Monday 7 September 2015

Home Deco budget ciput di Kaison.

Terjebak dah.

Sebab kemaruk nak men deco rumah punya pasal sanggup ni meredah hujan panas (naik kete, ayat nak gempak aje. Hihihhi....) nak ke Paradigm Mall. Tinggal Hakim and Papa kat rumah. Mama pergi dengan Maksu je. Nak ke Paradigm Mall semata-mata nak ke Kaison hari Sabtu lepas.

Bukan apa, ramai sangat orang kata barang deco kat Kaison ni cheap-cheap.
So Mama ni kengkonon nak tengok sendiri lah betul ke murah, so next month bila rumah kita siap renovate bole lah operasi membodek Papa ke sini nak beli barang.

First time ni Mama ke Paradigm Mall, 
Jalan nak ke sana dari rumah kita tak jauh pun, 30 minute boleh sampai cume kena pergi pagi-pagi sebab parking lot nye yang limited.  Sampai je kat sana, Mama and Maksu  terus je cari Kaison. 


Inilah Kaison Paradigm Mall
Sekali masuk, kat entrance Kaison ni diorang dok hamparkan dengan berbakul-bakul bunga artificial yang super gojes tertarik menarik warnanya. 

Model pun kena pakai baju bunga-bunga. Tq Maksu Hakim sebab sudi teman Mama


Tengok bunga je pun dah ligat kepala Mama dok fikir nak letak kat mana,
 nak padankan dengan pasu apa. Huh!!! 

Masuk dalam lagi, macam-macam ada jual kat Kaison ni. Betul lah, memang semuanya barang untuk hias rumah ada dijual di sini dengan harga yang lebih murah berbanding dengan KK Home Deco dan yang seangkatan dengan nya.

But kualiti Mama tak sure lah, sebab ni 1st time kan Mama ke Kaison ni. Belum pernah beli  lagi barangnya. Meh Mama share sikit antara barang hiasan yang ada dijual di Kaison. Mama memang nak tepek dalam blog Mama ni supaya nanti bila rumah kita dah siap renovate boleh lah Mama and Papa kira-kira budget yang nak dilaburkan kat Kaison ni nanti. Hihihihi...

Basikal hiasan ni boleh hias dengan bunga.  
 Macam basikal atas ni boleh deco dengan bunga. Harga ikut saiz  tapi yang bawah RM100 pun dah cukup comel dah. Kalau nak beli yang besar baik beli basikal betul tu je kan.
Hihihi...


Curtain and blind pun ada.

Pasu gantung ni  harga dalam +- RM9 /satu

Pagar plastik, +-RM6. Mama ingat nak susun kat rumput carpetkita, pastu tanam pokok bunga.













Hat jam ni Mama berkenan lah sangat. Harga dalam RM60-70 tak silap. 

Fikir-fikir nak letak kat dining kita yang kecik teot tu kan. Pasti pasang wallpaper Kaison yang murah. Simple, cheap but yet cantik!

Tengok diorang ni letak jam beralas kan papan susun macam sebelah ni pun nampak cantik je kan.


















Pastu kat tempat lepak kita anak beranak, Mama ingat nak letak je jam 
Kaison yang ada bunga-bunga comel macam dalam gambar kat bawah ni.

Untuk bilik  Hakim, Hakim kata nak jam yang ada gambar owl hijau tu. 
Okay, semua Mama masuk kan dalam budget ye.


Jam bulat ni semua harga RM16.90. Cermin pun ada jual.

Bantal ada macam-macam size and color.


Nampak tak hat square tu. Terasa nak beli jugak! 

Font pun ada. Ingat nak beli , susun pastu kat bawahnya letak our family photo frame.

Maksu tu pegang selimut ada makna tu.....

Frame macam-macam design.

Tomei2!

Rambang mata!

Langsir, carpet, alas kaki pun ada jual. Comel-comel pula tu.
Boleh lah guna 1 tahun then beli yang baru pun tak lah terasa sangat pasal murah kan. Berbaloi.





Satu benda yang Mama usha dah dekat seminggu kat tenet, storage yang boleh buat seat.
Berkenan nak beli tapi tak tau kat mana.
Sekali ada jual da kat Kaison. Murah pula tu.

Storage seat yang Mama nak tu memang lah bukan untuk orang yang berat-berat duduk ye.
 It just nice kalau untuk Hakim and adik-beradik sepupu Hakim nak duduk ok lah.

Kalau Mama and Papa duduk mau jahanam storage ni kan. Hihihihi....

Nak beli storage seat ni bukan apa, saja kengkonon plan nak letak kat  ruang tv. Pastu mainan Hakim boleh lah store dalam tu. So tak nampak serabut ruang santai tu nanti. 

 Maklum ler, mainan Hakim tu nak harap kemas pastu letak balik dalam bilik kamu memang berkurun berdrama nak disuruh baru dibuat. 

Storage LONDON gitu. Ni mahal sikit, ada macam-macam size.


Comel kan storage ni. Kat seat tu empuk ala-la ada bantal. Design  oren  ni tinggal yang display je.

Pilihan storage seat yang tinggal. Comel juga. Yang macam ni murah harga dalam RM35


Wallpaper 
Wallpaper Kaison kat sini banyak juga pilihan. Wallpaper ada 2 jenis, yang murah dalam harga RM11.90 tak silap. Satu lagi dalam range harga RM50-60.

Eiiii.... rasa geram je Mama nak menyoping barang-barang kat Kaison ni.
Tapi sebab ingat pesan Papa, harini Mama just cuci mata dengan Maksu tengok barang hiasan and perabut SAHAJA.

Papa kata hanya beli bila rumah siap so
bersabar lah wahai hati. Bertabah lah menentang nafsu sarakah! 


Jom ke cashier, bayar selimut and back support ajerkkkkkk. Hihihihi...beli jugak!!!!! 

~~~Research and survey sebelum membeli. Supaya tidak menyesal dikemudian hari ~~~~

6 comments: