Tuesday 17 February 2015

Fried Apple Pie yang super sedap macam Mc Donald.


Jadik juga akhirnya Fried Apple Pie ala-ala Mc Donald Mama ni.

Sedap lagi halal.


Sedap, simple dan semestinya keuntungannya tidak disalurkan kepada pihak Israel. 
Ecewahhhh... macam nak jual je. Padahal buat untuk makan anak beranak je.

Tapi memang Mama tak sangkal bahawa Apple Pie Mc Donald sangat lah sedap. Susah nak cari apple pie sesedap Mc Donald tapi since tahu yang keuntungan McD ni akan disalurkan kepada pihak Israel maka kita 3 beranak dah tak makan dah McD ... hampir 3 tahun dah rasanya. Kalau tidak...dulu asal makan McD je Mama mesti tambah oder Apple Pie ni.

Bukan apa...kita ni dah lah tak dapat menyumbang besar kepada mangsa bedilan Israel jadi sekurang-kurangnya bila kita tak makan McD ni kuranglah kot sikit keuntungan McD ni kan.

Tapi sejak 2 -3 menjak ni tekak Mama teringin lah sangat-sangat nak makan apple pie.
Try dah makan apple pie di Burger King tapi rasanya tak menepati citarasa Mama.

End up Mama try je masak sendiri apple pie ni.
Ada juga intai-intai resepi dalam blog orang lain , nak bagi cambah idea. 
Hakim cakap apple pie Mama crispy. 

Senang je nak buat apple pie ni.

Bahan untuk buat inti.
* green apple 3 biji
* 1 sudu butter
* 2 sudu brown sugar
* 1 sudu kecil perahan lemon 
*1 sudu kecil pati delima~ ni optional, saje letak sabab ada kat dapur.
* 1 sudu kecik  cinnamon powder
* 1 sudu tepung gandum


(Kalau Hakim nak manis boleh je tambah lagi sugar tapi sugar berlebihan tak baik untuk kesihatan tau. Gula perang tu pun kalau tak de tak pe, boleh je letak gula biasa)

Okay mula-mula buang kulit apple tu dan potong dadu. Ikut Hakim lah suka dadu besar or kecik. Kalau boleh jangan kecik sangat sebab kalau kecik time nak bite tu tak syok. Sebab bila dapat bite isi apple yang masam manis tu yang boleh terangkat tu.... hihihi.

Masak sekaligus semua bahan inti tu dalam periuk, No need letak air sebab automatik gula tu akan cair sekali dengan apple tu. Masak dengan api sederhana dan kacau sampai semua sebati.



Campor semua bahan .
Kulitnye???
Pakai roti ajerkkkkk.   :)

Senangkan.... Bila dah masak elok inti tu, dapatkan roti petak yang biasa dapat kat kedai.
Mama guna roti Gardenia je. Mama bab pastri memang fail so nak senang guna je roti sedia ada ni jadi kulit apple pie.

Make sure Hakim buang tepi/kulit roti dulu then roll kan dengan gelas kasi penyek roti tu.
Lepas dah penyek then Hakim lipat 2 roti tu and picit/klim kan bahagian tepi roti bagi melekat. 

Dah elok lekat boleh lah masukkan filling apple pie yang dah disejukkan. 
Macam gambar kat bawah ni.

Masukkan inti perlahan-lahan. 


Siap je masuk inti dalam roti, boleh lah kuatkan kan lagi klim tu dengan garfu macam gambar bawah ni. Selain mengelakkan bahagan tu terbuka, apple pie tu jadi lebih menarik kan.

Tips nak kasi klim tu elok lekat antara roti tu.
 Letak sedikit sebatian tepung gandum + air pada keliling tempat nak klim tu then baru lah Hakim klim bahagian tepi tu ye.

Masa inti filling jangan penuh sangat nanti susah nak klim ye Hakim.

Siap mengelim boleh lah terus goreng apple pie kita dalam kuali . Minyak kena banyak ye bagi tenggelam roti tu. Masak dalam minyak panas dalam 5 second je. 

Siap!!!!!



Inilah rupa apple pie pertama Mama. 

Sedap lagi halal. 
Alhamdulillah... crunchy dan sedap dimakan panas-panas.
Papa pun suka makan apple pai goreng Mama ni. Siap oder buat lagi. 

Filling yang lebih tu boleh simpan dalam fridge and bila-bila masa je boleh guna lagi bila teringin nak makan apple pie.

~~~ Seronok bila masak... jadi!~~~

No comments:

Post a Comment