Friday, 30 January 2015

Projek tanam rumput untuk laman kecil cinonet


Sejak pagar dah nice cantik ni kan, hati Mama ni dok 
berkenan pula nak tanam rumput kat laman rumah kita yang cinonet tu. 

Papa awal-awal lagi dah pesan kat Mama yang once pagar ni siap jangan nak
 tanam apa-apa pokok bunga. Semak katanye.
Sabo je lah kan....

Bunga pun semak ke Papa?????

Biar lah... Papa tak paham yang pokok-pokok bunga ni lah yang menyerikan lagi laman kita yang cinonet ni kan.

Ok, berbalik kepada tajuk yang ingin dibincangkan. (Skema betul! hihihhih)
Rupanya banyak jenis rumput juga ye ada dijual. Selama ni Mama ingat rumput carpet je yang orang dok tanam. Jadi selepas meng search kat laman sesawang ni Mama dah short list rumput yang bakal mewarnai laman cinonet kita nanti. 

1. Rumput mutiara ( pearl grass)
2. Rumput padang (cow grass)
3. Rumput carpet ( Philippine grass)

Rumput mutiara belum penuh.


Close up Pearl grass yang cimetot daunnya.

Pearl grass ni nampak comel kan daun nye. Kecik-kecik and padat. Sekali pandang Memang Mama dah terbekenan.


Cow grass

Rumput cow grass ni pula banyak dapat kat padang. Daunnya lebih kurang pearl tapi lebih memanjang.


Rumput carpet Philippine


Yang jenis carpet ni memang glamour lah. Selalu orang tanam kat laman rumah sebab rumputnya halus-halus. Nampak lain lah tapi tak tau kenapa, Mama kurang berkenan pula. Tambahan pula kucing suka dok vera-vera kat rumput carpet ni. So thats why rumput carpet ni Mama letak list palling corot. Hihihi.


Banyak perkara yang perlu Mama consider kan before beli rumput idaman. 
Antaranya cost belian dan maintenance.



Quotation as at 30.1.2014

Sejak beli pokok pagar dengan Acik Linda dari Nursery  Ceria Hijau Sdn Bhd di Sungai Buloh ni, senang lah Mama dok Wassup je dengan Acik Linda ni tanya tentang rumput pula. Acik Linda quot kan harga bagi setiap size rumput sekeping; 2 x 1  kaki macam kat bawah ni.

1. Rumput mutiara ( pearl grass) =RM1.30/keping

2. Rumput padang (cow grass) = RM1.10/keping

3. Rumput carpet ( Philippine grass) = RM1.20/keping

(semua harga ni belum minta less lagi ni. nanti dah confirm. Mama akan minta less lagi)

Acik Linda inform yang rumput padang ni lebih mudah dijaga dan harga pun lebih murah.
cara nak tanam senang je. Just letak tanah merah  or topsoil then make sure batu or apa-apa je benda keras dibuang. Lepas tu baru lah susun rumput atas tanah yang dah clean and clear tu. 

So, ini lah kerja Mama di hari Jumaat yang mulia ini. 
Balik nanti baru nak bincang dengan Papa.

Yang penting kena make sure lori tanah dah hantar tanah merah ke rumah kita dulu. 
Then baru boleh start projek merumput. 

Our contractor pagar yang baik hati said... better tanam rumput cepat after letak tanah merah.
Sebab dikhuatiri di musin hujan ni boleh menyebabkan air dari tanah merah terpercik kena pagar batu yang dia dah buat tu. Betul juga kan...
Nanti pagar tak cantik, bertompok dek kerana percikan tanah merah.

Terima kasih En Contractor for your very informative advice.

