Sorry lah Hakim, Mama baru ada kesempatan untuk up entry pasal pagar ni.
Padahal siap dah lama bulan February aritu. Busy sangat gamaknya Mama ni kan. Hihihihi...
Lepas project pagar technic hedge di kiri kanan rumah sattle
awal tahun aritu, Papa and Mama teruskan project ke-2 mendekorasi rumah kita iaitu
projek nak pagar depan rumah pula.
Objective Mama nak pasang pagar ni sebab nak kurangkan public view direct ke dalam dan sekitar rumah kita. Maklum lah rumah tepi jalan , ramai orang lalu lalang. Kadang-kadang Mama mengemas laman pun rasa segan nak mencangkung
Lokasi rumah kita di tepi jalan membuat Mama fikir yang membuat pagar batu adalah pilihan terbaik. Costly but cepat siap dan menepati objective Mama. Kalau nak ikut kan Papa, Papa lebih prefer buat pagar pokok je depan rumah or paling tidak buat pagar dawai besi biasa tu.
Kos pun murah berganda-ganda kata Papa.
But Mama tak setuju sebab kalau nak buat pagar pokok makan masa nak tunggu pokok tu besar. Paling tidak kena tunggu 2 tahun baru lah pokok pagar tu boleh besar tinggi paras bahu. Itu pun kalau kita beli pokok yang besar, kalau beli anak pokok kecil macam yang kita buat pagar kiri kanan rumah tu mau makan masa 3 -4 tahun kot baru besar tinggi.
Maklumlah pokok yang kita beli tu pun bukan tinggi sangat pun, tinggi dalam 1-2 kaki je macam tu. Tanah keliling rumah pula jenis tanah merah and keras.
Kalau nak pasang pagar dawai besi pun rasa tak puas hati sebab nanti orang luar lalu lalang boleh terus nampak apa aktiviti kita dalam laman, silap haribulan kalau pintu rumah terbuka memang orang luar siap boleh usha rumah kita. So yang ni pun tak menepati objective.
Tapi rezeki Mama dapat harga lagi rendah iaitu RM75 sekaki siap pasang beam and cat semua. Kualiti sama macam yang RM100 tu. Barang semua contractor yang beli. Mama and Papa just goyang kaki aje. Mama rasa tak ada dah orang boleh bagi harga rendah macam ni lagi so Mama and Papa terus je deal dengan contractor tersebut.
Siapa contractor tu?
Saudara kita juga! Hai lah badan … untung ramai saudara contractor ni kan.
Lepas fikir semasak –masaknya Mama and Papa sepakat kita bina je pagar batu. And the best thing is kita dapat harga lebih rendah daripada harga yang Mama share dalam entry yang lepas. Most contractor charge RM100 sekaki untuk buat pagar ni. Paling rendah pun boleh bagi RM80 sekaki, itu pun sebab saudara. Hihihihi…
Dapat harga murah bukan main.
Dapat harga murah bukan main.
Untuk buat pagar ni proses pertama nak kena buat ialah memastikan tiada halangan di laluan pagar yang hendak di bina. Kalau ada salur paip kena alih kan. Kot ada pokok besar pun kena tebang.
Macam rumah kita ni ada 3 pokok besar , semua ditebang kecuali pokok tingkat/doa.
Sayang pula nak tebang pokok doa tu kan sebab pokok tu cantik and
contractor kata boleh diselamatkan. Macam pokok yang kat bawah ni and pokok mangga kena tebang habis. Akarnya berpotensi membesar dan memanjang, end up boleh merosakkan pagar. So tebang aje lah.
contractor kata boleh diselamatkan. Macam pokok yang kat bawah ni and pokok mangga kena tebang habis. Akarnya berpotensi membesar dan memanjang, end up boleh merosakkan pagar. So tebang aje lah.
Papa and Pak Ngah Mizi sedang perah keringat nak tumbangkan pokok. Tok Long and Tok Cu tolong gergaji pokok ni. |
Semua pokok dah togel. Pasu bunga semua kena alih and make sure laluan pagar clear. |
Naik tiang dulu baru pasang batu. |
Time proces memagar ni habuk toksah kata lah.
Rasa masa berjalan tu macam semut terkedek-kedek. Dalam rumah pun turut berhabuk.
Memang kena banyak bersabar. Macamana lah orang yang dok renovate rumah or tambah rumah tu kan. Mesti lagi banyak habuk time renovate.
Siap plaster. |
Bila pagar dah di plaster macam ni, rasa hati kemain gumbira.
Rasa tak sabar nak tengok pagar tu di cat. Papa awal-awal dah sound dah dah siap pagar ni nanti toksah lah nak beli bunga and letak atas pagar. (macamana ler Papa boleh detect apa dalam hati Mama ni ye? nampak gaya takde chance lah nak membungakan pagar.)
Oh ya tunggul pokok ni memang Mama sengaja biarkan sebab nak gantung pokok bunga. Jida siap tolong semaikan pokok orkid kat tunggul mati ni untuk kita.
(tak dapat membunga pagar, Mama membunga tunggul pun jadilah)
Dalam masa 1 bulan lebih juga lah baru pagar kita ni siap.
Lambat siap sebab pekerja tak ramai and kebetulan time tu musim hujan pula.
Seronok rasanya bila rumah dah berpagar ni.
Nak sidai kain luar rumah rasa secure and bila nak berehat kat beranda sambil
minum petang pun tak lah segan kan.
Hakim rajin tolong Papa tambak tanah. |
Ok, selesai bab pagar, nak tak nak kena lah level kan tanah pula bagi rata.
Papa tambak tanah merah sebab tanah merah murah sikit tp bila dah tambah tanah ni ada 1 masalah baru timbul.
Bila hujan air tanah merah ni memercik ke dinding pagar.
So bahagian bawah pagar akan comot dek sebab tanah merah ni. Kena siram dengan air baru kesan tanah tu hilang. Masalah besar juga ni. Kesian kat wall tu kan.
Ada 2 penyelesaian kalau tak nak perkara ni berterusan.
1. tuang je tar or simen je tanah tu
2. tanam rumput.
~~~~ Kali ni kita ikut pilihan Papa. Tanam rumput~~~~
:)