Tuesday 3 June 2014

Santai di Zoo Melaka dengan buggy service. Terbaek!!!


Welcome to Melaka Zoo & Night Safari
Tetiba je kan tak de hujung pangkal Mama dok citer pasal Zoo Melaka. Actually kita ke Melaka 
last week sempena Hari Keluarga office Papa. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti 3 hari 2 malam kat sana, activity kita di Zoo Melaka ni lah  antara yang paling best! Pasal 2 hari kita kat Melaka tu just stay kat hotel sementara Papa berkursus. Phewwwww....

Moh singkap kenangan lalu....  last kita ke Zoo Melaka ialah pada tahun 2010
Time tu Hakim umur dalam 5 month macam tu. Papa gagah tolak stroller Hakim. Berpeluh-peluh! Ape tak nye bila Hakim dah boring dalam stroller, Papa dukung pula Hakim guna baby carrier. Masa tu Papa sihat and gagah. Bila tengok balik gambar last 4 years tu rasa macam baru je kita  ke Zoo Melaka ni.

After almost 4 years kan, kali ni kita ke sini lagi but this time no more tolak stoller sebab this time Mama sewa buggy .  Plan asalnya tak nak berlama-lama kat zoo ni sebab Papa tak sihat. Demam on off plus batuk-batuk kesian pula nak dukung Hakim nanti. Papa plan kita masuk zoo & naik tram pusing satu zoo then balik, asal tertunai hajat Hakim je. 

Tapi bila masuk zoo tu elok  time nak que naik tram ternampak pula kaunter buggy service. Sesaje lah  nak tanye pakej & apa yang visitor boleh dapat kalau sewa buggy ni kan. Lepas dah tanye memacam tu Mama rasa macam best pula then we decide nak try lah sewa buggy ni  demi kesejahteraan kita sekeluarga. Ceeeeeeeeeewah!!!

Pada Mama ia sangat lah berbaloi. 
Ada 2 pakej provided, Mama amik pakej B... full pakage. Beza RM20 je pun kan. Bezanya dengan naik tram tu kita kena share dengan penumpang lain & kalau kita turun takde maknenye driver tram tu nak tunggu. Kirenye tram ni naik sekali je. Kalau turun half way mean lagi half way tu kena jalan kaki. Or kalau tak silap kalau nak naik juga tram, visitor kena tunggu next tram itu pun kalau tram tu ada tempat kosong. Kalau tidak....bye bye....... hihihii.



Buggy pula ada 2 jenis kat sini. 
Ada yang muat untuk 4 seat and 6 seat. Macam kita ni naik yang 4 seat. 
Harga sama je yang bezakan ialah pakej ape yang kita amik.Pakej B yang Mama & Papa pilih 
ni include tour guide & interactive talk,wildlife photo, animal feeding & air mineral.

Istimewanya gunakan buggy service ni  sebab Papa tak perlu lah dukung Hakim 
yang berat 14kg ni ke hulu hilir zoo. ( sebab Hakim ni kalau berjalan tu sekejap-sekejap nak berdukung)  . Kalau ada bawa stroller pun masih boleh lipat and letak stroller kat belakang buggy ni. 

Kita bertuah dapat tour guide yang sporting, muda & sangat lah knowledgeable
 pasal animal kat zoo melaka ni. Nama our tour guide ni Aizat. Memang petah je dia dok explain pasal animal kat sini. Kalau rasa nak stop boleh je bagitau kat Aizat ni. Dia akan stop & follow kita ke mana je kita pergi.  Memang puas hati sangat lah. Bila ke kandang mana-mana animal dia akan bagitau dan bezakan yang mana 1 jantan betina. Siap bagitau nama lagi. Paling syok dia akan tolong panggil kan animal tu datang dekat or paling tidak pun kalau animal tu tengah  tidur, animal tu akan bangun dan angkat badan sebab nak tengok orang yang panggil nama dia. 

Serius!!!! Teruja. 

Kirenya kalau time tu kita stop  kat kandang tiger, tiger tengah sedap tidur. 
Aizat ni akan panggil nama tiger tu.  Tiger tu akan bangun pandang Aizat. 

Tak ke seronok tu??? 

Biasa kita kalau jalan sendiri ke kandang tiger sure jerit-jerit panggil  camni kan.

"tiger!!!  ooooo......tiger!!!"

 kan kan???? 

Nan hodo nye tiger tu nak datang or bangun tidur. Our tour guide ni memang tau nama kebanyakkan animal kat sini. So dia akan panggil nama tiger tu. Baru lah tiger tu akan bangun. Macam juga kita ni. Kalau orang panggil kita "hei manusia! manusia!" agak -agak nak ke paling muka kita  kat orang tu tak? Hihihihi...
So sebab tu lah seronok bila kita ada private tour guide ni. Special sikit. Kalau ada activiti animal feeding tu kita tak perlu que....boleh terus masuk untuk feeding animal. Special kan? Dah bayor kan so kena ler special. Hhihihi....

Time lawatan tu puas lah Aizat melayan Hakim,
 Hakim yang pada mulanya malu-malu cat ...slowly develop trust kat Aizat. Aizat keep talking and akan tanya Hakim macam-macam pasal animal. Mama pun senang hati sebab rasa tak janggal ada tour guide macam ni. Papa pun nampak selesa sebab most of time relax dalam buggy and akan berjalan ke kandang animal hanya bila perlu sahaja. Aizat pula akan pastikan buggy di park near kandang or kalau terpaksa jalan sikit Aizat akan make sure amik kita di check point terdekat. So Papa tak perlu lah dukung Hakim untuk patah balik ke buggy.