Insyallah bila pagar  and merumput dah siap . 
Mama akan share dengan Hakim siapa contractor yang baik hati tu dan rumput apa yang kita guna untuk laman kita yang cinonet ni.


~~~ Ceria Hijau  S/B ni nursery Melayu tau, Jom lah kita beli ngan depa ye~~~


Friday, 23 January 2015

Cubaan kali ke dua menuju IUI


Alhamdulillah setelah almost  3 month berehat daripada apa-apa treatment , kini hati Mama terbuka semula untuk menyambung treatment di  Hospital Kuala Lumpur.

Kalau nak di ikutkan rasa kecewa last 4 month after treatment gagal memang dah give up dah nak sambung treatment ni. Tapi sebagai wanita, sebagai Mama... semangat memang kena kuat.
Gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya.

Jadi Mama and Papa nak bagi 1 lagi peluang untuk cuba sekali lagi fertility treatment ini.
Cuma kali ini dilakukan secara rahsia, Insyallah tiada siapa yang tahu tentang treatment Mama and Papa kali ni. Rasanya biarlah jadi rahsia dahulu.

Yes...ato,-ato Jida and nenek pun tak tahu. 
Kali ni memang dibuat secara diam-diam. Mudah-mudahan ada penghujung yang manis untuk dikongsi bersama. Bukan apa, Mama tak nak keluarga kita pun tertempias rasa kecewa and sedih bila IUI tidak dapat dibuat or gagal macam last time.

Mama akan buat dulu treatment and Insyallah bila aa masa yang sesuai baru Mama share dengan Jida.
Mudah-mudahan treatment kali ini membuahkan hasil yang baik di pengakhirannya, Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Jika gagal juga setidaknya kita tidak akan kesal dikemuadian hari. Sebab kita dah usaha. Sebab Allah memang dah plan nak bagi sesuatu yang lebih baik daripada kejayaan IUI ini.

Ya Allah... 
bantulah kami mendapat keredhaanMu dalam usaha mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah.

Amin....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

First appointment untuk treatment kali ke- 2 
Reproductive  Unit ,HKL.

Macam biasa berat diambil dan Doktor bagi sedikit nasihat agar Mama perlu pastikan berat badan tidak naik and kalau boleh penurunan berat badan mesti diteruskan. Timbang berat time ni 84kgs, erm... kat rumah penimbang digital tunjuk 83.5kgs. Ralat +-1kg tak pe kot....

Tapi sebelum tu Mama tetap kena buat urine test. Kot le mengandungkan.

Ni result nye....     -VE.

Alhamdulillah... negative tu ada hikmah ye.
selesai sesi consultation , Doktor bekalkan Mama 10 biji Duphaston untuk dimakan selama 5 hari berturut-turut. 

Mama dikehendaki datang semula ke sini bila hari Period ke 2 or 3. Kena bawa sekali cooling bag and ice pack. Macam yang sebelum ni.

Sepatutnya Mama dah boleh terus makan je Duphaston tu sebab normally 5 days after habis makan ubat tu Mama akan period. Makna kata  di 2 minggu terakhir Januari boleh lah mula inject perut dengan penggalak telur/folikel. 

Tapi Papa pula ada kursus di Penang. So terpaksa postponed. 
Then masuk February nanti , Mama pula sibuk dengan kerja nak renew permit foreign worker bagai so tertunda lagi nak makan Duphaston. Ye lah kan orang kata kalau nak pragnent ni tak boleh stress. kerja deal dengan immigration ni memang stress to the limit tau. Jadi Mama fikir ada baik kalau Mama postponed je dulu. Kan? Kan? Kan?

Week akhir January , Mama call HKL tanya boleh ke postponed makan Duphaston ni, Mama cakap lah yang Papa tak ada kena outstation lah , itu  lah... ini lah...Pastu cakapkat nurse kang kalau makan juga Duphaston tu kang sekali telur matang but Papa tak ada , no point gak kan.

Dengan santun nurse jawab yang mereka tak kisah bila-bila pun Mama nak makan ubat tu pun boleh. Janji bila CD2 or CD3 Mama kena datang ke HKL  then baru boleh start inject meng inject ni.

Ha... makanya tu yang Mama boleh suka -suka susun jadual. Susun jadual bila nak Cik Peri ni keluar ye.

~~~ Kena kuat fizikal! Kuat mental!~~~

Rubbermaid , Reveal Microfiber Spray Mop

Ini barang baik... Ini barang baik...

Kenapa Mama kata  ini barang baik?

1. Tak perlukan baldi nak isi sabun. 
So jimat ruang, jimat air and jimat sabun. 
Yang penting tak yah nak isi air kat bilik air.

2. Tak payah dah Mama nak perah rambut mop yang berjurai-jurai 
sampai tegang semua 
urat perut, urat lengan, urat jari jemari. 

Just tanggalkan kain pengelap tu daripada kepala mop then 
Mama boleh tenyeh je kain tu  kat sink. 

3. Tak berat, tak serabut, tak payah nak angkut sekali kayu mop tu 
naik sink. Kekadang kalau guna mop biasa tu sampai basah le baju
 and seluar kan sebab nak perah mop punye hal.

