Thursday 27 April 2017

KhataN @ SunaT: PART 3 - Berpantang


Image may contain: 2 people, people sitting, bedroom and indoor
Malam sebelum bersunat. Happy faces.
Sunat ni sakit macam kena gigit semut je....

Huh!!!!!

 Siapa lah yang memulakan statement ni ye? Sebab ternyata bukan macam tu. 
Papa kata kalau tak cakap macam tu nanti budak-budak ni tak moh bersunat.

Yang sakit macam kena gigit semut tu masa doctor inject ubat kebas aje. Lepas-lepas tu.... ahzab nye. Kesian Mama tengok. Nak nangis, panic pun ada. Meh nak citer meh.


Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and people standing
Alhamdulillah.  Gambar selepas bersunat.
 Sebelum khatan, doctor akan bagi  makan ubat dulu. Antaranya ubat tahan bengkak and tahan sakit. Hakim kata, masa doktor inject tu Hakim boleh tahan. Memang sungguh pun. Hakim keluar bilik doctor tak nangis pun. Masa tu yang teman Hakim dalam bilik doctor cuma Papa and Pak Ngah Mizi. Mama tunggu kat luar, tak sanggup dan masuk.

Image may contain: 1 person, sitting
Masuk kereta kejap, terus tidur sampai lah ke rumah.
 Sampai je rumah. Dah macam drama Melayu. Hakim menangis beria-ria sangat! Masa kat rumah baru lah Mama tengok keadaan "anu" Hakim. Macam ni ke sunat???? huhuhuhuu...
Patut lah sakit....

Rupa-rupanya Acik Haziq kat rumah pun sama.  Menangis beria.
Mungkin sebab kesan ubat tahan sakit tu dah habis. Panic Mama dibuatnya. Pujuk-pujuk pun nangis juga. Mama pun dah macam nak suruh je Papa angkat Hakim pergi clinic tu balik.

Bila Jida sampai rumah kita. Pujuk bagi segala macam coklat. Then bagi makan ubat tahan sakit. Baru lah Hakim lega. Penat nangis + tambah dos ubat tahan sakit.  Terus tidur. Bagi ibu-ibu yang pertama kali handle anak berkhatan mesti akan terkejut.  Mama is nak nangis tengok kan kamu.

Image may contain: 1 person, sitting and sleeping
Akhirnya tertidur selepas lama menangis. Sakit sangat katanya. Kesian Hakim.

Rupa-rupanya Hakim kena 11 jahitan.  Instead of 4 jahitan pada budak yang normal. Papa kata masa sunat tu rupanya masih ada nanah di bawah  "anu". Patut lah doctor kata kalau dah kena, boleh senang kena balik infection. And patut lah Hakim sangat sakit bila ubat bius habis,  Hakim banyak kali kena jahit.

Selesai bab khatan, sekarang bermula lah episod pantang dan penjagaan orang berkhatan. Nenek  and Jida pesan kat Mama, masa pantang sunat ni make sure Hakim;

  • kurang minum air, kalau lebih minum nanti nak kencing pula 
  • "anu" jangan basah. Mandi lap-lap je.Masuk hari ke-3 Mama mandikan tapi dengan penuh hati-hati tak mau "anu" kena air
  • makan makanan  yang tidak mengundang gatal. So no seafood, no ayam. Menu Hakim ikan merah, ikan senangin. Tapi masuk minggu ke-2 Mama dah mula  bagi Hakim makan ayam. As record, selama 2 minggu pantang ni, makan minum Hakim semua nak bersuap. Manje noh nohhhh!!!

Ini pula cara Mama and Papa gantung kain pelekat Hakim masa bersunat;



Image may contain: 1 person, sitting
Tempat gantung kain pelekat: Guna playmat or  buaian je. Masa ni day 2, mood tengah swing. Melayan sakit.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Day 2: Tak mau baring. Nak duduk je. Sampai tertidur kat kerusi. Sudahnya baby Ayra yang tidur atas katil.


Image may contain: 1 person, sitting
Lepas 3 hari lebih banyak guna buaian aje, tak guna playmat. Hakim pun dah bertambah ceria. Makan berselera.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Kalau nak berjalan or duduk,  Hakim just pegang je kain tu bagi tinggi.


Macam tu lah lebih kurang pantang nye. Ubat -ubat dari clinic memang Mama kasi Hakim makan ikut time. Masuk hari ke-4 , Hakim dah boleh pakai seluar. Jalan pun dah laju sikit. Tapi kain still kena gantung time tido. Masuk hari ke -12 Hakim dah boleh ke sekolah tapi jalan kena kepit-kepit juga lah. Tak boleh lari. Dah 2 minggu lebih sikit macamtu. Baru ok boleh lari laju. Berjalan kehulu hilir. Main skuter naik umah Ato pun selumber je. Alhamdulillah.

Image may contain: 1 person
Day 4: Dah siap boleh bersila. Main hot wheel dengan sepupu sepapat yang datang ziarah.


Image may contain: 1 person, standing and indoor
Day 12: Dah boleh ke sekolah.

Cuma nak pesan, bagi ibu-ibu yang pilih kaedah laser. Ibu-ibu akan dapati macam ada selaput kuning pada "anu" anak. Macam nanah yang keras. Benda itu bukan nanah ye. Benda tu adalah tindak balas ubat sapu dengan ubat cecair yang doctor sapu masa khatan.

Bila dah 7-8 hari, boleh lah lap dengan lembut kawasan tu bagi benda kuning macam nanah tu tanggal. jangan paksa pula ye. Buat slow-slow. Mama siap titiskan dengan air bahagian yang keras tu untuk bagi benda yang macam nanah tu lembut. Memang memerlukan kesabaran. Hati ibu-ibu kena kental sikit. Anak kita memang akan merengek time ni.

Tapi ingat ye, jangan paksa kalau benda tu tak lembut. Nanti luka pula. Sian kat anak. Kalau rasa risau, boleh je bawa anak ke klinik. Or call je pihak clinic yang khatan anak kita tu. InsyAllah mereka akan bantu sebaik mungkin. Satu lagi nak pesan, ibu-ibu jangan pula tarik benang yang dijahit kat 'anu' tu ye. Benang tu akan tanggal sendiri.  :)

Image may contain: 23 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Kenduri kesyukuran Hakim selamat khatan dan sambut ramadhan. (malam, 22/4/2017)

Apa pun Mama bersyukur kepada Allah kerana memberi Mama peluang melalui pengalaman ini. Bila Hakim sihat ni rasa kejap sangat masa berkhatan dan berpantang tu berlalu. Bila tengok Hakim dah sihat daripada khatan, Mama happy sangat! Sebab... melihat Hakim sakit berkhatan adalah lebih sakit daripada sakit melahirkan mu.

Semoga Hakim sihat dan menjadi insan hebat. Jadi hebat untuk agama, bangsa dan negara.

--- tamat episod khatan---

No comments:

Post a Comment