Thursday, 20 April 2017

KhataN @ SunaT: PART 2 - Pilih kaedah bersunat yang tak sakit.

 Pening juga ye nak pilih kaedah khatan yang mana paling cepat baik and tak sakit.
Maklum lah last Mama mengadap and melayan orang bersunat masa Pak Unggal bersunat dulu. Ade kot dalam 15 tahun dulu kot. Itu pun Mama adik beradik tak pernah lah plak nak cek kat "anu" pak unggal tu. Yang Mama ingat masa tu Pak Unggal sangat lah berdedikasi dalam berpantang. Heheheheh...

Dalam kes Hakim,  seminggu juga lah infection kat "situ" tu baru pulih. As record, nanah yang keluar tu dalam 2 hari dah kering. Dah tak keluar dah. And Hakim dengan senang hati bagitau nak ke sekolah buat ujian. Dia kata sejak nanah tu keluar, kat "situ" dah tak sakit.  Alhamdulillah....

Image may contain: 1 person, sitting and indoor        Image may contain: 2 people
Atok MS sponsor kain pelekat 2helai. Tq Atok and Jida.


Ada ke clinic yang amik service berkhatan time cuti pendek?

Ye ada.
Tapi bayaran nya mahal sikit berbanding masa cuti sekolah. Rate harga dalam RM200-250.
 Rata-rata clinic yang Mama and Papa called mostly buat service ni masa cuti sekolah panjang iaitu masa cuti pertengahan dan akhir tahun. Masa tu harga bersunat jauh lebih murah.

Satu lagi Mama nak share, kalau reader di luar sana ada ambil insuran atau takaful untuk anak. Please note yang bersunat disebabkan infection seperti ini di cover oleh insurance/takaful. Mama masa ni tak tau yang perkara macam ni takaful cover, kalau tak better buat di hospital. Huhuhuu...

Ye lah...kita bayar premium setiap bulan. Bila lagi nak guna kan. Tapi 1 je lah yang Mama macam terkilan bab takaful ni. Bila call agent, agent akan kata boleh try bawa ke panel but coverage tu depands pada doctor. Kalau doctor kata proceed baru takaful cover, kalau tak... self pay.

Ketidaktentuan tu yang selalu buat Mama rasa berbelah bahagi nak bawa diri yang sakit ke hospital swasta. Pernah sekali tu, Hakim demam sampai 9 hari. Badan lemah dan tak active. Banyak kali ke klinik. Ke hospital kerajaan pun dah pergi but demam masih berlarutan. So Mama and Papa nak try ke hospital swasta pula, Doctor checked dalam darah ada sedikit kuman and doctor kata boleh rawat di rumah. Kena selfpay sebab tak warded. Boleh???? Ye boleh. Melayang RM400 lebih masa tu. Erm....selalu juga terfikir kenapa lah Mama still on juga takaful ni. Papa kata on je lah sebab kita tak tau masa bila kita perlu. Ermm....

Image result for disappointed smiley
Hey takaful!!!! Saya kecewa tapi saya tetap teruskan. Kesengalan apakah ini?



Nak sunat cara apa ye supaya tak sakit?

 Ade ke sunat yang tak sakit?
Hahahahaha...

Bila Mama buat research , sekarang ni ada macam-macam kaedah orang bersunat.
Paling latest, cara laser and clamp.

Pendek cerita cara laser ni macam cara traditional. Potong lebihan kulit "anu" tu guna laser. Lepas dah potong, "anu" akan dijahit. Ha.... traditional sangat kan.  Doktor akan kasi ubat sapu lepas sunat and dalam masa 2 minggu InsyaAllah baik.

Cara clamp pula lebih mudah dijaga masa berpantang. Procedure nya masa bersunat  tu nanti "anu" akan di clamp sahaja. Tapi lepas beberapa hari berpantang, kena datang semula ke klinik untuk buka clamp tu.  Dua kali sakit. Ouuchhh!!!

So Mama and Papa prefer kaedah laser. Kita appoint doctor di Klinik Ihwan di SU, And paling best sebab bukan Hakim sorang je bersunat, Acik Haziq pun ikut bersunat sekali. Ade lah geng satu lorong gantung kain ye. Mama pun kurang lah nervous sebab boleh roger-roger nenek andak kot ada apa-apa nanti kan..   '__'

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and close-up
Maksu pun teman Hakim ke clinic. Semangat nak ikut sebab anak buah pertama nak berkhatan!




Image may contain: 2 people, people standing
Cik Haziq and Hakim; sedang tunggu turn nak bersunat. Ready dah dengan kain pelekat. 







Kejap lagi kamu akan dikhatan kan. Semoga Hakim and Acik Haziq terus berani dan menjadi lelaki soleh. Taat pada Allah dan rasul, sayang pada kedua ibu bapa.

Mama sayang kamu, Hakim.



----bersambung---

No comments:

Post a Comment