4. Kepala mop ni boleh pusing-pusing so
 kat celah kerusi meja boleh mop bersih. Ala-ala vakum boleh pusing kepalanya. 
Kalau lah ada vakum yang boleh sedut habuk and sampau..plus boleh mop sekali... kan bagus. 
Ke memang ada tapi Mama tak tau ye...kalau ada mesti mahal kan.

5. Mop ni disediakan sekali dengan botol air. 
Hihihih..bukan botol air minuman ye. Botol air ni boleh isi dengan any sabun lantai 
yang Mama suka. Sukat je air dengan sabun tu dengan sukatan yang betul ke dalam botol tu ye.

 Kot tak nak letak sabun pun boleh je. Isi je air paip bersih dalam botol then clip kan kat tepi batang mop.  Nak guna just tekan je kat kepala mop tu nanti botol tu akan spray kan air /bancuhan sabun tu ke lantai.

Nak detail cara nak guna mop canggih ni boleh
tengok video Rubbermaid , Reveal Microfiber Spray Mop kat sini.

 Memang macam ni lah Mama and Hakim guna kat rumah. 
Biasanya iklan kan indah khabar dari rupa, but ini barang memang seindah iklan ye. 

Ini pula model Mama kat rumah tengah rajin mengemop dengan
 Rubbermaid , Reveal Microfiber Spray Mop . Hihihihi...



                 



Senang kan?

Ha... sebab tu lah Mama kata ini barang baik.

Hakim pun rajin tolong Mama mop rumah sebab suka main spray mop. Phewwww...

Jida pun dah berkenan dah dengan Reveal Microfiber Spray Mop ni.  

Senang katanye. Tapi memang betul pun.
Lebih-lebih lagi orang tua kan. Sakit pinggang woo nak perah mop. Nak angkut baldi lagi kan.

Yang penting kaki tak basah dah sebab nak perah mop punye pasal, biasalah bila dah mop bilik... tentu nak tenyeh mop tu dulu kat bilik air kan baru lah boleh nak mop ruang lain. Time tu dalam bilik air sure kaki basah, seluar basah. Silap haribulan lantai bilik air tu jadi licin, kesian kat Jida kan. 

So arini Mama belikan Jida set Reveal Microfiber Spray Mop ni. 
Hadiah tahun baru. 

~~~ Selamat mengemop rumah ye Jida~~~


Wednesday, 14 January 2015

Masih dengan Little Caliphs.


Anak manja Papa, Day 1 to school.
Masih dengan Litlle Caliph.

Ya macam tu lah nampaknya. 
Cuma sesi persekolahan tahun ni agak lewat berbanding tahun lepas ekoran tragedi bencana banjir luar biasa yang melanda negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan , terengganu dan Pahang.

12 January baru school dibuka. 
Mudah-mudahan anak-anak yang dilanda banjir di Pantai Timur diberi kekuatan dan ketabahan untuk memasuki alam persekolahan walau pun dalam keadaan serba kekurangan..

Macam Hakim ni beruntung, ada baju baru, ada bag baru, ada selipar baru untuk ke sekolah.

Sampai je Little Caliphs pagi tu, nampak keadaan kalut sikit.
Maybe sebab sesi kali ni semakin ramai student yang register dengan Little Caliph di TSB ni. Macam biasalah ada yang menangis, ada yang tertidur, ada juga student yang okay. Jiwa kental. Hihihihi...
Biasa nye ni student lama and student yang dah six year.

Hakim? 
Erm... pada mulanya Hakim pun macam takut-takut nak stay.  Maybe sebab;

1. Terlalu ramai orang asing
Ramai student baru yang menangis. Then ramai pula parent yang hadir kan. Jadi maybe Hakim rasa macam insecure , tambah-tambah lagi bila teacher pun ramai yang baru.

Nampak parents je...anak-anak tenggelam. Actully time ni anak-anak sedang ready untuk solat Dhuha


2. Keadaan Little caliph berubah.
Last year Little Caliph TSB ni just sewa 1 premis only but this year dah tambah lagi 1 premis.
Premise baru tu untuk study ( ada partition and kerusi meja) and premise lama dah lapang yang ada cuma simple playground and tv.

Dah ada playground.

Premise lama dah lapang.

3. Cuti panjang sangat!

Cuti lebih sebulan kan. Dalam sebulan tu memang tak ada langsung ke school.
Actually ada je Little Caliphs ni buat program cuti sekolah but Mama and Papa tak hantar. 
Biasalah kan bila cuti lama mood tu lain. Mood kemehmeh. Huhuhuu....


Tapi kemehmeh macam mana pun Hakim tetap kena pergi school, kena tinggal kat school.
Alhamdulillah bila Mama and Papa dah pass Hakim pada Teacher Shiela (teacher lama) , Hakim terus joint kawan-kawan unuk Solat Dhuha.

Papa je amik cuti haritu sebab nak amik Hakim pukul 1pm .
Day 1 kan... takpe lah half day je. Esok lusa dah full day di school.


