Wednesday 9 September 2015

Meja taman sekangkang kera.

Asalnya nak cari kerusi taman yang comel-comel yang macam ni je. 
Terjebak nak berkerusi meja taman ni sebab tengok Nenek Ucu (merangkap jiran sebelah rumah)  beli kerusi taman rupa ini lah lebih kurang pada Mamat lori yang lalu lalang naik lori dengan harga RM180 satu set siap!

Comel kan set meja taman ni. 
Harga pun mampu milik. Dari lori terus park kat taman, terbaik kan. Zaman sekarang kebanyakkan barang semua boleh beli online, yang jual terus ke pintu rumah pun ada. Macam Mamat jual kerusi meja ni lah. Senang, pilih mana berkenan dalam lori tu pastu minta Mamat lori susun kan. 

Dah macam nak beli lauk kat lori ikan pulak kekdahnye! Hihihihi....


Sumber gambo amik dari Google, mudah.my.

Kenapa Mama terjebak nak juga set meja taman?
Pasalnya  rumput carpet yang kita tanam awal tahun aritu dah bercantum semuanya  so Mama ni feeling feeling nak ber coffe table lah dengan Papa kat garden sekangkang kera depan rumah kita tu. Sambil tu boleh Mama teman Papa untuk merealisasikan impian nya untuk ber picnic di laman sambil baring golek-golek dengan Hakim kat rumput carpet kita. 

(erm...so far aksi tersebut masih tak dapat direalisasikan because  kat rumput carpet ni banyak grasshopper ! Anak belalang banyak main lompat-lompat. 
Spider pun suka lepak kat rumput carpet ni rupanya)

Okay, kita sambung kisah meja taman ye.
Dari hari ke hari Mama ni dok tunggu Mamat lori jual meja lalu depan rumah, tapi dukacita dimaklumkan orang yang ditunggu tak muncul-muncul.
Biasalah bila nak dia takde, bila tak nak tu seminggu 3-4 kali lalu depan rumah.

Jadi oleh kerana hati ni tak boleh nak sabar, gagah lah Mama ni pergi survey kedai perabut yang ada jual meja taman ni di sekitar Sungai Bulohi. Survey punya survey terjodoh dengan kedai kerusi taman yang dekat dengan rumah kita.

Berdekatan  dengan Showroom Honda kat Sungai Plong dan  dijaga oleh Makcik Saodah,
Rumah Makcik Saodah ni sebelah je dengan kedai meja taman.

 Makcik Saodah ni kata,  kedai ni patut dah tutup sebab tak ada orang nak jaga but tuan kedai offer pada Makcik Saodah ni untuk jagakan sebab Makcik ni memang suri rumah and rumah nya pula betul-betul sebelah kedai ni je. Jadi daripada takde buat apa, Makcik Saodah ni pun setuju je lah tolong jaga kedai , dapat juga duit belanja buat beli ikan kan. Hihihihi...

 So next time kalau ke sini tak ada orang jaga kedai, pergi je ketuk pintu rumah Makcik Saodah ni ye. Insyallah , kita akan dilayan dengan ramah oleh Makcik Saodah ni.


Ok, boss kecik tengah pilih kerusi.

Ada ke yang harga RM200?
Ha...banyak pilihan kerusi taman kat kedai ni.
Nak besar ada, kecik pun ada. nak beli kerusi sahaja pun boleh. Pilih... pilih.

Bila tengok semua cantik-cantik.
Harga pun cantik! Huhuhuhu....

Ikut kan hati nak beli je yang besar tapi bila terkenangkan laman kita yang cinonet tu plus harga yang beribu. Maka harap maklum je lah, niat tu hanya tinggal niat aje. 


Hat ni RM1K++  . Siap ada penyandar. Tak ingat actual price sebab tau tak mampu beli. Huhuhuhu...

RM750/set . Size sedang elok untuk garden yang kecil.

RM750/set. Harga sama macam yang kat atas tapi kerusi jenis bulat.

RM 1K++. Cantik kan.......... 
Setelah dibelek and difikir fikir.
Mama decide kita beli set meja taman yang biasa-biasa je. Asal boleh duduk muat 8 orang and muat elok diletakkan di laman sekangkang kera kita jadilah. 

Kalau nak yang besar tu kena tunggu Papa jadi Pengarah dulu. Hihihihi...
Baru lah padan kan kerusi taman dengan jawatan. Kikikiki...

Jadi inilah meja Marble yang menghiasi laman sekangkang kera kita.
Di letakkan dengan penuh berhati-hati di atas rumput carpet kita yang tak berapa nak rata tu. Berombak-ombak tu rumput carpet kita, SENI kata Papa!
 Padahal Papa dah malas nak  bagi rata tanah tu. (nantilah Mama update cerita kita 3 beranak bertungkus lumus meratakan tanah untuk project rumput carpet ni)

Gambar masa Aidilfitri.
 Atok Ngah tengah urut kaki Tok Yon.  Kerusi taman boleh jadi kerusi urut tuuuuu. Hihihihi

Harga meja marble ni RM750 tapi dapat lah kurang jadi RM720, Makcik Saodah kata dia belanja Hakim RM30. Ok lah tu daripada tak dapat kurang langsung kan.
Harga termasuk dengan kos penghantaran. Arini beli, esok dapat. Dapat yang baru tau bukan yang display. Suke suke!

So Papa, bila nak golek golek... baring-baring dengan anak kat rumput carpet Papa tu????

~~~ Sampai ke laaaaa Mamat lori jual kerusi takde lalu lagi kat depan rumah~~~~~


3 comments:

  1. salam kak,, kak beli set meja ni dekat mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Sungai Buloh. Kedai nya dekat dengan Honda showroom. Boleh nmpk tepi jalan.

      Delete