Our buggy yang berkilat!

Meh nak intoduce Hakim kat Abang Aizat yang peramah tu ye.
Taraaa!!!!!

Our tour guide yang best! Aizat.



Aizat kata kat Hakim yang kura-kura ni kena sumpah jadi batu.

Aizat banyak tolong snap kan gambar kita sekeluarga. Memang banyak lah gambar yang kita bertiga sekali. Kalau tak harapan ler nak bergambar bertiga kan. Segan le nak minta orang amik kan gambar. Biasanya bila ber holiday... mostly gambar Papa and Hakim yang banyak Mama snap. Tapi kali ni syok plak, Aizat ni dah macam our tour guide cum private photographer kita plak kat zoo ni. Hihiihi...thank ye Aizat.

Elephant feeding. Sebesen makanan yang pihak zoo bagi kita untuk feeding elephant ni. Tapi time ni Hakim takut. So Mama and Papa yang feeding kan  elephant. 




Red bull. Beso kan? Badan tuff giler!



Aizat kata, normally time pagi macamni tiger suka tidur .
Inilah tiger yangMama cerita awal-awal tadi. Masa ni tiger ni tengah tidur. Boleh pula tiger 2 ekor ni terjaga  and pandang kitorang time Aizat panggil nama. Visitor yang ada time tu pun seronok bila tengok Aizat panggil tiger ni. Seekor nama Dungun (asal dari Terengganu), yang seekor lagi nama Kap ( Dari Thailand).

Actually banyak lagi animal lain yang Aizat panggil tapi tak banyak yang Mama sempat snap kan. Pasalnya terlalu seronok  melayan Hakim yang teruja tengok Aizat panggil animal. 


Aizat mahir panggil animal. Tengok lah 2 animal ni berkeliaran
dekat je dengan cermin bila dipanggil. 2 tiger atas ni baru lepas melahir kan anak.

Cuba teka bila cheetah ni kawin dengan si tiger hitam tu anak nye jadi kaler ape? Jadi cheetah or jadi hitam?? or belang-belang or bertompok macam kucing? Cuba lah teka.

 Ha...kalau nak tau bila 2 ekor tiger berlainan kaler ni kawin, anaknya hanya akan ikut kaler ibu or ayah nye sahaja. Takde tompok-tompok or half hitam half cheetah. Hanya akan ikut 1 kulit sahaja. Ilmu tu... seronok kan bila kita ada guider ni. Bayak info oleh dapat.



Nampak tak baby girafe kat situ? Baby giraffe tu lahir depan mata Aizat. Kata Aizat baby giraffe tu lahir masa birthday Zoo Melaka yang ke-50. Depan visitor si baby giraffe ni keluar dari perut Mama giraffe. 



Sempat lah juga Mama interview our tour guide ni. Mama tengok cara dia explain & interaksi dengan Hakim bagus sangat dan penuh sopan. Tak kekok and full of confident. Rupanye our tour guide ni memang orang bijak pandai, kerja ni just part time sebab bebenornya Aizat ni study lagi dan sekarang sedang cuti semester. Amik jurusan Electric Engineering dan ini tahun kedua dia bertugas sebagai tour guide di Zoo Melaka.

Ha...jauh bidang tu boleh plak part time kat Zoo ni ye?
 Tapi elok lah bekerja dari tak buat ape cuti semester kan. Hakim nanti dah besar Insyallah ada rezeki masuk university time cuti semester kalau nak jadi volunteer or kerja part time kat Zoo pun Mama benarkan. Tambah ilmu dan pengalaman. Hakim kan suka animal kan.  :)

Begitulah kisahnya lawatan kita ke Zoo Melaka kali ini.  Enjoy the moment sambil relax....



Dalam kereta nak balik tu cakap dengan Papa, plan asal Papa melawat Zoo Melaka selama 30 minit aje but end up dengan 2 jam setengah. Lama kan, hihihihi. Lama tapi seronok. Berbaloi sangat labur RM100 kat buggy service tu. Lepas ni kalau pergi Zoo bawa Ato Jida pun boleh. Tapi kena sewa buggy, barulah seronok. Tak penat. Kalau berjalan kaki confirm Ato & Jida surrender. Silap haribulan Mama & Papa yang surrender. Hihihihi...

~~~~Plan ke Zoo Melaka lagi after 3 years sebab sekarang Zoo Melaka under construction. Pihak pengurusan inform yang within 2 year dijangka semua baik pulih siap sepenuhnya. So sesiapa nak ke Zoo Melaka boleh hold program sementara ye. Try bawa family ke A'Famosa Resort sebab kat sana pun seronok bawa anak bercuti ~~~

2 comments:

  1. Salam, along, irra kawan angah. Hihi.. Kat zoo negara ada x buggy ni? Nak g melaka xtau bila. Tapi ada hati nak bawa anak2 g zoo negara. Tp mcm along cakap. Jenuh nak jalan2 dalam zoo tu..salam singgah. Www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  2. Salam ira, kalau zoo negara tak sure lah ade dak buggy ni. kalau ade mmg best ada buggy. Kalau nk bawa tok nenek pon kita tak susah hati pasal dgn buggy....mmg santai habis.

    ReplyDelete