~~~ Mama doakan Hakim jadi orang yang beruntung, di dunia dan akhirat.~~~






Saturday, 10 January 2015

Percutian pertama 2015: TANJUNG SEPANG BEACH RESORT.


Lompat Hakim lompat!

Ceritera tirai 2015 bermula dengan khabar gembira. 
   Percutian keluarga pembuka entry 2015  ...

Rasanya macam baru semalam je kita mandi pantai. Seronok sangat Hakim sebab 
last time  mandi pantai time kita sekeluarga ke Langkawi masa Nov. 2013. 
Alhamdulillah di awal tahun 2015 ni kita ke Tanjung Sepang Beach Resort pula beramai-ramai dengan seluruh ahli keluarga MS pada 3 & 4 January yang lalu.

Actually percutian kali ni  sponsored by Ato. Ato amik 3 buah superior room untuk 
keselesaan kita sekeluarga. Semua orang joint vacation but this time Ato Lang & family from Pasir Gudang pun joint sakali. 

Dalam trip kali ni Ato Lang & family bertindak sebagai AJK makanan.

 Memang terbaik lah menu yang Ato Lang sediakan
 dengan budget makanan kali ni Mama, Mak Ngah and Mak Teh yang sponsor. 



Punggah barang nak check in.

Kita sampai ke Tanjung Sepang ni hari Sabtu petang dalam pukul 1 tghari macam tu. Actually malam Jumaat tu kita dah mulakan journey to JB (rumah Mak Ngah). So that takde lah terasa penat sangat nak direct to Tanjung Sepang tu kan. 

Kalau nak di ikutkan almost 6 hour perjalanan darat dari rumah kita ke Tanjung Sepang ni tau. Memang rasa kebas punggung wooooo duduk lama-lama dalam car.

Petrol & toll pergi balik KL-TS-KL dalam RM200. Okay lah tu kan. Maklum ler minyak RON95 currently RM1.90/l.... boleh berjalan lebih jauh. Hihihihihi....

Hakim nak naik troli ke chalet.
Sampai ke Tanjung Sepang ni,  aktiviti pertama ialah...

M A K A N

M A K A N
 Biasalah kan bila dah berjalan ni memang makan apa pun sedap.

Nak nak lagi bila mengadap laut. Angin serius tengah kuat time kita makan ni. Lauk memang boleh terbalik dari pinggan. Serius! Rugi pula rasa tak record time spegeti Mak Ngah terbalik dek kerana tiupan angin laut Tanjung Sepang ni.

Nampak tak Mak Dal dok pegang tutup tupperware pink tu.
Tu sebab takut pinggan dia terbalik lah tu. Hihihihihi....


Syok makan ye guyzzzzz

AJK makanan : Atok Lang family: Zurin & Faiz

Angin kuat tapi ape ada hal? Nak juga bergambo!

Ato Lang yang brave!


Mama with Cik Meghah.

Ato & Jida , santai senang hati.

Ato oh Ato.


Pengantin suam-suam kuku  ;P
After check in chalet all kids terus salin baju nak mandi laut katenye. 
Semua tak sabar nak built castle, nak berendam, nak main pasir! 

Tentang chalet pula kita dah tetap kan macam ni,
1 untuk family perempuan and anak-anak.
 1 untuk lelaki and 1 lagi untuk ato-ato. 

Meghah  & Aufaa. Mama Long ♥ U


We love u Jida.

Atif trying to calm ......

BUT...

Seems like... NOOOOOOO!


Papa bertabah melayan kerenah anak-anak.

Cinta hati Mama and Papa... Andy Hakim.

Syok ye main tanah Atif and Aufa.

Nenek Lang suka main air
Lama juga melayan anak2 mandi laut petang tu.
Dah nak pukul 6 barulah ajak semua mandi kat swimming pool.

