni, ia terletak atas bukit. Agak tinggi dan bila pagi rasa nyaman je bersantai dengan keluarga di beranda rumah.

Macam gambar atas ni Hakim me time dengan nenek berdua. Tengok keindahan alam ciptaan Allah dengan insan istimewa iaitu nenek. Semestinya moment indah yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tak boleh diganti walau dengan segunung emas.

 Entah apalah yang Hakim dan nenek sedang borak kan tu ye. Semoga nenek Hakim
sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah hendaknya.




Selain itu, di homestay ini pun disediakan buaian and menempatkan beberapa ekor burung di dalam sangkar. Belakang rumah siap ada itik angsa lagi. Petang-petang boleh dengar angsa dok bising. Pot pet pot pet mencari makanan kot.

Kiranya suasa kampung style sangat. Cuma yang tak berapa nak best, homestay ni tak ada air conditioner. So time tengahari tu memang panas lah kalau stay dalam rumah.

Main buaian. 

Ada 2 sangkar burung , Hakim memang suka lah kan.

Atok and Pak Teh
Tuan rumah homestay ni rajin tanam pokok bunga.


Malam-malam bersantai di laman homestay ni seronok juga. Jauh daripada rumah-rumah lain and paling best angin time malam lagi lah kuat. 

Sejuk nyaman je rasa badan. Pekena kopi O cicah biskut lemak  memang syok lah kan time gini.







Papa kalau posing memang suka gaya peace gitu. Since zaman sekolah lagi. 

Cer buat gaye macho sikit Papa nye... gaya James Bond ke kan. Baru ada gaya. Hihihihi...





Next day baru lah kita melawa ke rumah parent Pak Teh untuk majlis Baby Nadhim.
Macam biasalah outfit Hakim menjak dah besar ni kalau ada majlis keagamaan Mama pakaikan je baju Melayu dengan seluar jeans. Simple.  :)

Nenek nak two biscuit. 
Meriah betul majlis aqiqah Baby Nadhim ni. 
Siap ada backdrop lagi tu masa berendoi. Tetamu pula sangat lah ramai.
Maklum lah parent pak Teh ni orang lama di resident ni and amik cathering untuk orang kawasan ni kalau ada majlis kawin or kenduri so memang ramai lah kenalan dan jiran yang datang.

Ramainya dah macam majlis kenduri kawin dah Mama tengok. 
Meriah betul. 

Sedap betul berendoi ye Nadhim. Elok je tidur.

Tengok tu!!!






Time orang tengah merhaban, time tu lah anak Mama ni dok sibuk cuit pipi, cuit hidung Baby Nadhim yang tengah diam dalam buaian. Nampak tu Cik Lili dah marah. 
Laju je tangan tu mengusik adik.



Tengok gambar sebelah ni, Baby  Nadim berarak sampai keluar rumah.
Banyak lah doa dan hadiah yang baby Nadim dapat ni daripada keluarga dan jiran tetangga.


Atok pun dapat membunga rampai kan Baby Nadim.




Semoga Baby Nadhim jadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan kita sekeluarga.
Sebelum balik kita posing sikit ye kat pelamin Nadhim dan sepupunya  Syira.

Nenek srang je tak pandang camera  :(


~~~ Alhamdulillah... Dah 2 orang  cucu Nenek & Atok Kuang~~~

No comments:

Post a Comment