Swimming pool di Tanjung Sepang ni tak lah besar sangat , lebih-lebih lagi time weekend kan. memang ramai lah umat mandi. 

Hakim tak sabar nak mandi kat pool ni Papa.

Silau-silau pun nak bergambo! Adik meghah dah ketiduran tu.

Kolam ni dalam sikit, untuk dewasa.

Hakim can swim  :)

Pool for anak anak.  Tak dalam and kecil sikit.
Siap berendam laut... berendam pool masing -masing bersiap untuk agenda malam.
Its BBQ time!!!

Malam pukul 8 semua dah ready nak bbq. 
Menu makanan disediakan sendiri dari rumah Mak Ngah and Ato Lang. 
Ada spaghetti, nasi berlauk,  cake dll.

But satay from  Ato Lang sangat terbaik !

BBQ time!

Macam biasa ... all gals ber gambo. Bapak2 kepanasan bako bbq. Hihihi
Nak share sikit, time bbq ni boleh dikatakan semua guest kat sini pun ber bbq. Meriah sangat.  Siap bertukar- tukar lauk bbq lagi. Walau saling tidak mengenali tapi dah macam hidup berjiran, Saling bertukar juadah. Seronok sangat macam percutian beramai-ramai pulak rasanya.

Lepas bbq kita santai-santai kat tepi pantai.
Ya Allah  suasana nya sangat damai. Kebetulan time tu bulan terang, memang cantik cahayanya menyentuh pantai. Bunyi deruan ombak yang menghempas pantai dan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa malam itu  benar- benar mendamaikan hati Mama.

Sesekali boleh nampak banyak ketam dari laut cuba naik ke pantai.
Bunyinya berlari dari nampakan manusia ...unik!


Papa... Mama...  In love.  Again..n again...againnnnnnn.  ♥♥♥

Ato & Jida pakai kain sarong je. Sempoi!!!

Di bawah chahya bulan mengambang.
Hari ke 2, after subur pukul 6.50am
 u all dah berendam kat laut. Ato pun joint sama mandi laut subuh tu. 

Cuma emak - emak je tak follow sebab nak prepare breakfast.

Hakim dengan baju tidur je berendam sama.  Tak dan nak tukar swimming suit.  

Menghayati pagi yang tenang bersama keluarga tercinta. Ini baru romantik!

Kesayangan mandi laut pakai sleeping pyjama. Belasah je lah...

Puas mandi laut Hakim kali  ni. Dari subuh sampai pukul 10 pagi.


Tak dinafikan mandi laut kat Tanjung Sepang ni memang best. 

Seriously, laut nya sangat bersih dan sangat lah landai. Tak de lah risau sangat nak bagi Hakim mandi.  Ada kot dalam 100 meter dari pantai still landai. Pasir nya pun... halus mulus!

Tapi landai dan best macamana pun... safety first okay.
Malang ni tak berbau. Kan....

Lepas mandi kita bersiap berkemas. Check bilik semua. Return all remote tv,  aircon, key etc.... 


Ready nak balik. 
Panjang berjelakan entry walaupun stay 1 malam je kat Tanjung Sepang ni.

Meh nak share sikit review pasal tanjung Sepang Beach Resort ni. Kot lah boleh jadi panduan di masa hadapan. Hiihihihi...

Peta setepek.

Bawah ni ada layout Tanjung Sepang resort, bilik tak banyak pun jadi kalau rasa nak ke sini better booked awal-awal lebih-lebih lagi kalau plan nak ke sini time cuti sekolah.

 Bilik yang bersambung 4 tu ada connecting room. So kalau nak booking boleh request type bilik mana yang nak ye. Macam kita amik bilik superior type no connecting, number 25, 26 and 27. Sederet je dekat dengan swimming pool. Kiranye buka je pintu belakang boleh nampak pool. Bilik-bilik lain tak ada pintu belakang.


Layout

Gambaran our chalet dari depan.

Setiap unit bilik tak kira ape jenis bilik ada disediakan tempat BBQ di depan bilik masing-masing.

Bilik Superior.

2 queen size bed

Pandangan dari balkoni bilik kita, terus mengadap laut je depan tu.


Kalau nak detail harga and facilties boleh terus click kat sini ye. Kot le lagi 4 or 5 tahun akan datang nak ke sini lagi kan. Boleh lah klik-klik aje.  :)